Showing posts with label blog. Show all posts
Showing posts with label blog. Show all posts

Penantian Iftar & Renungan Ramadhan

Assalamualaikum..alhamdulillah sudah masuk hari kedua berpuasa..kalau dihitungkan hari, kurang tidak lebih dalam 3 hari lagi aku akan berangkat ke rumah sewa yang baru..yang pastinya aku  pasti tidak dapat "online" seperti sekarang..jadi masa-masa terluang sekarang aku dahulukan dengan obsesi aku menaip secara maya..

Malam ini tepat pukul 7.38pm, kawasan Pulau Pinang akan berbuka..jadi keseronokan berbuka haruslah secara berjemaah supaya nikmat berbuka akan lebih berkat di samping menjalinkan ukhuwah sesama saudara..mengira detik daripada sekarang, nyatanya aku terlalu seronok untuk berbuka bersama rakan-rakan blogger yang aku kenal..tidak dinafikan aku baru sahaja berkenalan dengan mereka semua dan ada yang sudah lama aku kenal..ada sekalinya, aku berjumpa di Sunway Mall dan seorang lagi aku berjumpa di kawasan Tasik Gelugor kerana menghadiri tahlil di sana..ada pula yang menuntut di tempat seperguruan denganku..life is too coincident..kebetulan berjumpa, kebetulan berkenalan dan kebetulan jadi mesra..

Malam ini akan menjadi salah satu iftar yang pastinya memori terindah dalam berblogging..dulu aku hanya berfikir dunia maya hanya ilusi yang boleh dirasa tapi bukan wujud dalam dunia tampak..tapi sekarang persepsi perlu diubah..aku sangat menantikan lebih ramai blogger yang akan aku jumpa..pada aku generasi blogger adalah generasi IT yang mengikut arus moden tapi menerapkan nilai ketimuran dan perpaduan..rasa-rasa macam ulasan yang terlalu formal pulak..hehe

P/s : Dalam bulan puasa ini beringatlah supaya bersederhana dan elakkan membazir..bila teringatkan negara kita yang aman, berbuka puasa bersama keluarga dan rakan serta penuh keseronokan, apa pulalah nasib saudara-saudara seislam kita di negara luar sana..sama-sama doakan buat para mujahid dan mujahidah di sana..al fatihah buat para syahid yang gugur memperjuangkan agama Islam..sesungguhnya balasan syurga yang selayaknya buat kalian.




Tutorial : Melajukan Loading Page Blog Dengan CSS Compresser

Assalamualaikum..alhamdulillah jumaat yang mulia ini caer akan berkongsi tutorial yang semestinya bermanfaat khususnya buat blogger yang mempunyai permasalahan loading page yang terlalu lama...selain daripada widget yang terlalu padat pada blog, berkemungkinan juga ada kod yang tidak berfungsi pada ruangan HTML dan saiznya bertambah besar apabila kita semakin rancak mengedit sini dan sana...so hari ini kita akan belajar mengurangkan obesiti blog

1) First sekali pergi ke website ini  >> CSS Compresser

2) Selepas itu, akan terpapar interface seperti imej di bawah..pilih NORMAL pada compression mode (?) dan DON'T STRIP ANY COMMENTS pada comments handling (?)

 3) Sekarang login blog anda  >> template >> edit HTML  >> CTRL + F (search)<b:skin..kemudian copy kesemua koding HTML selepas kod <b:skin sehingga ]]></b:skin>..tekan butang compress it

4) Copy semua kod tersebut dan paste semula pada HTML template

5) Preview dan save jika tiada error..tahniah loading page semakin baik dan memudahkan viewers untuk datang ke blog disamping meningkatkan taraf SEO di blog anda..

P/s : jom turunkan obesiti..bersama-sama menentang kolestrol dalam HTML..hehe

Domain Baru & Hasil Editing Blog

Assalamualaikum..pagi yang bening sesuai untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan bergelar sebagai seorang writer sambilan blogger...alhamdulillah baru beberapa jam lepas officially caer sudah bertukar daripada caersasuke.blogspot.com kepada domain www.caersasuke.my...untuk pengetahuan semua, caer mendapat domain free daripada tuan empunya blog iaitu saudari Innanie...caer rasa mungkin kebanyakan bloggers kenal dengan saudari Innanie yang sememangnya ramah tamah ni..anyway thanks ye sebab beri caer domain free setahun ni..seriously trafik memang akan naik berduyun2 lepas ni..hehe
So far alhamdulillah juga rezeki tempahan editing blog juga mendapat sambutan..baru ni ada dua bloggers yang seriously bagi kepercayaan kepada caer untuk mengedit blog dorang..so caer ambil masa dua hari untuk siapkan blog tempahan ni...korang boleh view blog dorang ni ye..design caer buat lebih kurang sama cuma theme yang berbeza..untuk range harga ni caer cas rm30 sahaja sesuai dengan full editing yang caer create..alhamdulillah lagi sebab customer semua berpuas hati

Berminat untuk editing blog,banner dan bunting kahwin? caer menyediakan tempahan sekarang..boleh baca terms & condition di sini  >> KLIK SINI

Mission Done : Editing Blog Mama Ain

Assalamualaikum...alhamdulillah malam ni photoshop caer beroperasi macam biasa..setelah berhempas pulas mencuba pelbagai jenis cara untuk aktifkan balik photoshop, akhirnya caer berjaya...serius caer sangat berminat dalam bidang editing gambar, create doodle dan hasilkan masterpiece untuk beberapa event especially kenduri kahwin...so malam ni caer sudah berjaya menyiapkan editing blog untuk kakak caer iaitu ibu kepada anak sedara tembam caer >> mama ain


Untuk pengetahuan korang semua, kakak caer sudah lama berblogging tapi atas alasan kekangan masa so dia terpaksa berhenti blogging buat sementara waktu...nampak gayanya akan aktif kembali berblogging macam caer..hehe..pada korang semua, silalah ke blog kakak caer yang pinky tu...buat masa ni caer hanya sempat sentuh bahagian domain blog sahaja iaitu pada header, footer, background dan beberapa komponen dalam navigasi blog...insyaAllah kalau ada kesempatan dan ada mood terlebih nak edit lagi blog kakak caer ni bagi lagi meletup...hehe

P/s : agak2 kakak caer nak belanja kfc crunch tak kalau edit blog dia? hehe..kita tunggu je la =p

Tips : How To Tackle Followers, Visitors And Readers To Follow Our Blog


Assalamualaikum...malam ni caer nak berkongsi sedikit tips macam mana nak menarik minat readers, visitors dan followers untuk keep in touch dengan blog korang...sebenarnya ada beberapa komponen yang perlu dititikberatkan supaya blog bersifat interaktif dan mesra pengguna...ok caer sudah arrow beberapa komponen asas dalam bagi menonjolkan kejituan blog korang..so lets take a look and read

1) First sekali, masuk je blog mesti kebanyakan blogger akan terus menilai dari sudut header...header memainkan peranan yang agak penting sebab header ni umpama brand dan identiti yang meliputi identiti blog korang...so make sure header yang dibuat mestilah simple tapi menarik...ada segelintir suka menggunakan flash untuk buat header supaya dapat catch perhatian visitors, readers dan followers untuk terus mengikuti perkembangan blog dorang...itu semua bergantung pada kreativiti masing2


2) Background pon memainkan peranan sebab saiz pixel yang digunakan mempengaruhi kadar loading page...jadi, kebanyakan blogger akan menggunakan background yang bersaiz kecil dan mudah didapati dalam search engine google...warna juga memainkan peranan kerana background yang cerah dan sejuk akan membuatkan readers dan visitors berasa nyaman berada di blog kita..recomended colour : biru langit, hijau daun, coklat krim dan beberapa warna yang sesuai


3) Url blog mestilah simple, mudah diingat dan pendek...ada segelintir blogger menggunakan url blog yang terlalu panjang dan menyukarkan readers,visitors untuk remind balik...walaupun ia bukan faktor utama kenapa blog kurang mendapat perhatian, tapi ada yang berpendapat url blog boleh menjadi penyebab...in case kalau url blog caer ditukar kepada http://caersasukenejigaarakakashinarutouzumaki.blogspot.com, agak2 berapa ramai akan dapat mengingat url caer dan berkeinginan nak search balik blog caer? fikir2 kan


4) Blog mesti mempunyai brand dan identiti tersendiri...dalam blog caer, caer tampilkan karakter avatar yang ala2 alienware berambut, berjaket dan memakai spek mata...motifnya untuk menunjukkan blog ni merupakan blog budak lelaki...disebabkan tidak mahu mendedahkan identiti secara direct, so caer meletakkan imej avatar ni dan tidak melengkapkan perincian pada muka...mungkin orang akan curious untuk lebih mengenali caer dan seterusnya berminat nak follow blog caer...ye erk? hehe

P/s : blogwalking pun merupakan cara untuk menarik minat readers, visitors dan followers untuk lebih mengenali korang...sebenarnya tiada jalan mudah untuk mencapai apa yang kita hajati melainkan effort kita dalam melestarikan impian...blogging bukanlah semata2 untuk mencari followers yang ramai, tapi kenalan yang boleh dibuat kawan...so semua terpulang pada nawaitu korang sendiri...for me, blogging is for fun for sure

Update Tips : Mendapatkan Trafik Tinggi

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi satu tips untuk mendapatkan trafik yang tinggi dalam blog...bukan tu sahaja kebarangkalian bilangan angka follower bakal mencanak setiap kali terjahan blog dilakukan...yang pasti semuanya sama sekali bukan agenda software autoblogwalking tetapi usaha anda sendiri...semuanya atas inisiatif anda !!


Imagefruity.com

Imagefruity.com Pernah tak certain masa bila korang open page blog akan berada dalam situasi yang sama ? mungkin ada segelintir blogger suka meletakkan pelbagai widget di dalam blog sehingga menyebabkan load page sangat lama..situasi ni tidak menjadi masalah buat blogger2 yang mempunyai line internet yang mantap untuk membalas kujungan atau berblogwalking tetapi sebaliknya jika line internet yang slow kebarangkalian blog anda akan dibuka semakin tipis...

Imagefruity.com Kebanyakan blogger mendaftar sebagai ahli nuffnang dan tidak terkecuali bagi caer...asasnya , iklan2 nuffnang terbahagi kepada 3 yang diletakkan pada bawah header , sidebar dan antara entri...so kaitannya jika mahukan iklan anda kerap terpampang dan mendapat klik pengunjung make sure blog ringan...sebabnya kalau blog dah memang berat kebarangkalian iklan nuffnang lambat keluar...takut nanti jika blog dah terlampau banyak widget + iklan siap ni blog makin lambat nak load...


Imagefruity.com Segelintir blogger2 meletakkan url blog yang salah dalam shoutbox...jadi automatiknya sangat sukar nak balas kunjungan...in case ada pulak nak kita hit back jadi follower...url yang diberi salah..jadi masalah pulak kan...

Imagefruity.com Blogwalking ni perlu sebabnya korang boleh explore blog orang lain..masa yang sama korang boleh belajar banyak benda dan mudah nak cari member blogger yang baru...mungkin ada yang menganggap ianya sesuatu yang remeh..tapi cara ni paling berkesan kalau nak kenal blogger2...cara2 lain mungkin masuk contest atau GA..

Kalau nak menggalakkan pengunjung2 drop komen make sure penulisan entri mudah difahami...elakkan penggunaan shortform sampai sukar nak faham...in case kalau nak blogger2 luar negara nak baca entri makin bertambah sukar...kalau google translate pon tak sure boleh faham...pastikan entri sentiasa update...kalau sibuk update pada hujung minggu pon dikira bagus...hehe

P/s : kalau ada tips2 lain yang tertinggal nanti caer update lain...mengantuk la pulak..kih3...selamat menyambut tahun baru cina...

Renovate Blog Kakak Kesayangan !!

Assalamualaikum...since semalam caer pull out untuk memenuhi permintaan kakak renovate blog dia...memandangkan dah masuk sem degree caer makin bertambah sibuk dengan assignment + presentation...tapi alhamdulillah semua tu tak menghalang caer untuk penuhi permintaan kakak...sebenarnya ni kakak caer yang sulung dan merupakan ibu kepada ain...ibu dan anak sama2 comel kan ? kih3


Mula2 buat header tu caer buat ala2 techno la sikit...tapi rasa macam tak kena pulak sebab tak mempamerkan ciri2 kewanitaan tulen pulak...kih3...tema dan arrangement pon macam kurang sesuai pulak sebab background dah bunga tapi header stylo sangat...lagi 1 subjek matter pon tak tahu mana yang nak dipertonjolkan...haish tukar2 !!


At last caer dapat idea pagi tadi dan alhamdulillah terhasillah header comel untuk kakak merangkap ibu ain ni...hehe...tema sakura tu masih dikekalkan sebab kakak cakap baru nampak cute...kih3...header pink ni resolusi dia 920 x 360 pixels...seperti biasa caer edit guna perisian photoshop...
Memandangkan kakak masih baru dalam dunia blogging dia still belum mendaftar akaun nuffnang...kalau korang perasan blog caer dengan kakak lebih kurang je...kih3...biasa la masa terlalu suntuk...=)


Alhamdulillah caer berjaya menyiapkan blog kakak dengan jayanya...background , post entri etc semuanya dah caer renovate...harap2 kakak suka sebabnya dia hari ni nak gerak balik kerja di Putrajaya...jadi dia masih belum tengok hasilnya...so apa tunggu lagi jom terjah blog kakak caer >> permata-ain.blogspot.com

P/s : semalam dapat berita yang cambest...alhamdulillah ain dah makin sihat...syukur sangat2..trimas kepada korang yang tak putus2 bagi semangat dan kiriman doa kepada ain...hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian semua...=)

Apa Dah Jadi Kat Blog Caer??

Assalamualaikum...apa kabar semua sahabat2? maaf ye dah lama caer tak update blog ni..rasanya dah masuk 3 bulan lebih caer tak menulis...maaf jugak caer tujukan buat sahabat2 yang tak pernah jemu2 datang lawat blog caer...trimas ye...caer baru semangat nak update blog semalam tapi jadi macam ni pulak...


Sebenarnya blog caer ada masalah teknikal sikit...caer makin bertambah2 pelik sebab wujudnya 2 blog post...serius pelik...jadi nak mintak jasa baik korang guide caer macam mana nak overcome masalah ni...adoyai pening2!!



Memandangkan semua saraf2 kepala ni dah stretch kuat sangat jadi caer tengok video ni..kih3..hilang semua serabut kat kepala ni..

Suatu Ketika Dahulu !!!


Assalamualaikum...nampaknya hujan makin reda dan lamunan caer semakin kabur dek kerana titisan hujan sudah mula terhenti....malam ni teringat pulak waktu caer mula2 blogging...sangat naif dan kosong dalam ilmu blogging ni....first time caer kenal blog melalui sahabat rapat di kampus....mula2 caer just tengok je dia main...lama2 tergerak hati pulak nak mencuba...

Benarlah kata orang tak kenal maka tak cinta...ngeh3...memandangkan masih baru caer banyak jugak bertanya dengan kawan....sampai dia dah naik boring layan soalan caer...kih3...apa nak buat budak baru nak bertatih...


Makin caer venture blog ni makin pening kepala dibuatnya....kali ni caer nak jadi sedikit independent...ngeh3...ruangan bertanya daripada kawan realiti bertukar kepada kawan maya...bezanya hanya tak bersua muka je...waktu tu bermulalah satu lagi dimensi baru dalam dunia blogging caer....


Waktu tu baru caer perasan yang blog ni best...blogger2 yang dah mahir tak pernah lokek nak kongsi ilmu....bagus betol komuniti blogger ni...tapi terdetik jugak tengok blog orang lain sangat cool...caer pon nak jugak...ngeh3...


Ni caer sesat ke ? bukan le...ngeh3...caer cuma tak tahu apa arah tujuan caer berblogging ni....disebabkan waktu tu caer berblogging cuma berorientasikan nak cari follower je mood tu jadi cepat hilang...macam tak ada semangat kalau sikit sangat follower...


Setelah lama menyepi caer kembali berblogging...kemunculan kali ni caer dah ada semangat baru...caer rasa dulu ada gap dengan sahabat2 blogger sebab tak ada keikhlasan dalam berblogging....ngeh3...caer cuba memperbaharui mutu blog dan renovatekan apa yang patut...entri2 pulak lepas tu banyak berkisarkan something yang caer rasa dekat je dengan sahabat2 blogger...entri penting kalau nak tarik pengunjung nak singgah blog kita....highligthkan frasa ni...kih3


Hari ini caer dah boleh tersenyum girang kerana keikhlasan berblogging tu dah ada...sambil berkongsi cerita dan ilmu caer boleh mencari kenalan2 baru...trimas caer ucapkan kat korang semua sebab sudi memeriahkan blog ni...kepada yang baru2 je berkenalan caer ucapkan selamat berkenalan..yang belum kenal ? jom la kenal2 dengan caer...ngeh3

 
copyright reserved by caersasuke