Showing posts with label hari guru. Show all posts
Showing posts with label hari guru. Show all posts

Penyataan Profesional Muallim

Assalamualaikum..alhamdulillah hari ini adalah Ramadhan pertama buat semua umat yang beragama Islam..jadi almaklumlah rutin sudah mula bertukar..selalunya masa-masa aku menaip sekarang ini adalah masa untuk aku mengalaskan perut dan menghirup air bandung yang berharga rm1.00 di kafe bersebelahan asrama..memandangkan air ini berwarna, bersusu dan dibancuh dengan paduan yang sangat memikat aku selalunya prefer untuk order bandung..lupakan soal makan dan minum kerana puasa adalah masa yang tepat untuk melatih aku berdisiplin lebih-lebih lagi dalam soal pemakanan..bayangkan di bangku sekolah dulu, aku hanya 50kg sahaja dan secara mendadak aku telah meningkat beberapa puluh dan sa sebagai timbangan kilogram yang ideal..aku tidak menyalahkan sesiapa tetapi nafsu makan semakin meningkat apabila mula berhijrah ke tempat orang.aku rasa semua akan jadi macam tu..betul tak? relevannya? masih memikirkan..

Berkemungkinan kurasakan, kadar metabolisme badan aku  semakin bergerak  lemah dalam memecahkan molekul yang berhibernasi dalam perut..abaikan aku yang semakin "comel" dari tafsiran yang sebaliknya..hehe..minggu ini adalah minggu terakhir aku di hostel sebelum menjalankan praktikal di Sk Kledang Jaya, Nibong Tebal,Penang..suatu pengalaman yang pastinya mengujakan tetapi agak memeningkan  untuk menguruskan beberapa hal di sana..mungkin pada pandangan orang, ia sesuatu yang tidak membebankan jika mempunyai kenderaan sendiri untuk membawa kelengkapan diri ke sana..dan pastinya aku hanya mampu mengupah kawan untuk ke sana..soal duit aku pastinya tidak akan berkira tetapi kudrat untuk memindahkan barang memerlukan tenaga yang banyak..mujurlah aku ditemani dua lagi teman serumah yang bakal menjadi teman nangis gelak aku di sana...

Puasa kali ini adalah yang pertamanya aku ditugaskan mengajar anak-anak didik yang pastinya dahagakan perhatian dan ilmu dari generasi baru..pada aku soal baru atau lama tidaklah menjadi isu, kerana pada aku pengalaman adalah lebih berharga..daripada pengalamanlah seorang guru mampu membuat sintesis untuk menambah baik dan paling penting mampu menambat hati anak murid dengan cara tradisional..mungkin zaman beralih, murid sekarang lebih memilih usia dan pendekatan baru daripada tenaga pengajar yang pastinya muka-muka baru dalam dunia pendidikan..mungkin juga mereka sudah merasakan hak mereka untuk menanggap dunia IT lebih berbanding dunia papan hitam dan kapur putih dek kemudahan yang mereka kecapi sekarang..

Kepastiannya, aku berazam untuk membuat yang terbaik..kalau tidak secara holistik, separuh pun cukuplah sebagai tanda aku sudah mula menyahut cabaran dalam dunia pendidikan..tugas guru bukannya mudah..segala nilai dan ilmu yang diperoleh, kecil pada kita tapi besar pada kornea mereka..doakan aku menjadi guru yang berkaliber..amin..insyaAllah

16 Mei : Teacher's Day !!

Assalamualaikum...start new season with new spirit and lots of difficulty...rasa lama pulak caer tak menconteng lembaran hidup caer kat blog ni...hari ni caer bercadang nak bercerita masa2 sekolah menengah dulu...kiranya zaman caer belasan tahun dulu la...ahaks...ok dulu caer bersekolah di SMK Temenggong Kati which is located at Kati Kuala Kangsar...kira2 setengah jam dari rumah baru boleh sampai sekolah...agak jauh tapi caer terlalu sukakan atmosfera sekolah kat kawasan kampung...rasa tenang je bila nak belajar...erk?hehe...so made an effort untuk ke sekolah dan bangun seawal jam 5.30am untuk naik bas...kiranya nanti sampai sekolah masih dalam suasana gelap, sejuk dan menyeramkan...haha...

To make it short, caer ambil science stream dan hanya 6 kumbang je yang wujud dalam kelas...mesti korang pelik kenapa ada 4 je kan? sebabnya 2 lagi kumbang pakat2 ambil MC...hehe...kelas caer ada ramai gadis2 dan 2 of them are indian girls...kitorang punya friendship sangat2 rapat dan sampai sekarang masih lagi contact bertanya kabar...apa yang paling penting lemah macam manapun, gagal macam mana pun, lembam macam mana pun, kawan2 masa zaman sekolah dulu selalu je menghulurkan bantuan especially dalam pelajaran... caer dapat simpulkan, spirit of togetherness in friendship encourage you to work harder till the day you grab the success...buktinya semua classmate caer dah menempatkan diri mereka kat IPT dan IPTS...up coming good news ada yang bakal jadi medical assistant, penolong pegawai persekitaran, engineer, pakar IT dan yang pastinya semua hebat2...how about me?

Ok caer berakhir dengan menjadi seorang guru...
in 2 years and half...do pray for my success to be a good teacher for our next generation..yeay caer dapat hantaran hadiah kad teachers day dan tango =)

P/s : selamat hari guru pada semua guru especially guru2 yang pernah mendidik dan mengajar caer dari dulu sampailah sekarang...terima kasih cikgu !!

My Day , Teachers Day !!

Assalamualaikum...alhamdulillah masuk hari ni genap 2 tahun caer berada di bumi Pulau Mutiara Penang...pejam celik pejam celik caer dah pun berada kat level 1st sem degree....soon akan lebih mencabar lagi once dah masuk praktikum...ahaha...kita switch pada tajuk utama balik...seperti yang korang semua tahu, hari ni merupakan hari paling bermakna khususnya buat para pendidik...ini bermakna hari ni segala penat lelah para pendidik will be paid off...so pada insan2 yang bergelar pendidik caer ucapkan selamat hari guru !!

Memandangkan caer pun sekarang further study kat maktab so ada la bau2 bacang dengan profesion cikgu ni....selalunya bila time birthday je baru kawan2, family dan saudara mara wish...tapi sekarang ni dah ada 2 special date dalam setahun...haha...

Since kelmarin dah dapat mesej kat phone dan wall facebook...haha...rasa macam dah lama berbakti pulak...frankly rasa terharu sebab belum jadi cikgu lagi orang sekeliling dah appreciate...sebenarnya insan pendidik paling bermakna dalam hidup caer ialah lelaki dalam lensa kubisme kat bawah ni...

To my beloved sir,

Thanks for all the good deeds that you've been done...gratitude with you...always remember the memorable days in school and the day last in school...thank you because always take a good care for me...HAPPY TEACHER'S DAY !!




Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Puisi ni dedicated kat semua yang bergelar guru...jasamu dikenang sampai bila2

Selamat hari guru !!

:bringiton: Seperti hari2 biasa...aku bangun tido dan terus termenung kat balkoni...bersyukurnya aku masih lagi dapat menghirup udara segar ciptaanNya...wah nyamannya...mood tengah baik dan hati sangat senang...so macam biasa...kalau tak berblogging aku akan layan facebook...kih3...saje nak cakap kawan aku kat facebook dah ada 363...wakaka...~bajet~...tak la ramai sangat sebab aku jarang2 nak online...sambung mood nak bercerita..macam biasa korang buat...bukak internet..search facebook dan log in...wah !!! korang tau ke aku nampak apa ?




"Selamat Hari Guru"...kih3...macam mana aku boleh terlupa hari ni merupakan hari guru...banyak juga ucapan selamat hari guru didedikasikan kat aku..~terharu~...trimas ye sahabat2 semua...kih3...macam lawak pon ada...dulu aku bergelar seorang budak hingusan dan sekarang aku merupakan bakal pelapis guru yang bakal mewarnai kehidupan student2 aku pulak satu hari nanti...ish3...terus terang ..masih banyak lagi benda yang perlu aku belajar dalam mempersiapkan diri sebagai warga pendidik yang berkredibiliti....wakaka...skemanya aku hari ni....tak dilupakan aku sangat berterima kasih kepada guru2 yang pernah mendidik aku tak kira secara langsung atau tak secara langsung...jasa kalian hanya Tuhan yang dapat membalasnya... THUMBS UP !! :okay:

 
copyright reserved by caersasuke