Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Komik : Menjelang Hari Exam

Assalamualaikum...kebiasaannya student akan memilih untuk berbuat macam ni..setuju atau tidak jom kita layan dulu ye..hehe

Masa awal2 kuliah ada yang semangat, ada yang kurang motivasi dan ada yang tidur...tapi paling nyata datang kuliah sebab takut tak dapat seat untuk exam nanti...even dah banyak kali ulang benda yang sama dan otak dah jadi tepu, kita still kena rajin2 turun kuliah...

At last dah nak dekat exam, barulah kelam kabut cari buku nota, mind map, kotak pensil, buku rujukan kuliah...dan paling utama kita akan minta "soalan SPOT" kat member2...

Bila dah dapat soalan spot, 1 semestar study semuanya dapat cover...dalam 1 malam semuanya habis dibaca...so barulah boleh nampak kegigihan nak study tahap budak2 nak dapat SPM 20A...hehe...betul atau tidak, student sekarang memang hebat2...

P/s : storyboard diilhamkan oleh kawan masa lecturer tengah ajar...rasa macam relevan so caer doodlekan cerita ni...hehe...kalau suka klik butang LIKE tanda korang pon sama...sebab caer pun lebih kurang je..hehe

Wallpaper Dekstop : Korean Look by Caer

Assalamualaikum...memandangkan malam ni caer susah nak lelap, caer buatkan satu wallpaper untuk diri sendiri...dengan harapan bila sudah siap nanti boleh tidur lena sebab esok kuliah still go on macam biasa...wallpaper ni caer buat guna photoshop cs5 bersaiz 1280 lebar x 800 tinggi...tema avatar ala2 korean look, background ala2 pelangi lepas hujan, tepekan brushes dan watermark bisnes caer sendiri...caer siapkan dalam masa 1 jam kalau tak silap sebab tak plan nak buat wallpaper...alih2 nampak macam dah nak jadi, caer teruskan sampai siap...hehe


Ni hasil akhir...kalau berminat nak tepek kat dekstop, silalah ambil ye..jangan malu jangan segan...caer sedekahkan kat korang...ok mata dah makin nak pejam..selamat malam

P/s : sedapnya kalau masuk waktu tidur..yeayy..hehe

Isu Blogger : Fenomena Baru Atau Lama

Assalamualaikum..malam ni caer nak berkongsi satu isu yang rata2 pasti akan bersetuju, ada yang akan geleng2 kepala, ada yang angguk2 kepala dan ada yang akhirnya akan bertanya pada diri sendiri tentang isu ni...sebenarnya sudah lama caer berhajat nak post entri ni asbab terlalu ketara fenomena ni berleluasa sampaikan caer sendiri kurang faham kenapa dan mengapa situasi macam ni berlaku...cuba tengok pada komik strip ringkas di bawah..

Apa pandangan korang semua? pernah tak korang mengalami situasi yang sama? situasi pertama (doodle lelaki) masalah yang paling kerap berlaku iaitu prinsip "I follow you, you follow me back"...boleh dikatakan setiap hari ada sahaja link yang ditinggalkan di ruangan chatbox, komen dan dalam page group blogger...ada yang beranggapan ada follower ramai barulah meriah blog dan motivasi untuk berblogging lebih tinggi...instead, perasaan teruja tu hanya bersifat sementara berbanding keterujaan korang setiap kali menulis entri...for sure, kalau entri korang bagus, ada attitude, blog kemas dan mesra pengguna blog korang tak perlu menjemput apatah lagi mempromosi asbab blogger2 sekarang sudah semakin celik dalam memilih...

Situasi kedua (doodle perempuan) ni terjadi asbab terlalu menginginkan pulangan daripada berblogging dengan lebih cepat...mudahnya linkies seperti churp2, youthsay dan macam2 lagi linkies berdaftar selalunya diletakkan dalam chatbox dan ruangan2 tertentu...walaupun sudah beberapa kali remind strictly, linkies ni masih berterbangan bebas dalam ruangan chatbox...kalau diikutkan hati ramai blogger akan memilih untuk banned as spammer kepada linkers tapi atas rasa belas kasihan ramai yang membiarkannya...so pada yang berbuat demikian, silalah mohon izin pada tuan blogger dan ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara...masih ada ruang dan peluang untuk korang meraih pulangan jika rajin berusaha

P/s : caer berharap segala teguran tidak disalah erti dan masing2 muhasabah diri sebab blogging is for fun and medium for finding new friend...jika ada yang terasa hati caer mohon maaf..semoga blogger2 akan semakin maju dan semakin bersatu..together we stand under one roof !!

Sanah Helwah Ain


Assalamualaikum...hari ni merupakan hari lahir buat ain yang sudah genap 2 tahun...tak sangka pejam celik ain sudah semakin membesar dan macam2 kenangan manis since ain menjadi sebahagian daripada keluarga caer...untuk pengetahuan korang, ain ni merupakan anak saudara pertama caer dan yang paling gebu kat area hometown....hehe...sebenarnya seronok buat photoshoot gambar ain ni sebab dia macam pandai posing..so caer pernah jugak terlintas nak buat satu album khas untuk ain tapi masih tak sempat nak beri komitmen...apa2 pun caer akan usahakan secepatnya untuk siapkan album gambar ain...kalau dulu caer tak sabar2 nak tengok ain jalan..tapi sekarang dah pandai memanjat dan berlari...so sekarang caer tunggu ain bercakap pulak...so far ain dah mula pandai sebut nah, bak dan paling hebat boboiboy....haha...apa2 pun caer doakan ain akan jadi anak yang solehah, taat pada ibu bapa, hormat pada orang tua dan berbudi bahasa bila semakin membesar nanti...caer doakan ain dimurahkan rezeki dan semakin comel...pak su sayang ain sangat2

P/s : hadiah birthday atau birthday party? mana lagi best?

Mission Done : Editing Blog Mama Ain

Assalamualaikum...alhamdulillah malam ni photoshop caer beroperasi macam biasa..setelah berhempas pulas mencuba pelbagai jenis cara untuk aktifkan balik photoshop, akhirnya caer berjaya...serius caer sangat berminat dalam bidang editing gambar, create doodle dan hasilkan masterpiece untuk beberapa event especially kenduri kahwin...so malam ni caer sudah berjaya menyiapkan editing blog untuk kakak caer iaitu ibu kepada anak sedara tembam caer >> mama ain


Untuk pengetahuan korang semua, kakak caer sudah lama berblogging tapi atas alasan kekangan masa so dia terpaksa berhenti blogging buat sementara waktu...nampak gayanya akan aktif kembali berblogging macam caer..hehe..pada korang semua, silalah ke blog kakak caer yang pinky tu...buat masa ni caer hanya sempat sentuh bahagian domain blog sahaja iaitu pada header, footer, background dan beberapa komponen dalam navigasi blog...insyaAllah kalau ada kesempatan dan ada mood terlebih nak edit lagi blog kakak caer ni bagi lagi meletup...hehe

P/s : agak2 kakak caer nak belanja kfc crunch tak kalau edit blog dia? hehe..kita tunggu je la =p

Music In Blog : Prefer, Compulsory or Happy ?

gambar sumbar google

Assalamualaikum...alhamdulillah permulaan kuliah untuk hari ni agak interesting sampaikan satu subjek teknologi maklumat semuanya pulun belajar pasal digital termasuklah photography, video editing dan editing poster...bunyinya nampak heavy tapi caer agak teruja nak explore ilmu baru dan adapt ilmu2 lama yang pernah belajar sebelum ni...hehe..back to the topic, caer agak tertanya2 dan curious kenapa ramai blogger prefer meletakkan widget lagu atau instrumental music dalam blog? mungkin sebab..

1) cari feeling nak menaip entri

Selalunya bila nak menaip entri ni memang perlukan faktor feeling...lebih2 lagi kalau nak buat entri jiwang2 atau sedih2...so maybe ramai blogger pasang plugin lagu atau muzik kat blog sebab nak dapatkan mood...betul atau tak itu biar korang sendiri yang jawab

gambar sumbar google

2) cara nak tarik perhatian

Sebelum ni masa caer blogwalking ke blog adalah 2,3 lagu caer suka dengar...tapi mostly caer suka yang music instrumental..tapi silapnya semuanya adalah video yang ditukar embedded code jadi macam plugin music...so memang efek pada bandwidth broadband...ada hari tu caer ulang2 dengar sampai tak perasan broadband dah overlimit...haish

gambar sumbar google

3) cara mudah nak dengar lagu favourite

Mungkin ramai yang bersetuju dengan statement ni...sebabnya dulu masa mula2 blogging, caer pernah letakkan plugin music...masa tu caer pasang lagu sampai kau bicara by hijau daun...at last caer remove sebab nak percepatkan loading page blog...

gambar sumbar google

4) cara hiburkan atau ekspresikan diri

"Music speaks what cannot be expressed, soothes the mind and give it rest, heals the heart and make it whole"...ni adalah phrase yang caer terjumpa di google...maybe susah nak terangkan pada semua orang kenapa kita obses untuk mendengar lagu atau muzik...so itu terpulang pada korang sendiri...

gambar sumbar google

5) cara promosikan lagu baru

Jenis macam ni memang up to date lagu2 baru sampaikan penangan lagu tu diabadikan dalam blog...in fact, ada jugak blogger yang letakkan cover lagu yang pernah dimasukkan di youtube...percaya atau tidak, korang terpaksa percaya...buktinya memang tak dapat caer nak tunjuk sebab terlupa url blog blogger tu...hehe

gambar sumbar google

P/s : terpulang sebenarnya nak pasang lagu dalam blog tapi make sure blog korang ringan dan kurangkan widget lain yang melambatkan loading page...salah satu faktor sesetengah blogger menolak untuk berblogwalking ke blog adalah disebabkan muzik yang bergema di blog...percaya atau tidak itulah realiti...so terpulang pada hemah masing2 ye..keep blogging and smiling at me..hehe

Ceritera Buffered Earning & Rindu Serindunya


Assalamualaikum...tetiba rasa rindu pulak nak mengupdate blog...malam ni terasa bahang pulak sebab atmosfera negeri sudah bertukar...hehe...rasa susah nak lelapkan mata..jadi caer bangun dan sajalah check nuffnang kalau2 ada good news...alhamdulillah sekali lagi rezeki melimpah sebab 3 buffered earning masih berjalan di blog caer...although sudah agak lama caer menyepi dari berblogging gara2 internet connection tak berapa bagus...so kali ni caer rasa nak menabung simpanan nuffnang ni sampailah amount dah cecah rm3k...haha...it's possible but to achieve it just like impossible...sebab caer bukan blogger famous macam korang...unique visitor sampai ribu2...lagi pun caer bukan full time blogger dan masih ada komitmen lain sebab still lagi bergelar student... apa2 pun caer enjoy dapat berkongsi apa2 jenis cerita kat blog walaupun tak ramai yang datang membaca apatah lagi drop komen...whatever it is, itu semua terpulang pada readers, visitors dan commentators di blog...


Sebenarnya caer susah nak lelap mata sebab rindukan family nun jauh di sana...especially emak dan ain yang hari2 layan boboiboy...still rindu nak kacau budak kecik ni sampai nangis2...rindu nak bancuhkan susu untuk ain...rindu nak peluk ain dan cium pipi gebu dia...apa2 pun caer harap semua ahli keluarga caer baik2 dan berbahagia walau dimana dorang berada...miss all of you including my "abang"...kerja baik2 dan siapkan assignment...chaiyuk2

Kuliah Oh Kuliah

gambar sumber google

Assalamualaikum...petang yang suram bertambah muram sebab esok bakal bermula sesi kuliah bagi semestar 4...rasa macam kekok pulak nak mulakan semestar baru padahal baru je 3 minggu lepas bercuti...apa yang paling penting caer sudah berjaya tamatkan semestar 3 lepas walaupun berdepan dengan macam2 cabaran...semestar ni caer mengharapkan suasana belajar lebih tenang dan lebih fokus..barulah boleh target first class degree..hehe...result semestar lepas pun still belum dapat lagi...harap2 result semua subjek score walaupun tak study hebat mana...ni semua gara2 kekangan masa nak bahagikan masa untuk study, berpersatuan, kerja2 extra dan macam2 lagi jenis kerja yang wujud dalam dunia ni...so make sure kalau nak sambung study prepare siap2 mental dengan fizikal...sebabnya kebanyakan student gagal mengawal emosi bila berhadapan kerja2 yang terlalu banyak...ada kerja pulak makan masa nak siapkan...dan paling bermasalah bila berhadapan masalah duit...lumrah menjadi student, semua orang akan melalui situasi yang sama...so pesan caer pandai2 berjimat dan belajar untuk menabung..seringgit kalau kumpul setahun boleh sampai rm360...so why not we saving for our future sake?

Selamat Pengantin Baru !!


Assalamualaikum...esok caer dan family akan bergerak ke Putrajaya sebelum esoknya akan bergerak ke Selangor...ok nawaitu bergerak ke sana untuk menyempurnakan hasrat abang caer yang keempat untuk mendirikan masjid...maksud caer nak bernikah..hehe...cepat masa berlalu dan sedar tak sedar abang caer sudah berkeinginan mempunyai keluarga sendiri...start a new life with the chosen one...sebagai seorang muslim ia adalah sunnah Nabi Muhamad saw yang sangat digalakkan...apa2 pun doakan perjalanan pergi dan balik caer sekeluarga selamat dan perjalanan majlis berjalan lancar...doakan juga kesejahteraan bersama buat abang caer dan pasangannya hingga ke akhir hayat..insyaAllah..amin

Design banting yang caer sudah siapkan untuk abang sebagai sumbangan kahwin...ye la bajet student bukan besar macam orang yang sudah bekerja...jadi abang caer minta tolong designkan banting kahwin dan caer berjaya siapkan tema berwarna biru...yeay..hehe...

P/s : caer mohon maaf pada commentators,reader,visitors dan followers sebab tak dapat nak balas kunjungan korang semua...asbab line internet yang terlalu slow dan kekangan masa yang terlampau...amboi macam caer pulak yang nak kahwin..hehe

Iklan Percuma Caerwhizz.net

Assalamualaikum...hari ni caer bercadang nak mewujudkan kempen beriklan untuk followers, visitors, readers dan commentators di blog caerwhizz.net ni...memandangkan caer tak dapat nak berblogwalking secara constant jadi caer mengambil inisiatif untuk mewujudkan ruangan iklan ni...so korang bolehlah berebut pasang iklan di blog caer...sambil2 tu mana yang caer sempat caer balas kunjungan caer mintak maaf ye...maybe lepas ni caer jarang update blog balik sebab ketiadaan internet connection di rumah...apa2 pon caer harap korang dapat menjayakan misi pemasangan iklan percuma ni...


Sekali lagi caer tegaskan iklan ini adalah PERCUMA !! jadi tunggu apa lagi, jadilah yang terawal menyewa secara percuma di blog caer...korang semua dialu alukan untuk menyewa...

Sila refer di bahagian bawah sekali sidebar jika berminat untuk menyewa...caer dahulukan dengan ucapan terima kasih semua..

P/s : tinggal 2 hari lagi di maktab..ceatlah masa berlalu..really need to rest and have some fun at home

Buffered Earning : Unexpected Day !!


Assalamualaikum..alhamdulillah rezeki caer bertambah baik...hari ni caer buka akaun nuffnang dan tengok ada 3 buffered earnings...syukur sangat2...paling seronok sebab baru je semalam bergiat aktif nak update blog hari ni terus dapat durian runtuh...sebenarnya caer bukannya menulis blog untuk dapat duit atau pun jadi famous, tapi caer lebih suka berkongsi apa yang caer rasa, ilmu yang caer ada, pengalaman dan cerita2 yang caer lalui dan info2 bagi menyampaikan kebaikan kepada semua orang...bagaimana pula dengan insentif dalam blog? pendapat caer betulkan niat kita semua terlebih dahulu...sebabnya selama caer menulis blog macam2 kenalan, ilmu2 baru yang caer peroleh...untuk pengetahuan korang semua, caer pernah sekali je cashout cek nuffnang dan bukannya dalam kuantiti ringgit yang banyak...tapi bersyukur dengan apa yang caer peroleh...apa2 pun a huge thank for nuffnang sebab tambahkan buffered earning...dan paling utama, bersyukur pada pemberian Allah...alhamdulillah

P/s : thanks to AYUNI for being a good friend to me..you have the right to be respected...keep on blogging !!

Renovate Blog : Done !!


Assalamualaikum...caer sudah siap renovate blog..interested? give me rating and kindly please drop any comment to get the feedback from my visitors, followers and readers...do not use harsh words and disruptive motivation words...thanks for visiting my blog and really appreciate my readers, loyal commentators and followers...

P/s : it's time for purple mood...do you like it?

16 Mei : Teacher's Day !!

Assalamualaikum...start new season with new spirit and lots of difficulty...rasa lama pulak caer tak menconteng lembaran hidup caer kat blog ni...hari ni caer bercadang nak bercerita masa2 sekolah menengah dulu...kiranya zaman caer belasan tahun dulu la...ahaks...ok dulu caer bersekolah di SMK Temenggong Kati which is located at Kati Kuala Kangsar...kira2 setengah jam dari rumah baru boleh sampai sekolah...agak jauh tapi caer terlalu sukakan atmosfera sekolah kat kawasan kampung...rasa tenang je bila nak belajar...erk?hehe...so made an effort untuk ke sekolah dan bangun seawal jam 5.30am untuk naik bas...kiranya nanti sampai sekolah masih dalam suasana gelap, sejuk dan menyeramkan...haha...

To make it short, caer ambil science stream dan hanya 6 kumbang je yang wujud dalam kelas...mesti korang pelik kenapa ada 4 je kan? sebabnya 2 lagi kumbang pakat2 ambil MC...hehe...kelas caer ada ramai gadis2 dan 2 of them are indian girls...kitorang punya friendship sangat2 rapat dan sampai sekarang masih lagi contact bertanya kabar...apa yang paling penting lemah macam manapun, gagal macam mana pun, lembam macam mana pun, kawan2 masa zaman sekolah dulu selalu je menghulurkan bantuan especially dalam pelajaran... caer dapat simpulkan, spirit of togetherness in friendship encourage you to work harder till the day you grab the success...buktinya semua classmate caer dah menempatkan diri mereka kat IPT dan IPTS...up coming good news ada yang bakal jadi medical assistant, penolong pegawai persekitaran, engineer, pakar IT dan yang pastinya semua hebat2...how about me?

Ok caer berakhir dengan menjadi seorang guru...
in 2 years and half...do pray for my success to be a good teacher for our next generation..yeay caer dapat hantaran hadiah kad teachers day dan tango =)

P/s : selamat hari guru pada semua guru especially guru2 yang pernah mendidik dan mengajar caer dari dulu sampailah sekarang...terima kasih cikgu !!

My New Hit Album

Assalamualaikum..alkisahnya caer on the spot terjun ke dunia yang caer sendiri tak pernah tahu wujud ke tak...to be honest tempat tu terlalu banyak lampu2 macam yang selalu ada kat jom heboh tu...lip lap lip lap...pergh sakit mata kot...bagi penghidap silau macam caer, memang cahaya lip lap ni mengganggu perjalanan mata caer menjalar mencari jalan keluar...tambah2 siap bunyi bingitan bass dari sistem audio...kadar metabolisma dan kadar denyutan jantung berdetak dengan lebih kencang seperti genderang mau perang kot...aik? lain macam je...


Seriously dengan hiruk pikuk manusia2 yang terlalu ramai menjerit...boleh pecah gegendang telinga dibuatnya..dalam hati bertanya,"where am I"?...sampai satu sudut caer ternampak ada satu cahaya besar yang menyuluh ke arah caer...masa tu makin kuat la orang berteriak...monolog sekejap, "apsal semua orang macam histeria je sebut nama aku"?...erk bunyi teriakan tu masih samar2 pada mulanya...once caer dah naik tangga stage makin jelas pulak teriakan tu menyebut nama caer..."apsal dengan aku?.. cheq buat salah ka?..mak, help me!! "...
Secara tiba2 kat tangan caer dah pegang mike..."ah sudah..something wrong somewhere ni"...teriakan, sorakan dan tepukan makin lama makin gemuruh sampai mike tu dah tak berfungsi tetiba...satu je persoalan yang makin jelas.."aku dah jadi retis ke?"...all of sudden, caer terdengar lagu "dear god"..."aik macam familiar je"..macam bunyi alarm phone je...mata caer yang terpejam rapat akhirnya terbeliak terus..."adoyai, exam kot!! " ...sepantas kilat caer mandi dan bersiap2 untuk masuk ke dewan exam...lega cheq...kalau tak bungkus baju la siap2 balik kampung kalau repeat paper...haha

...as usual balik je dari kelas caer memang akan lelap sekejap...standard la kan..nama pon student..mesti la cukup rest baru minda bertambah cerdas...tapi mesti alert dan selalu dapat yang rest yang cukup sehari sebelum dan malam sebelum exam...kalau tak peristiwa ni mungkin terjadi pada korang jugak...hehe...

Ni ke album yang hit sangat tu? tak meletop pon cover...haha...

P/s : doakan caer dapat jawab exam dengan baik ye...mood nak bercuti je tapi bab study agak M..hehe

Exam Fever Week !!

Assalamualaikum...tinggal 2 hari je lagi sebelum exam akhir semestar bakal bermula...yang pasti semua student mesti dok pulun nak baca, buat revision, study group dan macam2 lagi la sebagai kelengkapan untuk berperang dalam dewan nanti...haha..berperang yang positif ye..bukan ambik weapon tembak member yang dok pulun jawab exam kat sebelah seat korang...so, caer pon tak terkecuali untuk curi2 masa untuk study...walaupun kekangan masa, caer kena pandai arrange masa supaya pelajaran tak terabai...

Automatiknya tiba2 terfikir dewan
exam yang besar, kerusi meja teratur, ada briefing dari pengawas exam dan semestinya student2 yang bakal membanjiri dewan utama exam ni...adoi...honestly caer suka exam sebab terlalu fikirkan fast forward...huh? mesti pelikkan kalau baca? to be cliche lepas tamat exam korang akan bercuti seenaknya kat rumah berminggu lamanya atau plan nak pergi vacation...hehe...kan3?

So pesanan caer pada semua candidates dan teman2, study jangan sampai tak tidur pulak...study sampai mana tahap yang kita mampu je...pointer just a number but the knowledges you gain is more priority...pilihlah untuk menjadi student yang bijak dalam mengurus masa dan belajar secara smart !!

Sebelum memulakan sesuatu eloklah bermohon dan memulakan dengan doa...mudah mudahan masa menjawab tu diterangkan hati dan dipercerahkan minda kita supaya semua berjalan lancar..last shout, selamat menduduki peperiksaan buat semua !!

P/s : cuti ni nak jalan2 cari pasal dengan orang..haha..nak join tak?


Friendship Just A Fake?


Assalamualaikum..rasa tergerak hati nak mencoret sedikit keluhan yang terbuku di hati...entah sampai bila perasaan terbuang akan terus bermaharajalela dalam diri...mungkin pada kawan aku hanya insan kecil yang bermuka-muka...suka menyendiri walhal aku sorang penceria keadaan...suka melawan walhal aku sentiasa saja menuruti kemahuan dari permintaan kawan...persoalannya, adakah kawan masih menganggap aku sebagai kawan? cerminan buat diriku sendiri...aku tidak mahu terlalu mempersoalkan asbab persoalan itu hanya memakan diri kerana pada akhirnya pasti aku akan dipersalahkan...tidak kiralah betapa hebat aku cuba menjadi yang terbaik, diri tetap dilayan seperti pesalah yang terus menerus dihukum...sebagai hamba Ilahi, hanya doa mampu kuluahkan bersulamkan air mata dalam nada yang gulam...baruku sedar erti dugaan yang terlalu berat untuk kupikul dan keadaan yang semakin mengcengkam sanubari aku sebagai khalifah di muka bumi...

Hati dan jiwa terasa meronta mengharapkan ada sekelumit belas kasihan dari manusia yang berperasaan..menyambut tangan yang semakin tua dan lemah dalam mengharungi liku-liku kehidupan...kuredhakan saja dugaan ini datang dan pergi kepadaku kerana aku pasti, satu hari nanti aku akan temui persahabatan yang tulus ikhlas dari hati...

"Allah tidak menguji manusia melainkan sepadan dengan keupayaan mereka menghadapinya"

Bila kuhayati bait ayat ini, aku tersentap dan berfikir semula...kenapa aku terlalu mempertikaikan ujian yang kecil ini...sungguh manusia memang hamba yang lemah...terlalu cepat benar kukeluhkan segala ujian yang diberi...terlalu goyahnya aku dalam mengharungi rencah permasalahan dunia...terlalu ceteknya pemikiran aku dalam melontarkan konklusi hidup yang terlalu payah ditanggung sendiri...

Sudah masanya aku membuka lembaran baru...aku tidak mahu selamanya aku hanyut dalam dunia yang hanya mencari dimana salah dan silap...sudah tiba masanya aku bermuhasabah diri...andai diri tiada lagi ditempatkan dalam hatimu kawan, izinkan aku bebas dengan caraku sendiri dan mencari kebahagiaan di luar sana...doa-doaku sentiasa mengiringi kamu semua kawanku...doakan aku kuat dan terus bersemangat

Semoga Cepat Sembuh..Ain

Assalamualaikum...hari ini caer terlalu gusar memikirkan kondusi ain yang mungkin mengalami gegaran di kepala...mustahil untuk caer lelapkan mata walhal pening kepala kerana terlalu memikirkan ain...pagi tadi, caer dapat calling dari kakak mengatakan ain sudah dipindahkan ke hospital ipoh...caer hanya mampu menahan sebak bila mendapat perkhabaran buruk tu...ini bukan pertama kali ain ditempatkan di dalam wad...mungkin ada sesetengah readers yang follow up entri blog caer mesti ingat lagi entri berbaur macam ni beberapa bulan lepas >> Doakan Kesembuhan Ain


Itulah realiti kehidupan...adakala kita ketawa terlalu banyak sampai tidak sedar datang satu ketika kita akan setia mengalir air mata...jiwa dan minda terlalu dikuasai emosi...apa2 pon caer bukannya mengharapkan simpati yang terlalu banyak dari kalian cuma mengharapkan titipan doa buat anak kecil yang masih tidak mengerti rencah dunia sebenar...doakan ain...itu sahaja permintaan caer

yang terlalu sayang ain,
-pak su-

Assignment Week !!

Assalamualaikum...alhamdulillah hari jumaat yang mulia ni caer masih dikurniakan tubuh badan yang sihat selepas beberapa minggu sebelumnya busy menghadap assignment...boleh kena hipertension kot...hehe...by now, just tinggal assignment seni je yang perlu disiapkan sebelum 23 April...it takes weeks even months to finish it cos the task including catan, artist books and a few masterpiece around 40....itu baru task seni...excluding pendidikan jasmani, pengajian melayu, hubungan etnik, pengurusan bilik darjah, gerko and many more...phew ~~ tarik nafas sekejap...


P/s : pada korang yang teringin nak further study, make sure preparing yourself with lots of knowledge dan ada daya tahan yang tinggi...physical and mental....believe in yourself and I know you can do it...kalau berminat ambik la wallpaper tu..free of charge =)


Untitled Feeling

Assalamualaikum...such a great feeling to start my new post...days passed and turned week I'm trying to tell a good things to be remembered...begin with social network and finally we are already met for a few times and for sure quite often communicated with each other...sorrow days past turned up to be delighting days...and today I'm glad to have a real 'friend', good listener and my real teddy bear which always be in bad and good on me...it's hard to deliver in words but it gives me new strength to rely on the others...thank you Allah...I love everybody in my life...either I showed or not it's not a sign I'm not loving you...just like wind greet the face...you cannot touch and cannot see it..but indeed you can feel it...thank you my big brother !!

P/s : really hope after this will be much more good things happen...and I really need a sincere relationship which comes from a noble heart...thunderous applause for those who makes my life more happier...if you of them you deserve to be respected...hehe =p

Beautiful Days At School

Assalamualaikum untuk semua readers...it's been quite some time caer tak update blog...there's many things happened and it's quite impossible to tell the whole stories...as following the schedule, caer berada di sekolah untuk berPBS selama seminggu since isnin lepas..so once again caer memilih sekolah daerah perak yang agak jauh dari rumah..baru thrill pergi sekolah pagi2...tambah2 lagi naik motor...pergh sejuk tak ingat but it feels good...sebenarnya terlampau banyak cerita menarik di sekolah dan cikgu2 sangat sporting...sangat helpful dan sangat peramah...hope once dah jadi cikgu caer bakal ditempatkan di tempat yang hebat macam sk kati...terasa sangat dihargai dan dianggap penting di sekolah...paling penting cikgu2 sangat prihatin dengan keperluan guru pelatih macam caer...ada je bahan terus inform dan tak lokek nak bertukar idea...best!!

P/s : esok akan jadi hari last berPBS...this is a good experience ever...erm kenapa lately caer quite sensitif pulak ni...maybe sebab cuti ni dah banyak create soalan sampai tak sempat nak cari jawapan...hurm...lari topik pulak =p

 
copyright reserved by caersasuke