Home » , » Penyataan Profesional Muallim

Penyataan Profesional Muallim

Assalamualaikum..alhamdulillah hari ini adalah Ramadhan pertama buat semua umat yang beragama Islam..jadi almaklumlah rutin sudah mula bertukar..selalunya masa-masa aku menaip sekarang ini adalah masa untuk aku mengalaskan perut dan menghirup air bandung yang berharga rm1.00 di kafe bersebelahan asrama..memandangkan air ini berwarna, bersusu dan dibancuh dengan paduan yang sangat memikat aku selalunya prefer untuk order bandung..lupakan soal makan dan minum kerana puasa adalah masa yang tepat untuk melatih aku berdisiplin lebih-lebih lagi dalam soal pemakanan..bayangkan di bangku sekolah dulu, aku hanya 50kg sahaja dan secara mendadak aku telah meningkat beberapa puluh dan sa sebagai timbangan kilogram yang ideal..aku tidak menyalahkan sesiapa tetapi nafsu makan semakin meningkat apabila mula berhijrah ke tempat orang.aku rasa semua akan jadi macam tu..betul tak? relevannya? masih memikirkan..

Berkemungkinan kurasakan, kadar metabolisme badan aku  semakin bergerak  lemah dalam memecahkan molekul yang berhibernasi dalam perut..abaikan aku yang semakin "comel" dari tafsiran yang sebaliknya..hehe..minggu ini adalah minggu terakhir aku di hostel sebelum menjalankan praktikal di Sk Kledang Jaya, Nibong Tebal,Penang..suatu pengalaman yang pastinya mengujakan tetapi agak memeningkan  untuk menguruskan beberapa hal di sana..mungkin pada pandangan orang, ia sesuatu yang tidak membebankan jika mempunyai kenderaan sendiri untuk membawa kelengkapan diri ke sana..dan pastinya aku hanya mampu mengupah kawan untuk ke sana..soal duit aku pastinya tidak akan berkira tetapi kudrat untuk memindahkan barang memerlukan tenaga yang banyak..mujurlah aku ditemani dua lagi teman serumah yang bakal menjadi teman nangis gelak aku di sana...

Puasa kali ini adalah yang pertamanya aku ditugaskan mengajar anak-anak didik yang pastinya dahagakan perhatian dan ilmu dari generasi baru..pada aku soal baru atau lama tidaklah menjadi isu, kerana pada aku pengalaman adalah lebih berharga..daripada pengalamanlah seorang guru mampu membuat sintesis untuk menambah baik dan paling penting mampu menambat hati anak murid dengan cara tradisional..mungkin zaman beralih, murid sekarang lebih memilih usia dan pendekatan baru daripada tenaga pengajar yang pastinya muka-muka baru dalam dunia pendidikan..mungkin juga mereka sudah merasakan hak mereka untuk menanggap dunia IT lebih berbanding dunia papan hitam dan kapur putih dek kemudahan yang mereka kecapi sekarang..

Kepastiannya, aku berazam untuk membuat yang terbaik..kalau tidak secara holistik, separuh pun cukuplah sebagai tanda aku sudah mula menyahut cabaran dalam dunia pendidikan..tugas guru bukannya mudah..segala nilai dan ilmu yang diperoleh, kecil pada kita tapi besar pada kornea mereka..doakan aku menjadi guru yang berkaliber..amin..insyaAllah

0 comments:

 
copyright reserved by caersasuke