
Assalamualaikum...setiap manusia dilahirkan dengan potensi dan bakat yang berbeza2...begitulah wujudnya pelbagai ideologi dan lontaran idea bernas daripada segelintir manusia berjaya...kebanyakan daripada mereka yang berjaya sering menjadikan falsafah hidup sebagai nadi penggerak sejurusnya pencetus revolusi dalam mencipta sesuatu kelainan...bagi Jessica Cox , dia tidak menjadikan kekurangan sebagai satu halangan sebaliknya motivasi untuk lebih berjaya...

Jessica Cox dilahirkan tanpa mempunyai lengan tetapi masih mampu mencapai kejayaan di dalam hidupnya...ibunya pernah menjalani ujian kehamilan dan mendapati kebarangkalian Jessica lahir sebagai seorang bayi normal...sebaliknya kuasa pencipta lebih menjangkaui pemikiran manusia...Jessica membesar sebagai seorang kanak2 istimewa dan pada masa yang sama seorang gadis cilik yang mempunyai jiwa yang besar

Jessica menamatkan pengajiannya dalam lulusan psikologi dan mampu menguruskan dirinya dengan baik...selain hebat menulis Jessica boleh memandu kereta dan boleh menjawab panggilan telefon dengan menggunakan kakinya...gadis kelahiran Arizona , Amerika Syarikat ni juga merupakan pemakai tali pinggang hitam dalam arena Tai Kwon-Do dan merupakan bekas penari balet..

Pesawat terbangnya direka khas tanpa pedal bagi memudahkan Jessica mengawal dengan kaki...pesawat ni diberi nama Ercoupe dan impressivenya Jessica sudah mendapat lesen aircraft pada 3 tahun berikutnya...hanya berbekalkan 3 jurulatih terbang dan latihan selama 89 jam di udara Jessica sudah mampu menggapai awan dengan penuh bangga...caer respect dan kagum dengan semangat juang pilot muda ni..
P/s : sesungguhnya kejadian Tuhan adalah sesuatu yang sangat bernilai dan bersebab...mungkin kita sering berfikir kekurangan tu hanya menjadi halangan besar untuk terus maju...sebaiknya kita muhasabah diri dan bersyukur atas nikmat yang diberi..belajarlah mengatasi psikologi sebelum semua impian menjadi realiti...=)
