Hari ini aku diberitahu keputusan peperiksaan bagi semester lepas sudah keluar..alhamdulillah aku ada berita gembira untuk dikongsi..tetapi kepada siapa hendak ku kongsi keputusan ini..jelasnya hanya aku sendiri yang meraikannya..aku bukan siapa-siapa
Showing posts with label sedih. Show all posts
Showing posts with label sedih. Show all posts
Aku Bukan Siapa-Siapa
Hari ini aku diberitahu keputusan peperiksaan bagi semester lepas sudah keluar..alhamdulillah aku ada berita gembira untuk dikongsi..tetapi kepada siapa hendak ku kongsi keputusan ini..jelasnya hanya aku sendiri yang meraikannya..aku bukan siapa-siapa
Dalam Masa Aku Bermonolog
Agak lama aku termenung hari ini..memikirkan masa yang semakin pantas bergerak..ku helakan nafas panjang kerana masih memikirkan soal praktikum yang bakal bermula 15 julai nanti..tetapi masih tidak keruan menenangkan hati yang gusar..terfikir dan memikirkan pelbagai persoalan yang timbul..sekali lagi ku helakan nafas panjang..orang kata banyak mengeluh nanti cepat tua..aku redhakan sahaja supaya mereka tahu aku tidak pernah putus-putus berfikir..aku cuba menarik nafas agar semuanya kembali pulih..tetapi selang beberapa minit persoalan yang sama terus berlegar-legar dalam benakku..
Dalam masa yang sama, aku memikirkan hari penting buat kakakku yang bakal menjelang tiba..pastinya hari tersebut sangat-sangat dinantikannya setelah lamanya menanggung derita kerana "mereka"..bersabar dan la tahzan kakakku..pastinya masa dan ketika kamu diuji Allah sudah menjanjikan hari berbahagia buatmu..cuma kepastian hari dan masanya tidak dapat ditanggap..nyatanya Allah mahu melihat sejauh mana tawadduknya kamu dalam menerima ujian dan kesabaran kamu dalam melewati semua kepahitan di dalam dunia sementara ini..dahulunya setiap malam pastinya kedengaran lagu bait-bait sayang yang pastinya akan terus menjadi kenangan buatmu..aku dengar dan hayati sebaiknya bait-bait lirik..sebak seketika..hati sesiapa sahaja terusik melihat tangisan air mata jernih yang keluar dari kelopak matamu..
Dalam masa yang sama, aku memikirkan soal hidup yang semakin tidak pasti..mengharapkan seseorang yang bakal membawa sirna baru dalam kehidupanku..cukup penat diasak dugaan dan seolah meraih simpati manusia berjiwa empati..yang peka untuk mendengar dan memahamiku..dahulunya arwah abah yang setia mendengar dan menenangkanku selalu..yang pastinya masa itu sudah lama berlalu bahkan sudah sedekad lamanya..aku semakin sunyi dan entah pada siapa utusan Allah untukku canang semua permasalahku..yang pastinya, ia masih belum ditemukan..
Dalam masa yang sama, aku terus mencuba mencari solusi terbaik tanpa mahu ada sedikitpun salah yang bakal membuatkan kalian terkesan..sedarnya nanti, akhirnya aku bakal disisihkan dan ditinggalkan..maafkan aku jika gagal memberikan kebahagiaan...aku sudah mencuba dan aku juga pasti kalian pasti mengetahuinya..
P/s : kalian doakan aku..aku juga seperti manusia lain..ingin membahagiakan orang lain dan mengharapkan yang sama daripada mereka..
Nukilan Buat Kawan
Termangu di sudut jendela sambil berlagu kicauan burung berterbangan bebas di awan biru..asyik benar hati mengimbas peristiwa yang entah bila akan pulih semuanya..hanya keluhan panjang mampu ku helakan dek hati sangat terkesan benar dengan sikap dan perlakuan kawan yang seolah-olah mengundang ketidakselesaan hati...akan tetapi jari jemari masih rancak bermain di atas papan kekunci bagi meluahkan rasa terkilan di hati...persoalannya adakah dugaan ini benar2 mampu mematangkan diriku?benarkah ujian ini tanda Allah ingin sentiasa membimbingku ke jalan yang diredhaiNya? terhenti bersoal seketika asbab terlalu penat mencipta ratusan soalan tetapi satu pun tiada jawapan yang pasti bakal menenangkan hatiku
Pancainderaku hebat digunakan seharian..mataku melihat perlakuan manusia,tanganku hulur sebagai bantuan setakat yang mampu,kakiku pinjamkan bagi memudahkan pergerakanmu yang terbatas..adakah "pinjaman" yang kuhulurkan selama ini masih tidak mampu menawan hatimu kawan?mengharapkan jawapan yang pasti hanya membuatkan hati bertambah lelah dan merintih dalam kesyahduan...tidak perlu ku tunjukkan reaksi sedih asbab prinsipku bersedih biar bersendirian dan pamerkan keceriaan walaupun hati gulam keranamu kawan..tiada istilah "moody" buatmu kawan kerana diri ini tidak pasti bilalah lagi aku akan sentiasa dekat dan berpeluang membuat kamu tersenyum ringkas keranaku..tiada istilah beban bagiku selagi mana jasad ini mampu ku kerah dan termampu untuk meringankan masalahmu..
Persoalannya,adakah kawan mampu melakukan hal yang sama padaku? ku tundukkan kepala dan gusar semakin menebal di hati..terasa diri sering diperguna dan dicampak sewenangnya bila sudah tidak diperlukan..apakah ini istilah "kawan" yang sering diperdengarkan olehmu kawan? luluh hati tatkala persoalan itu mula terpacul di bibir..ya,ku akui diri terlalu rendah pangkat jika dibandingkan dengan kamu kawan..ku akui terlalu mentah aku menilai persahabatan yang terjalin..tidak ku mengerti niat asalmu mahu menjadi kawanku..adakah ini jawapan yang sesuai buatku..aku hanya serangga hitam yang kecil yang berjalan di atas batu yang gelap..tidak akan nampak seianya jika tidak diperhati sebaiknya...maka itulah aku...biarlah berbuat kebaikan walaupun tidak diperlihatkan tetapi sudah ku redhakan segalanya..anggaplah itu sedekahku buat kawan semasa hidupku...
Pahit untukku kutelan kesemuanya..akan tetapi andai ini takdir dan ujian daripada Allah aku redhakan saja segalanya..andai diri terlalu lemah menanggung dugaan ini anggaplah ini kebiasaan kerana aku juga hanya insan biasa yang punya perasaan..tidak ada ungkapan lebih bermakna bagiku jika kawan mampu berkata,"aku bersyukur sebab dipertemukan Allah dengan kamu"..jika itu yang diperdengarkan nescaya doaku bakal dikirimkan selalu buatmu wahai kawan..
Pancainderaku hebat digunakan seharian..mataku melihat perlakuan manusia,tanganku hulur sebagai bantuan setakat yang mampu,kakiku pinjamkan bagi memudahkan pergerakanmu yang terbatas..adakah "pinjaman" yang kuhulurkan selama ini masih tidak mampu menawan hatimu kawan?mengharapkan jawapan yang pasti hanya membuatkan hati bertambah lelah dan merintih dalam kesyahduan...tidak perlu ku tunjukkan reaksi sedih asbab prinsipku bersedih biar bersendirian dan pamerkan keceriaan walaupun hati gulam keranamu kawan..tiada istilah "moody" buatmu kawan kerana diri ini tidak pasti bilalah lagi aku akan sentiasa dekat dan berpeluang membuat kamu tersenyum ringkas keranaku..tiada istilah beban bagiku selagi mana jasad ini mampu ku kerah dan termampu untuk meringankan masalahmu..
Persoalannya,adakah kawan mampu melakukan hal yang sama padaku? ku tundukkan kepala dan gusar semakin menebal di hati..terasa diri sering diperguna dan dicampak sewenangnya bila sudah tidak diperlukan..apakah ini istilah "kawan" yang sering diperdengarkan olehmu kawan? luluh hati tatkala persoalan itu mula terpacul di bibir..ya,ku akui diri terlalu rendah pangkat jika dibandingkan dengan kamu kawan..ku akui terlalu mentah aku menilai persahabatan yang terjalin..tidak ku mengerti niat asalmu mahu menjadi kawanku..adakah ini jawapan yang sesuai buatku..aku hanya serangga hitam yang kecil yang berjalan di atas batu yang gelap..tidak akan nampak seianya jika tidak diperhati sebaiknya...maka itulah aku...biarlah berbuat kebaikan walaupun tidak diperlihatkan tetapi sudah ku redhakan segalanya..anggaplah itu sedekahku buat kawan semasa hidupku...
Pahit untukku kutelan kesemuanya..akan tetapi andai ini takdir dan ujian daripada Allah aku redhakan saja segalanya..andai diri terlalu lemah menanggung dugaan ini anggaplah ini kebiasaan kerana aku juga hanya insan biasa yang punya perasaan..tidak ada ungkapan lebih bermakna bagiku jika kawan mampu berkata,"aku bersyukur sebab dipertemukan Allah dengan kamu"..jika itu yang diperdengarkan nescaya doaku bakal dikirimkan selalu buatmu wahai kawan..
"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah : 216
Friendship Just A Fake?
Assalamualaikum..rasa tergerak hati nak mencoret sedikit keluhan yang terbuku di hati...entah sampai bila perasaan terbuang akan terus bermaharajalela dalam diri...mungkin pada kawan aku hanya insan kecil yang bermuka-muka...suka menyendiri walhal aku sorang penceria keadaan...suka melawan walhal aku sentiasa saja menuruti kemahuan dari permintaan kawan...persoalannya, adakah kawan masih menganggap aku sebagai kawan? cerminan buat diriku sendiri...aku tidak mahu terlalu mempersoalkan asbab persoalan itu hanya memakan diri kerana pada akhirnya pasti aku akan dipersalahkan...tidak kiralah betapa hebat aku cuba menjadi yang terbaik, diri tetap dilayan seperti pesalah yang terus menerus dihukum...sebagai hamba Ilahi, hanya doa mampu kuluahkan bersulamkan air mata dalam nada yang gulam...baruku sedar erti dugaan yang terlalu berat untuk kupikul dan keadaan yang semakin mengcengkam sanubari aku sebagai khalifah di muka bumi...
Hati dan jiwa terasa meronta mengharapkan ada sekelumit belas kasihan dari manusia yang berperasaan..menyambut tangan yang semakin tua dan lemah dalam mengharungi liku-liku kehidupan...kuredhakan saja dugaan ini datang dan pergi kepadaku kerana aku pasti, satu hari nanti aku akan temui persahabatan yang tulus ikhlas dari hati...
"Allah tidak menguji manusia melainkan sepadan dengan keupayaan mereka menghadapinya"
Bila kuhayati bait ayat ini, aku tersentap dan berfikir semula...kenapa aku terlalu mempertikaikan ujian yang kecil ini...sungguh manusia memang hamba yang lemah...terlalu cepat benar kukeluhkan segala ujian yang diberi...terlalu goyahnya aku dalam mengharungi rencah permasalahan dunia...terlalu ceteknya pemikiran aku dalam melontarkan konklusi hidup yang terlalu payah ditanggung sendiri...
Sudah masanya aku membuka lembaran baru...aku tidak mahu selamanya aku hanyut dalam dunia yang hanya mencari dimana salah dan silap...sudah tiba masanya aku bermuhasabah diri...andai diri tiada lagi ditempatkan dalam hatimu kawan, izinkan aku bebas dengan caraku sendiri dan mencari kebahagiaan di luar sana...doa-doaku sentiasa mengiringi kamu semua kawanku...doakan aku kuat dan terus bersemangat
La Tahzan Ya Akhi !!
Terlukis indah kerdipan bintang menerangi awanan di langit cukup membahagiakan hati yang melihatnya...tapi ia hadir pada masa dan waktunya...akan pudar dilitupi awan seusai waktunya menemui kegelapan...dan hanya manusia yang menghargai sahaja akan mengingatinya...begitulah jua diriku diperlakukan seianya...seolah kesempitan sahaja yang membuka ruang untukku menikmati kehidupan...dan kala bantuan diperlukan, seolah pengharapan besar untuk digalas..hati terasa berat membantu...kerana pada akhirnya aku tahu kesudahannya pasti........aku akan ditinggalkan..
masih wujudkah aku dalam jiwa penuh sesak...? tak terbendung genangan air mata kesedihan kala diri terus menerus rasa tersisih..sangat tepat menerjah sanubari yang kian luntur dibawa perasaan yang kian menikam..adakah selamanya harus kutelan dan terus menerima? ya Allah kakiku terasa longlai melangkah...seakan bakal rebah pada satu perhentian lagi..masihkah ada tangan yang akan terhulur buatku? atau hanya aku sendirian dalam perjalanan penuh liku ini? terlalu banyak persoalan dan tidak mampu aku menanggap jawapannya...alam pandanglah aku...lihatlah aku...kerdilnya aku..ingin aku perlihatkan tangisan dan kesedihanku...akan tetapi hati terasa berat untuk kucerminkan diriku yang sebenar..kerana kesedihan hanya akan menutup segala pintu kegembiraan buatku...terdetik dan berbisik hati kecilku, apakah masih ada ruang dan peluang untuk aku terus bernafas dalam kalangan kamu? jika takdirku terhenti disini izinkan aku mencoret warkah berbaur kemaafan andai tutur kata perbuatanku hanya terkesan khilaf dan menyakiti perasaan lain...sesungguhnya aku hanya hamba Ilahi yang lemah dan longlai..pendirian dan perasaan mudah terusik kala diri diperlakukan seperti jasad yang tidak mempunyai hati...ya Allah bermohon padaMu agar hatiku terus tabah menempuh dugaan..ya rahman ya rahim kuatkan hatiku dan bimbinglah aku sebaiknya pada jalan yang Engkau redhai..
jika ini pengakhiran buatku, izinkan aku mengundur diri dalam nada sayu berlabuh di hati...
Kojat
Assalamualaikum...dalam kedinginan subuh ni aku masih terkapai2 mencari satu solusi terbaik...kelopak mata yang bergenang dan hati yang kian luluh dibawa arus kenangan...aku yang tidak berperasaan sudah menghukum manusia yang tidak sesekali berdosa dalam hidupku...bahkan disebarkan benih2 kebahagiaan dan keceriaan dalam segenap ruang sunyi yang pernah bertakhta di jiwaku...sikap prejudis yang kian menebal seakan memakan diriku sendiri...aku gagal dalam melestarikan cita2 dan harapan yang diidamkan...aku diam bukan bermakna benci dan bukan kerana kasihku yang semakin berkurang...tetapi asbab sayang tidak boleh disekat apatah lagi ditahan....nawaitu yang mengharapkan ada nur dalam sesuatu perhubungan selalunya akan berakhir dengan titisan air mata syahdu...aku diberi banyak peluang tetapi aku masih gagal memahami...dan apakah aku masih mentah dalam menilai seseorang? diulang2 hasrat hatinya untuk bertemu yang lain lalu hati yang berat melepaskan terpaksa jua aku turutkan...aku tak pandai nak membalas budi tapi anggaplah ini hadiah dan peluang aku untuk membebaskanmu dari sangkar yang kubina sendiri...hati tidak pernah membenci kerana kasih sayangku mengatasi semuanya...
Aku bukan insan sempurna yang terkecuali dari berbuat khilaf...berikan aku kepastian dan maafkan diri andai tersalah dalam mengorak langkah...
Keluhan Hati Seorang Ibu
Menyingkap hari2 indah bersama ibu membuatkan aku terlupa seketika akan tangisan lalu...seolah2 tiada terpamer wajah lesu tidak bermaya ketika berhadapan anak2...membuatkan hati yang gundah terasa tenang tatkala senyuman terukir di wajahnya...tiada tercoret kesedihan walaupun terlalu banyak memendam rasa...tiada keluh kesah meniti dibibirnya memastikan jiwa anak2 terasa senang sentiasa...tiada terasa letih walaupun tanggungjawab makin bertambah hari demi hari...
Berbekalkan tulang empat keratlah ibu bersabung nyawa membesar dan membiayai persekolahanku...ibarat pohon yang dulunya disiram dan dibaja dengan penuh perhatian akhirnya tumbuh mekar berdiri di atas pasak bumi....begitulah aku dibesarkan ibu dengan penuh hemah dan rapi...akan tetapi semakin aku meningkat besar semakin meninggilah permintaan dan harapan aku terhadap ibu....
"Ibu raya tahun ni adik nak baju baru,kasut baru...kalau boleh semuanya nak baru"...pernahkah kamu meminta yang di luar kemampuannya..?jawapannya ya...dek kerana mahu kelihatan berseri di pagi mulia, ibu hanya menyarung baju lama yang sudah lusuh warnanya...tapi tidak langsung kudengar keluhan ibu...senyuman masih terukir...aku tahu jauh di sudut hati ibu mahukan kami semua seronok merayakan kemenangan puasa yang sebulan lamanya...biarlah berpakaian lama asal hati anak terjaga...biarlah tampak sederhana andai itu yang mampu mengukir senyuman buat anak-anaknya...
Di sebuah pagi yang bening kuterlihat tangisan ibu...terasa syahdu sekali...lalu kudekati dan kepeluk tubuh ibu...esakan ibu menyelubungi ruang2 sunyi dalam sebuah kamar yang sepi...kenapa ibu menangis? ibu marahkan adik ke? lantaran soalan diaju ibu menjawab dengan penuh nada kelembutan...disambutnya persoalanku penuh sayu....ibu rindukan masa kecil anak2 ibu...berlegar2 dan bermanja2 dengan ibu...tapi.....ibu berhenti berbicara atas permintaanku...pelukanku semakin erat menambah kepiluan ibu...."ibu...adik akan selalu ada untuk ibu"..."mungkin adik bukan yang terbaik tapi adik akan selalu menjadi yang terbaik untuk ibu"....dengan izinNya ibu..
Kini, tangan yang lembut menghayun buaian semasa kecilku sudah tidak berdaya lagi...terketar-ketar....hanya mengharapkan kasih anak yang semakin jauh di mata....tetapi pernahkah kalian terdetik untuk meninggalkan ibu suatu hari nanti? pada saat dan masanya kamu sudah mengecapi kenikmatan dan kebahagiaan hidup bersama insan lain...kasih sayang ibu sanggup dimadukan dek merasakan ibu sudah tua dan tidak lagi berhak meraih kasih sayang anaknya...? biarlah hati anda yang menjawabnya...terkadang hati kecil selalu ingin bertanya...apakah aku mampu membahagiakan ibu seperti mana yang dilakukannya di masa kecilku? penuh kasih sayang dan penuh dengan kelembutan..mengasuh dan mendidik tanpa mengenal jemu...tiada keluhan terpacul sedikit pun dari mulutnya...sesungguhnya kemaafan seorang ibu mengatasi segalanya...sayangilah ibu anda kerana ia hanya satu dalam sejuta bintang yang berkelipan terang...
sekadar renungan bersama
-caer-
Izinkan Mimpi Berulang
Perasaan kasih, sayang dan cinta adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya...fitrah secara lahiriah seorang manusia sentiasa perlukan kasih sayang....lebih2 lagi harapan dan kehendaknya datang pada orang yang disayangi....asbab kasih itulah diri ini hanyut dibuai kenangan lalu...lantaran kasihnya aku pada abah mendorong segalanya...bukan untuk menagih simpati..hanya mencoret perasaan yang sukar untuk diluah dengan kata2...
Kucupan terakhir bersulam air mata penuh syahdu...terasa dingin bibir bersentuhan dahi abah...mataku pejam rapat menahan air mata..tangan ku buka selebar lebarnya untuk memeluk jenazah abah yang terbujur kaku...dalam hati masih berbisik sayu...
"abah... jangan tinggalkan caer...lepas ni siapa nak teman caer baca buku...kalau abah dah tak ada macam mana caer nak cium tangan abah sebelum nak pergi sekolah...siapa nak bawa caer jalan2 kalau cuti hujung minggu nanti...siapa nak mendengar masalah caer nanti"....apakan daya bisikan itu hanya aku sahaja dengari...
Belailah aku dalam pelukanmu...biar aku merasakan kehangatan kasih yang bergelora dalam tubuhmu...kucuplah dahiku agar ia mampu melenyapkan segala tangisan...dan peluklah aku agar diri ini tak lagi terasa sunyi...berilah aku satu lagi peluang untuk aku membetulkan segala khilaf dulu...pernah terdetik aku meminta agar dibukakan hijab diri supaya dapat bersua kembali...sebak tatkala permintaan itu terpacul dari mulut sendiri...tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima..begitulah abah sebaiknya...memberi tanpa mengharapkan balasan...rasa terkesan apabila abah sudah hilang dari pandangan mata...Abah...rindu sangat dengan panggilan tu..
Betullah kiranya ungkapan bait lirik "di hati ini..hanya Tuhan yang tahu..di hati ini..aku rindu padamu"...terkesan dari sudut dan pandangan berbeza...sejak pemergian abah duniaku seolah berhenti berputar...semangatku entah hilang ke mana...langkahku terasa sumbang...umpama bahtera yang tiada nakhoda...terkapai2 di tengah lautan luas dibawa ombak besar...begitulah aku yang merasakan pukulan ombak dan gelora jiwa yang semakin menguasai diri....
Di luar sana, gugurnya tangisan si anak kecil kerana ditinggalkan ibu dan ayah di usia muda...gugur syahid di medan perang menegakkan syiar agama....si anak pula masih mentah dan masih dahagakan kasih sayang....ketika diri masih memerlukan belaian seorang ayah...rontaan si anak sambil mendolak tubuh ayah yang terbujur kaku...esakan yang tidak tergambar perinya tatkala melihat ibu dan ayah berdiri suatu ketika dahulu rebah dipangkuan riba....bergelimpangan jasad berdarah di bumi sendiri....akan tetapi manusia sekeliling kita sekarang bertindak liar dek merasakan dunia adalah persinggahan terindah selama-lamanya...ibu dan ayah didorong ke tepi atas asbab mengejar nikmat dunia....sedarlah wahai anak, sesungguhnya redha ibu dan ayah penentu redhaNya...taraf ibu dan ayah sangat tinggi...tanpa mereka apakah kamu mampu menjadi seperti sekarang? pulangkan akal pada minda sebelum ianya terlambat...sama2 kita muhasabah diri
lontaran rasa rindu dari anakmu
-caer-
Al-Fatihah Peneman Kehidupan Abadi
Assalamualaikum...jumaat lepas , 3 Jun 2011 seorang sahabat aku telah menemui ajalnya...pemergian arwah merupakan satu mimpi ngeri buat semua yang kenal dengan arwah...
Though aku dah lama tak bersembang dan melawak dengan hang tapi aku still bersyukur sebab Tuhan takdirkan aku dapat kenal dan jadi member hang...aku pon dah banyak gelak sebab hang memang jiwa kering bila buat lawak...frankly, all this while hang layan aku baik dan aku appreciate sangat2...paling penting trimas sebab sudi jadi kawan aku...aku doakan hang tenang di sana...Al- Fatihah
Sejauh mana kamu menyayangi sesama manusia ianya akan hilang apabila ajal sudah tiba....sebaliknya sayangilah Allah dan Nabi sebelum kamu mencintai manusia kerana ia kekal abadi selamanya...
"Dari bumilah Kami ciptakan kamu dan ke dalamnya Kami akan mengembalikan kamu dan daripadanya pula Kami akan mengeluarkan kamu sekali lagi"(Surah Thaahaa ayat 55)
Sedih !!!!
Assalamualaikum...tak sangka benda macam ni boleh jadi pada caer....argh !!! tensionnya....calm down caer....tarik nafas...wargh tak boleh terima ni...korang tengok gambar ni....
Wargh headphone Sony kepunyaan kawan baik caer patah...apa kaitan dengan caer kan ? mesti korang terpinga-pinga apsal caer yang emo lebih...sebenarnya ni angkara perbuatan tak sengaja caer....disebabkan headphone ni RM50 caer melayang camtu je........
Headphone ni bukan visual headphone yang betol....tak sanggup nak tengok....dah la minggu ni nak balik hometown...duit pulak kena kebas....hilang keseronokan sekejap...
Eh budak ni boleh buat tak tau je caer cerita....siap layan lagu guna headphone besar pulak tu...sekeh nanti baru tau...selamat muka comel...sejuk hati...ngeh3....erm korang boleh belanja caer tiket nak balik rumah tak ? boleh la.........
Wargh headphone Sony kepunyaan kawan baik caer patah...apa kaitan dengan caer kan ? mesti korang terpinga-pinga apsal caer yang emo lebih...sebenarnya ni angkara perbuatan tak sengaja caer....disebabkan headphone ni RM50 caer melayang camtu je........
Headphone ni bukan visual headphone yang betol....tak sanggup nak tengok....dah la minggu ni nak balik hometown...duit pulak kena kebas....hilang keseronokan sekejap...
Eh budak ni boleh buat tak tau je caer cerita....siap layan lagu guna headphone besar pulak tu...sekeh nanti baru tau...selamat muka comel...sejuk hati...ngeh3....erm korang boleh belanja caer tiket nak balik rumah tak ? boleh la.........