Home » , , » Remaja Genius Fizik

Remaja Genius Fizik

Assalamualaikum...kebiasaannya pada usia belasan tahun , kita hanya belajar teori untuk membuat atau menghasilkan sesuatu benda...mungkin ada juga yang baru mula berjinak2 untuk mendalami minat dalam sesuatu bidang demi kepentingan masa hadapan..tetapi tidak mustahil ada juga remaja yang sudah mampu mencipta sesuatu alatan canggih dek kerana tahap pemikiran yang menjangkaui usia...entri kali ni caer nak review mengenai seorang remaja 17 tahun yang telah membina alatan nuklear di bahagian bawah rumahnya sendiri iaitu Thiago Olson....

Thiago Olson ialah seorang remaja yang berusia 17 tahun dan masih menuntut di sebuah sekolah menengah tinggi...dia pernah digelar sebagai "saintis gila" kerana minatnya yang mendalam dan sangat ketara...setakat ini dia telah membina sebuah reaktor fusion nuklear di bahagian bawah rumahnya di Oakland Township...dia telah mengambil durasi selama lebih 2 tahun dan 1000 jam untuk membuat kajian dan telah berjaya mencipta satu mesin besar yang mampu menghasilkan fusion nuklear dalam skala yang kecil...atas kebijaksanaan yang dimiliki ramai komuniti mula sedar bahawa sebenarnya teknologi fusion telah menjadi sesuatu yang mudah untuk dicipta...maka berlakulah revolusi yang membuktikan ianya bukan lagi sesuatu yang eksklusif sebagaimana tanggapan mereka sebelumnya...

Rasa cintanya pada ilmu fizik telah mendorongnya untuk melaksanakan suatu projek yang mampu mengubah persepsi komuniti seluruh dunia...mari sama2 tonton video yang memaparkan kecanggihan alat yang telah membawa nama Thiago Olson ke persada pencipta alatan nuklear termuda dan dikenali ramai...


P/s : menjelang masa2 hadapan negara akan semakin bergerak pantas dan corak pemikiran generasi akan datang akan lebih dewasa seiring dengan putaran waktu...jadi caer rasa kita sebagai generasi muda perlu mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik untuk tanah air tercinta...jadi sebagai warga muda kita perlu mempersiapkan diri bagi menempuh gelombang kemajuan yang semakin pesat dan mencabar

0 comments:

 
copyright reserved by caersasuke