Malam ini tepat pukul 7.38pm, kawasan Pulau Pinang akan berbuka..jadi keseronokan berbuka haruslah secara berjemaah supaya nikmat berbuka akan lebih berkat di samping menjalinkan ukhuwah sesama saudara..mengira detik daripada sekarang, nyatanya aku terlalu seronok untuk berbuka bersama rakan-rakan blogger yang aku kenal..tidak dinafikan aku baru sahaja berkenalan dengan mereka semua dan ada yang sudah lama aku kenal..ada sekalinya, aku berjumpa di Sunway Mall dan seorang lagi aku berjumpa di kawasan Tasik Gelugor kerana menghadiri tahlil di sana..ada pula yang menuntut di tempat seperguruan denganku..life is too coincident..kebetulan berjumpa, kebetulan berkenalan dan kebetulan jadi mesra..
Malam ini akan menjadi salah satu iftar yang pastinya memori terindah dalam berblogging..dulu aku hanya berfikir dunia maya hanya ilusi yang boleh dirasa tapi bukan wujud dalam dunia tampak..tapi sekarang persepsi perlu diubah..aku sangat menantikan lebih ramai blogger yang akan aku jumpa..pada aku generasi blogger adalah generasi IT yang mengikut arus moden tapi menerapkan nilai ketimuran dan perpaduan..rasa-rasa macam ulasan yang terlalu formal pulak..hehe
P/s : Dalam bulan puasa ini beringatlah supaya bersederhana dan elakkan membazir..bila teringatkan negara kita yang aman, berbuka puasa bersama keluarga dan rakan serta penuh keseronokan, apa pulalah nasib saudara-saudara seislam kita di negara luar sana..sama-sama doakan buat para mujahid dan mujahidah di sana..al fatihah buat para syahid yang gugur memperjuangkan agama Islam..sesungguhnya balasan syurga yang selayaknya buat kalian.
1 comments:
Assalamualaikum :)
Firstly, rasanye fiza dah lame tak buat bising kat ruangan commentbox entry orang. Rase kekok plak bila nak mulakan balik. Hehehe
Btw, rase sedih plak bace entry caer ni. Walaupun rasa hendak nangis tapi tahan saje. Hehehe.
Dengan harapan InsyaAllah dengan izin Allah Taala kita semua akan berjumpa lagi pada masa yang akan datang. Memories never die. Kenangan semalam akan disimpan dalam kotak memori.
Oh sebelum lupa, keep it up okay. Teruskan menulis. Jangan pernah tinggalkan dunia blogger. Ini adalah jurnal yang kita akan tinggalkan utk anak cucu nanti.
Lastly, ingat pesan ini macam yang fiza dah pesan kat iz. Semoga menjadi pendidik yang cemerlang. Semoga perjalanan hidup diberkati Allah Taala selalu dan semoga menjadi anak kebanggaan bonda dan arwah ayahanda yang tenang berada disane. :)
#Sori speech panjang hihihi! :p
Post a Comment