Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Maptor : Pemancar Peta Alaf Baru


Assalamualaikum..kalau dahulunya kita selalu perlukan tourist untuk guide jalan...tapi revolusi terus berlaku sehingga terciptanya gadget2 penunjuk arah seperti GPS...terkini pasaran dunia didatangi gadget terbaru iaitu maptor...istimewanya maptor ni kerana ianya pemancar peta yang mudah dibawa , ringkas dan sistematik...

Maptor ni didatangi dengan on-board GPS...jadi walau kat mana korang berada confirm mudah sebab tertera ikon "You Are Here"...spesifikasi bluetooth juga dimuatkan dalam maptor ni bagi membolehkan peta baru mudah nak download tanpa mengggunakan kabel...


Paling best korang boleh pancarkan peta ni mana2 contohnya dinding , baju , lantai dan permukaan rata even tapak tangan pun boleh...menariknya korang boleh zoom in dan zoom out laluan serta boleh memperbesarkan skala peta tu....cool kan ?

P/s : pada yang berminat sila check it out di pasaran berhampiran...lately , in case caer tak balas kunjungan sebabnya line internet sangat slow...hopefully korang maafkan caer ye...even nak bukak page sendiri pun lambat nak loading...=)

Lubang Terbesar Di Dunia !!

Assalamualaikum...klisenya banyak bencana alam dah berlaku dan kebanyakannya telah meragut ribuan bahkan jutaan nyawa...impaknya negara terlibat telah menjadi tumpuan dunia dan segelintir negara menyalurkan bantuan drastik...begitulah juga situasi yang berlaku apabila sesuatu negara tu mempunyai hasil bumi yang pelik lagi aneh...so , hari ni caer nak berkongsi berkenaan perkara2 pelik dan ganjil dalam dunia ni...pernah tak korang membayangkan lubang yang besar berada tepat pada titik fokal anda ? kalau belum jom tengok sama2...

Lubang di Mirny Diamond Mine , Siberia...dipercayai ia merupakan lombong diamond paling besar di dunia iaitu 525 meter kedalamannya dan diameternya ialah 1200 meter..

( Sumber tidak diketahui )

Glory Hole - Monticello Dam ( California ) digunakan apabila empang dipenuhi kapasiti air yang banyak dan sangat berguna untuk menyalurkan lebihan air ke longkang...hebatnya lubang ni sebab ia mampu menyerap 14'400 air setiap saat..

Kimberley Big Hole - South Africa yang kedalamannya 1097 meter...sangat dalam tu hand-dug excavation ni...dahsyat2

Diavik Mine terletak pada 300km utara dari kawasan Yellowknife , Kanada..kawasan ini sangat sejuk ketika air laut di sekitarnya mula membeku

Sinkhole ni terdapat di Guatamela dan dipercayai ia terhasil gara2 air hujan dan air kumbahan mulai mendak pada permukaan bawah tanah dalam skala yang sangat besar...jadi dalam jangka masa yang panjang berlakunya tanah runtuh sehingga menelan beberapa buah rumah dan dipercayai lebih kurang 3 orang penduduk tempatan terbunuh...

Great Blue Hole terletak 60 batu dari daratan Belize dan telah mencetuskan fenomena geografi yang sangat indah...lubang biru seperti ni ada banyak di seluruh dunia tetapi ianya antara yang paling cantik..

Bingham Canyon Mine ni terletak di Utah...saiz lubang ni terus menerus bertambah 3/4 batu dalam dan 2.5 batu lebar...

Jadi apa pendapat korang ? cool kan..hehe

P/s : maaf caer tak dapat cari sumber lubang2 ni semua ada di kawasan mana...dah puas belek wikipedia dan macam2 keyword guna kat search engine google...tapi tak jumpa..kih3..credit kepada saudara AYIE sebab dah inform kat caer tentang info pasal lubang ni..good job dan trimas ye !!

Seni Grafiti Nukilan Dinding !!

Assalamualaikum...seni merupakan sesuatu yang subjektif dan terpulang kepada persepsi individu itu sendiri...ada yang bergiat dalam arena seni untuk mencari rezeki dan segelintirnya juga ingin mencari kepuasan berkarya...hari ni caer nak preview salah satu seni yang sudah dianggap komersial iaitu grafiti...
Grafiti berasal daripada perkataan Itali "grafiato" bermaksud "scratched"...tapi menjelang zaman moden ia boleh dianggap sebagai sebarang abjad , imej lakaran , teknik cat , teknik semburan dan teknik ukiran pada permukaan objek kebiasaannya pada dinding...hanya bersandarkan pada modal equipment bergrafiti seseorang tenaga mahir mampu menghasilkan karya yang sangat cool untuk dipertonton...
Setelah survey dibuat caer rasa hanya equipement ni sahaja yang diperlukan bagi menghasilkan grafiti...jom check it out !!

1) Dinding yang blank untuk hasilkan masterpiece grafiti....kebiasaannya dinding masih dalam keadaan yang baik bagi memudahkan sesi menconteng...jangan conteng dinding rumah jiran sudah..kih3



2) Spray paint , marker pen dan brush digunakan untuk mengecat dinding...ada juga grafiti yang mempelbagaikan penggunaan equipment ni sebagai medium tulisan

3) Spray cap perlu ada banyak jenis untuk memudahkan kerja2 lining dan sizing...semburan bagi tiap2 jenis cap ni adalah berbeza ketebalannya...

4) Spray mask merupakan equipment yang digunakan untuk menutup saluran pernafasan sewaktu kerja2 spray dijalankan...impaknya kalau terhidu banyak sangat cat ialah hilang ingatan...so make sure pakai mask atau handkerchief sebelum nak spray...

5) Sketch book diperlukan untuk membuat lakaran awal konsep...jadi segala curahan idea boleh dilakar sebelum ianya diaplikasikan kat dinding...

P/s : jadi pada sesiapa yang berminat korang boleh contact2 dengan mana2 freelancer grafiti...kalau tak silap kat Malaysia ni antara group grafiti yang cambest ialah The Super Sunday...kalau berminat sila la ringan2 tangan layari webpage kat facebook "Thesupersunday Conceptstore"

Pixie Bike : Kecil Tapi Menarik !!


Assalamualaikum...lately banyak sukan yang telah dipertengahkan dan menariknya majoriti golongan belia selalunya menceburi sukan2 pelik ni...salah satu sukan yang pelik ni ialah pixie bike...sebagai info , pixie bike merupakan aktiviti berbasikal yang completely berbeza dan sangat pelik...kalau berani cubalah...kih3


Disebabkan saiz pixie bike yang kecil berbanding penunggangnya , kaedah kayuhan dan tunggangan lebih mencabar...so secara tidak langsung ia menguji daya ketahanan kaki dan tulang belakang...tangan pon boleh pedih...jadi make sure pakai glove sebelum mengayuh...

Sesi berlumba merupakan major aktiviti dalam sukan pixie bike ni...

Cuba kayuh basikal atas titian macam time nak ambik lesen motor...kih3

Salah balance maka menyembah bumilah jawabnya... !!

Mengayuhlah seperti kanak2 riang dan have fun !!

INFO : Sebenarnya pixie bike popular di Kanada dan sudah menjadi salah satu aktiviti berbasikal paling popular...atas alasan tu , ia telah dijadikan acara sukan tahunan...tapi di Malaysia penerimaan sukan ni belum lagi diperkenalkan...so ada siapa2 nak jadi pioneer dipersilakan...kih3

P/s : entri ni caer lebih banyak menggunakan visual gambar kerana tangan masih sakit gara2 accident...alhamdulillah kaki caer sudah bertambah baik...diharap supaya teman2 semua mendoakan kesembuhan buat caer...trimas ye !!

Remaja Genius Fizik

Assalamualaikum...kebiasaannya pada usia belasan tahun , kita hanya belajar teori untuk membuat atau menghasilkan sesuatu benda...mungkin ada juga yang baru mula berjinak2 untuk mendalami minat dalam sesuatu bidang demi kepentingan masa hadapan..tetapi tidak mustahil ada juga remaja yang sudah mampu mencipta sesuatu alatan canggih dek kerana tahap pemikiran yang menjangkaui usia...entri kali ni caer nak review mengenai seorang remaja 17 tahun yang telah membina alatan nuklear di bahagian bawah rumahnya sendiri iaitu Thiago Olson....

Thiago Olson ialah seorang remaja yang berusia 17 tahun dan masih menuntut di sebuah sekolah menengah tinggi...dia pernah digelar sebagai "saintis gila" kerana minatnya yang mendalam dan sangat ketara...setakat ini dia telah membina sebuah reaktor fusion nuklear di bahagian bawah rumahnya di Oakland Township...dia telah mengambil durasi selama lebih 2 tahun dan 1000 jam untuk membuat kajian dan telah berjaya mencipta satu mesin besar yang mampu menghasilkan fusion nuklear dalam skala yang kecil...atas kebijaksanaan yang dimiliki ramai komuniti mula sedar bahawa sebenarnya teknologi fusion telah menjadi sesuatu yang mudah untuk dicipta...maka berlakulah revolusi yang membuktikan ianya bukan lagi sesuatu yang eksklusif sebagaimana tanggapan mereka sebelumnya...

Rasa cintanya pada ilmu fizik telah mendorongnya untuk melaksanakan suatu projek yang mampu mengubah persepsi komuniti seluruh dunia...mari sama2 tonton video yang memaparkan kecanggihan alat yang telah membawa nama Thiago Olson ke persada pencipta alatan nuklear termuda dan dikenali ramai...


P/s : menjelang masa2 hadapan negara akan semakin bergerak pantas dan corak pemikiran generasi akan datang akan lebih dewasa seiring dengan putaran waktu...jadi caer rasa kita sebagai generasi muda perlu mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik untuk tanah air tercinta...jadi sebagai warga muda kita perlu mempersiapkan diri bagi menempuh gelombang kemajuan yang semakin pesat dan mencabar

Remaja Jutawan Web

Assalamualaikum...remaja merupakan aset bagi sesebuah negara...bahkan mereka merupakan tunjang dan pelapis yang bakal menerajui negara suatu ketika nanti...pokok pangkalnya berkembangnya kemajuan sesebuah negara kerana lahirnya ramai generasi berintelektual dan mahir di dalam bidang yang diteroka...kali ni caer nak review remaja yang telah berjaya menjual laman2 webnya pada harga 6 angka iaitu Cameron Johnson...

Cameron Johnson dilahirkan pada 13 November 1984 dan merupakan seorang penulis , businessman , usahawan dan public speaker..pada usia 9 tahun lagi dia sudah berjinak2 memulakan perniagaan pertamanya dengan menggunakan software photoshop...pada mulanya dia hanya membuat dan menjual kad2 ucapan...lama kelamaan setelah berumur 12 tahun , dia mula mengembangkan perniagaannya dengan menjual 'Ty Beanie Babies' di laman webnya iaitu "Cheers and Tears' , 'My EZ Mail' yang merupakan satu perkhidmatan menghantar e mel...menjelang usia 15 tahun dia telah mula menerima pendapatan bulanan yang mencecah 6 angka iaitu antara USD300 000 hingga USD400 000...pada usianya 19 tahun pula , dia berjaya menjual laman2 webnya untuk satu harga yang sangat mahal...atas kejayaan yang diperolehi , pada tahun 2009 dia telah dianugerahkan sebagai penerima sepuluh pemuda luar biasa dari US..

Pada usia muda lagi dia sudah meminati kemahiran grafik dan pembuatan Ty Beanie Babies justeru menjadikan platform untuknya mencari pendapatan tambahan...frankly caer kagum betol dengan cara dia yang betol2 business minded...hebat kan ?
P/s : untuk menjadi seseorang yang berjaya kita perlu ada ikon yang harus dicontohi bagi memantapkan motivasi kita untuk terus berjaya...jadi hidup kita lebih berorientasi dan sentiasa berfikir untuk maju selangkah ke hadapan...caer rasa lepas ni nak bukak kedai edit gambar la..hehe...boleh cari side income..kih3...korang rasa ada orang nak beli tak ?


Remaja Genius Matematik

Assalamualaikum...menjadi seseorang yang dewasa bukannya diukur daripada perwatakan sahaja tetapi bagaimana cara mereka berfikir pun diambil kira...pepatah Inggeris ada menyebut "don't judge a book by it's cover"...frankly caer betol2 setuju kerana tidak semestinya someone yang masih muda remaja dari segi fizikal tidak mempunyai pengetahuan tahap IQ yang outstanding...buktinya Mohamed Altoumaimi yang masih berusia 16 tahun telah melakar sejarah apabila mampu menyelesaikan masalah Matematik ( masalah nombor Bernoulli ) yang sudah berusia 300 tahun...hebatkan ?

Mohamed Altoumaimi merupakan imigran Iraq yang tinggal di Sweden...atas kebijaksanaan yang dimiliki dia telah mendapat pujian daripada profesor2 di Universiti Uppsala...dia telah menemui formula yang menerangkan dan memudahkan satu sekuen kira2 yang telah dinamakan sempena ahli Matematik pada kurun ke 17 iaitu Jacob Bernoulli...
Dipendekkan cerita dia telah menghubungi profesor2 di Universiti Uppsala bagi mengiktiraf solusi yang ditemuinya..seorang pensyarah Matematik senior tampil iaitu Lars-Ake Lindahl dan memberitahu guru2 Mohamed yang dia sememangnya outstanding...

Lars-Ake Lindahl


Jadi sekolahnya telah mengambil Mohamed untuk dijadikan tenaga pengajar Matematik di Falun pada musim luruh dan menerangkan masalah yang telah diselesaikannya itu kepada anak buahnya...

P/s : sebenarnya ramai lagi remaja2 di luar sana yang telah menempa nama mereka dan masing2nya telah menolak persepsi jaguh kampung...mereka telah berjaya melakar kejayaan di usia muda...sebenarnya ramai lagi remaja2 yang berjaya..insyaAllah next time caer review remaja berjaya yang lain..hehe

Siapa Pioneer Skateboard ?

Assalamualaikum...last time caer dah review salah satu sukan ekstrem yang sudah bertapak di negara kita iaitu parkour...untuk entri kali caer nak berkongsi pula info mengenai pioneer skateboarding iaitu Rodney Mullen...mungkin pada yang berkecimpung dalam sukan ni memang dah kenal rapat dengan super duper teknikal skater ni...pada yang kurang familiar korang boleh continue reading...hehe

Rodney Mullen ( baju coklat ) bersama unknown skater

Rodney Mullen ni dilahirkan di Gainesville , Florida dan dilahirkan pada 17 Ogos 1966...kalau calculate balik usia dia sekarang dah masuk 44 tahun tapi still aktif dalam sukan ekstrem ni...dia diiktiraf sebagai profesional freestyler dan merupakan salah sorang skater berpengaruh...ramai skater menyandarkannya sebagai idola dalam sukan skateboarding ni termasuklah caer...mana taknya once dia berdiri atas skate pelbagai sentuhan magis boleh dilakukan..kadang2 caer rasa macam tak masuk akal tapi dia bijak melawan psikologi neuron dan adrenalinnya...so far dia dah mencipta lebih kurang 30 tricks termasuklah trick asas ollie , kickflip , heelflip , 360 flip dan impossible..cool !!

Trick ollie

Kickflip

Gambar di bawah ni merupakan snapshot pergerakan Rodney Mullen..trick ni diberi nama primo...cool kan ?


Hah untuk tayangan yang lebih visual dan audiolingual caer cadangkan korang tengok footage Rodney Mullen dalam video ni...salute habis..jom roll action !!

Klik link ni >> Almost round 3

P/s : maaf atas masalah line connestion caer tak dapat sediakan direct video dan terpaksa memasukkan link sahaja...pesan caer pada yang berminat main skate ni korang boleh belajar tapi make sure dapatkan bimbingan dari mereka2 yang terlatih...apa2 pon majulah sukan untuk negara...hehe...( skate caer dah patah..ada sapa2 nak tolong beli ? kih3 )

Jom Bertukar Kepada Disqus Comments !!!

>> Klik link untuk register


Assalamualaikum...malam ni caer bercadang nak berpindah ke ruangan komen yang baru...ngeh3...caer discover banyak jugak blogger2 yang sudah menggunakan disqus ni...istimewanya disqus comment kerana friendly user dan memudahkan proses membalas mesej...selain tu kemudahan disqus dilengkapi dengan notification yang memudahkan blogger2 untuk mengetahui komen2 terbaru bagi entri mereka...selain daripada tu disqus jugak membolehkan user mengedit semula mesej yang telah dihantar..kemudian memperbaharui mesej yang lama....widget lain seperti like dan reply menambah fungsi dalam aplikasi disqus ni...sebagai pelengkap kepada widget ni disediakan ruangan mengupload gambar profile....cool !!!



Sangat cool kan ? kalau korang teruja nak mendapatkan khidmat disqus just klik saja pada banner kat atas sekali....memandangkan sebelum ni caer menghadapi sedikit kesukaran untuk membalas komen...caer nekad untuk memilih disqus...sebenarnya sayang jugak ruangan komen yang dulu sebab caer dah renovate elok2...


p/s : sedikit kekesalan sebab komen2 entri paling latest hilang...apa2 pon disqus memang terbaik dan pilihan yang tepat bagi blogger2 !!! :okay:

 
copyright reserved by caersasuke