P/s : pada korang yang teringin nak further study, make sure preparing yourself with lots of knowledge dan ada daya tahan yang tinggi...physical and mental....believe in yourself and I know you can do it...kalau berminat ambik la wallpaper tu..free of charge =)
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts
Assignment Week !!
Assalamualaikum...alhamdulillah hari jumaat yang mulia ni caer masih dikurniakan tubuh badan yang sihat selepas beberapa minggu sebelumnya busy menghadap assignment...boleh kena hipertension kot...hehe...by now, just tinggal assignment seni je yang perlu disiapkan sebelum 23 April...it takes weeks even months to finish it cos the task including catan, artist books and a few masterpiece around 40....itu baru task seni...excluding pendidikan jasmani, pengajian melayu, hubungan etnik, pengurusan bilik darjah, gerko and many more...phew ~~ tarik nafas sekejap...
Pilot Muda Berjiwa Besar




P/s : sesungguhnya kejadian Tuhan adalah sesuatu yang sangat bernilai dan bersebab...mungkin kita sering berfikir kekurangan tu hanya menjadi halangan besar untuk terus maju...sebaiknya kita muhasabah diri dan bersyukur atas nikmat yang diberi..belajarlah mengatasi psikologi sebelum semua impian menjadi realiti...=)
Remaja Genius Fizik
Assalamualaikum...kebiasaannya pada usia belasan tahun , kita hanya belajar teori untuk membuat atau menghasilkan sesuatu benda...mungkin ada juga yang baru mula berjinak2 untuk mendalami minat dalam sesuatu bidang demi kepentingan masa hadapan..tetapi tidak mustahil ada juga remaja yang sudah mampu mencipta sesuatu alatan canggih dek kerana tahap pemikiran yang menjangkaui usia...entri kali ni caer nak review mengenai seorang remaja 17 tahun yang telah membina alatan nuklear di bahagian bawah rumahnya sendiri iaitu Thiago Olson....

Rasa cintanya pada ilmu fizik telah mendorongnya untuk melaksanakan suatu projek yang mampu mengubah persepsi komuniti seluruh dunia...mari sama2 tonton video yang memaparkan kecanggihan alat yang telah membawa nama Thiago Olson ke persada pencipta alatan nuklear termuda dan dikenali ramai...

Thiago Olson ialah seorang remaja yang berusia 17 tahun dan masih menuntut di sebuah sekolah menengah tinggi...dia pernah digelar sebagai "saintis gila" kerana minatnya yang mendalam dan sangat ketara...setakat ini dia telah membina sebuah reaktor fusion nuklear di bahagian bawah rumahnya di Oakland Township...dia telah mengambil durasi selama lebih 2 tahun dan 1000 jam untuk membuat kajian dan telah berjaya mencipta satu mesin besar yang mampu menghasilkan fusion nuklear dalam skala yang kecil...atas kebijaksanaan yang dimiliki ramai komuniti mula sedar bahawa sebenarnya teknologi fusion telah menjadi sesuatu yang mudah untuk dicipta...maka berlakulah revolusi yang membuktikan ianya bukan lagi sesuatu yang eksklusif sebagaimana tanggapan mereka sebelumnya...

P/s : menjelang masa2 hadapan negara akan semakin bergerak pantas dan corak pemikiran generasi akan datang akan lebih dewasa seiring dengan putaran waktu...jadi caer rasa kita sebagai generasi muda perlu mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik untuk tanah air tercinta...jadi sebagai warga muda kita perlu mempersiapkan diri bagi menempuh gelombang kemajuan yang semakin pesat dan mencabar
Remaja Jutawan Web
Assalamualaikum...remaja merupakan aset bagi sesebuah negara...bahkan mereka merupakan tunjang dan pelapis yang bakal menerajui negara suatu ketika nanti...pokok pangkalnya berkembangnya kemajuan sesebuah negara kerana lahirnya ramai generasi berintelektual dan mahir di dalam bidang yang diteroka...kali ni caer nak review remaja yang telah berjaya menjual laman2 webnya pada harga 6 angka iaitu Cameron Johnson...


Cameron Johnson dilahirkan pada 13 November 1984 dan merupakan seorang penulis , businessman , usahawan dan public speaker..pada usia 9 tahun lagi dia sudah berjinak2 memulakan perniagaan pertamanya dengan menggunakan software photoshop...pada mulanya dia hanya membuat dan menjual kad2 ucapan...lama kelamaan setelah berumur 12 tahun , dia mula mengembangkan perniagaannya dengan menjual 'Ty Beanie Babies' di laman webnya iaitu "Cheers and Tears' , 'My EZ Mail' yang merupakan satu perkhidmatan menghantar e mel...menjelang usia 15 tahun dia telah mula menerima pendapatan bulanan yang mencecah 6 angka iaitu antara USD300 000 hingga USD400 000...pada usianya 19 tahun pula , dia berjaya menjual laman2 webnya untuk satu harga yang sangat mahal...atas kejayaan yang diperolehi , pada tahun 2009 dia telah dianugerahkan sebagai penerima sepuluh pemuda luar biasa dari US..
Pada usia muda lagi dia sudah meminati kemahiran grafik dan pembuatan Ty Beanie Babies justeru menjadikan platform untuknya mencari pendapatan tambahan...frankly caer kagum betol dengan cara dia yang betol2 business minded...hebat kan ?
P/s : untuk menjadi seseorang yang berjaya kita perlu ada ikon yang harus dicontohi bagi memantapkan motivasi kita untuk terus berjaya...jadi hidup kita lebih berorientasi dan sentiasa berfikir untuk maju selangkah ke hadapan...caer rasa lepas ni nak bukak kedai edit gambar la..hehe...boleh cari side income..kih3...korang rasa ada orang nak beli tak ?