Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Diari 2015

sumber gambar : www.google.com

Assalamualaikum..lama sudah jemari ni tak mengetuk papan kekunci..terlalu banyak benda berlalu dalam beberapa bulan ni..yakninya hampir bertahun aku tinggalkan dunia blogging..kalau diimbau masa dulunya memang kalau boleh nak update je hari-hari..pantang ada masa senggang..memandangkan coverage internet yang sekejap ada sekejap tidak ada ni, aku just menganggap blog ini hanya "persinggahan" sahaja..tapi melalui "persinggahan" yang sementara inilah yang perkenalkan aku dengan dunia persahabatan, dunia keakraban, dunia kasih sayang dan dunia yang penuh makna dalam hidup aku..dan sampai ke hari ini, masuk sahaja tahun baru 2015, "persinggahan" ini masih menebal dengan kasih sayang yang terlalu sukar untuk dipadamkan

Mungkin blog ini akan menjadi titik pertemuan dan menjadi yang termanis dalam hidup aku..tapi semuanya bakal aku selitkan dalam diari baru..yang pastinya diari yang baru hanya aku sahaja penulis dan pembacanya..bila meningkat senja ni, aku agak menitikberatkan soal privasi kerana khuatir penulisan aku di dalam blog ini disalahtafsir mana-mana pihak..justeru, aku memanfaatkan buku nota kaki (pemberian hamba Allah), untuk aku rungkai segala isi hati dan cerita yang aku lalui sepanjang perjalanan hidup ini..memang aku akui dunia "persinggahan" terlalu sementara untuk aku sandarkan..pahit manis itu adat pertemuan..dan menjadi yang teristimewa adalah terindah dalam hidup aku..bahkan mencintai dan menyayangi adalah lebih mengatasi norma kehidupan masa lampau aku yang sudah lama dahagakan belaian hati yang jarangnya dibelai manja..

Melalui diari baru, aku masih terfikir sama ada ingin meneruskan ketukan papan kekunci ini atau membiarkan laman ini menjadi sejarah..mustahil pada aku untuk memadamnya kerana di sini aku berkenalan, berjumpa, menjadi mesra dan menjadi sangat bermakna..kali ini, aku hanya membiarkan takdir yang menentukan..aku tidak mahu terlalu berusaha dan tidak mahu tidak berusaha untuk meraih sesuatu..paling tidak ada sesuatu yang aku tinggalkan untuk tatapan dunia pada suatu masa kelak..aku cuma ingin bahagia dan ingin selalu mengukir senyum..sudahlah dengan tangisan yang dulunya susah untuk aku lelahkan..mulai tahun baru, aku masih sama seperti dulu..azam aku untuk menebarkan benih-benih cinta dalam hati-hati mereka yang sudi menerima aku dalam kehidupan..aku cuma manusia biasa..diri terlalu terbatas untuk membahagiakan semua..apatah lagi memenuhi keinginan dan keperluan semua hati..tapi pada aku,cukuplah aku menjaga beberapa hati yang selama ni telah berusaha mengisi ruang legar jiwa yang sudah bersarang dimamah kekecewaan dan kesedihan

Tahun baru ini, aku mengharapkan sirna untuk aku memulakan langkah baru..yang jelas, aku ingin melangkah lebih baik dan tidak terlalu tempang..kerana tahun ini, aku bakal menjadi lebih berdikari dari tahun2 sebelumnya..kurang beberapa bulan lagi, aku sudah punya kerjaya..sudah mampu menyara emak yang dulunya berhempas untuk menyekolahkan aku..dengan bekalan rm0.50 sahaja setiap hari, aku genggam erat dan kusimpan setiap hari..bukan nilai yang aku harapkan, cuma aku tidak mahu mengecewakan hati emak yang menyara aku 5 beradik sepeninggalan arwah abah..insyaAllah, rezeki yang aku bakal perolehi bakal aku titipkan buat emak setiap bulan..aku tahu bukan itu permintaan emak,aku tahu nilai wang ringgit terlalu kecil jika dibandingkan nilai pengorbanannya..,tapi setidaknya aku mahu emak tahu aku juga peduli dengan emak..selalu mendahulukan emak dalam setiap susunan langkah..aku terlalu berharap mampu berjasa pada emak walalupun aku bakal kekurangan..

Masuk tahun ini, sudah masuk 12 tahun arwah abah pergi..namun kenangan bersama abah sangat sulit untuk aku lupakan..mana mungkin aku mampu untuk melupakan lelaki yang paling berjasa dalam hidup aku..hari-hari aku cium dahinya,aku jabat tangannya sebelum memulakan langkah kecilku ke sekolah, aku bergurau senda tanpa mengira masa, mengurut kakinya usai pulang sekolah, mengadu nasib bila diri terasa kesedihan, meminta duit sekolah..terlalu banyak untuk aku coretkan pasal arwah..aku redha dan akan terus berdoa semampu mana aku mampu berjasa..rasanya habuk sudah mula menjengah mata dan dada aku terlalu sesak menahan sebak..adalah baik aku memberhentikan soal arwah abah

Buat kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali, aku nak mohon maaf andai pernah menyakiti, berkasar atau menimbulkan provokasi, sebulat suaranya aku memohon maaf..aku tidak tahu entah berapa lama untuk aku lebih pandai memujuk hati..sebab hati aku terlalu mudah berbolak balik..mungkin hari ini, aku ketawa riang gembira..entah esok lusa aku kembali menjadi diri lain yang aku sendiri kurang arif mengendalikannya..semoga coretan ini menjadi asbab aku ingin lebih berusaha di masa akan datang..segalanya aku serahkan pada yang lebih berkuasa..ada orang berkata takdir adalah sesuatu yang boleh diubah..terpukul aku dengan bait ayat itu..mungkin benar, aku akan lebih berusaha mengubah "takdir" untuk aku meneutrealkan kembali hati aku yang terlalu lama menyimpan sendu..aku akan cuba mengubah gulam kepada ceria..tapi entah bila..aku akan terus mencuba..berilah sokongan dan selalulah mendoakan aku yang mudah rebah bila dirundung pilu...kecil pada kalian, tapi besar maknanya pada aku

Selendang Merah & Ain Dzaya : Konspirasi Kreativiti Blogger 2012 (Warkah Terakhir Dari Seorang Ayah)

Klik untuk join >> sini


Termangu sendirian sambil menatap warkah terakhir buatku....warkah yang sudah berusang tapi penuh makna dan erti buatku...mana mungkin untuk diganti kerana ianya satu2 nukilan terakhir ayah buatku...mengimbau kembali kenangan bersama insan tersayang dan orang yang paling hampir denganku...satu persatu kenangan meresap ke dalam fikiran....setiap bait ayat kuhayati agar aku dapat merasakan getaran kasih yang dihamparkan ayah dalam nukilannya...
Tatkala ku sentuh dan ku baca, aku dapat merasakan kehadirannya dalam setiap hela nafasku...titisan air mata sudah menjadi peneman setia jika bibir sudah tidak lagi mampu berbicara....warkah yang sarat dengan pesanan dan lantunan bahasa yang sangat meruntun jiwa...

Hari ini genap 8 tahun ayah meninggalkan aku...bukan tidak meredhai pemergiannya akan tetapi hati kecil berbisik mengatakan rindu...dan sampai bila2 titisan air mata rindu akan terus mengalir...asbab kasihnya aku pada ayah terlalu mendalam...terkadang hati kecil meronta memanggil...mengharapkan ada sinar untuk aku meneguhkan kembali semangat yang kian luntur dibawa pergi...pemergian ayah merupakan satu kenangan yang sangat memedihkan...meninggalkan parut luka yang sukar untuk diubati...

Jika hari ini aku berdiri gah pastinya engkaulah pencetus kejayaanku...tapi jika hari ini aku tewas adakah aku sudah menghampakanmu wahai ayah? acap kali aku tertewas dengan mainan perasaan yang entah bila akan kembali reda...

Bertanyalah pada diri, siapakah lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hati kalian? siapa yang mampu membelamu sebaiknya? Siapa yang mencari nafkah untuk membesarkanmu? walau apa pun gelarannya, ayah adalah insan utusan yang paling istimewa buat sesiapa sahaja bergelar anak...walau apa pun pangkatnya, ayah selalu bertakhta di hatiku...walaupun ayah hanya insan biasa tetapi bagiku engkaulah hero buatku sepanjang masa....walau pun dirimu gugur sebelum aku sempat menabur bakti, aku tetap bersyukur kerana aku pernah berada dekat disampingmu dan pernah memiliki seorang insan hebat yang bergelar AYAH !

Sayangilah mereka selagi nadi mereka masih berdenyut...belailah dan pimpinlah mereka selagi mereka masih mampu berdiri dan membalas senyumanmu...hamparkan kasih dan sayangmu selagi mana kamu mampu membahagiakan mereka...lontarkan rasa cintamu selagi mereka masih boleh mendengar dan sebelum mata tertutup rapat buat selamanya....

Mungkin ayah rindukan saya sepertimana saya rindukan ayah

Al-Fatihah buat ayah
-caer-

sumber gambar : google
tag : readers, followers, commentators dan visitors blog caer

Izinkan Mimpi Berulang





Perasaan kasih, sayang dan cinta adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya...fitrah secara lahiriah seorang manusia sentiasa perlukan kasih sayang....lebih2 lagi harapan dan kehendaknya datang pada orang yang disayangi....asbab kasih itulah diri ini hanyut dibuai kenangan lalu...lantaran kasihnya aku pada abah mendorong segalanya...bukan untuk menagih simpati..hanya mencoret perasaan yang sukar untuk diluah dengan kata2...

Kucupan terakhir bersulam air mata penuh syahdu...terasa dingin bibir bersentuhan dahi abah...mataku pejam rapat menahan air mata..tangan ku buka selebar lebarnya untuk memeluk jenazah abah yang terbujur kaku...dalam hati masih berbisik sayu...

"abah... jangan tinggalkan caer...lepas ni siapa nak teman caer baca buku...kalau abah dah tak ada macam mana caer nak cium tangan abah sebelum nak pergi sekolah...siapa nak bawa caer jalan2 kalau cuti hujung minggu nanti...siapa nak mendengar masalah caer nanti"....apakan daya bisikan itu hanya aku sahaja dengari...


Belailah aku dalam pelukanmu...biar aku merasakan kehangatan kasih yang bergelora dalam tubuhmu...kucuplah dahiku agar ia mampu melenyapkan segala tangisan...dan peluklah aku agar diri ini tak lagi terasa sunyi...berilah aku satu lagi peluang untuk aku membetulkan segala khilaf dulu...pernah terdetik aku meminta agar dibukakan hijab diri supaya dapat bersua kembali...sebak tatkala permintaan itu terpacul dari mulut sendiri...tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima..begitulah abah sebaiknya...memberi tanpa mengharapkan balasan...rasa terkesan apabila abah sudah hilang dari pandangan mata...Abah...rindu sangat dengan panggilan tu..

Betullah kiranya ungkapan bait lirik "di hati ini..hanya Tuhan yang tahu..di hati ini..aku rindu padamu"...terkesan dari sudut dan pandangan berbeza...sejak pemergian abah duniaku seolah berhenti berputar...semangatku entah hilang ke mana...langkahku terasa sumbang...umpama bahtera yang tiada nakhoda...terkapai2 di tengah lautan luas dibawa ombak besar...begitulah aku yang merasakan pukulan ombak dan gelora jiwa yang semakin menguasai diri....

Di luar sana, gugurnya tangisan si anak kecil kerana ditinggalkan ibu dan ayah di usia muda...gugur syahid di medan perang menegakkan syiar agama....si anak pula masih mentah dan masih dahagakan kasih sayang....ketika diri masih memerlukan belaian seorang ayah...rontaan si anak sambil mendolak tubuh ayah yang terbujur kaku...esakan yang tidak tergambar perinya tatkala melihat ibu dan ayah berdiri suatu ketika dahulu rebah dipangkuan riba....bergelimpangan jasad berdarah di bumi sendiri....akan tetapi manusia sekeliling kita sekarang bertindak liar dek merasakan dunia adalah persinggahan terindah selama-lamanya...ibu dan ayah didorong ke tepi atas asbab mengejar nikmat dunia....sedarlah wahai anak, sesungguhnya redha ibu dan ayah penentu redhaNya...taraf ibu dan ayah sangat tinggi...tanpa mereka apakah kamu mampu menjadi seperti sekarang? pulangkan akal pada minda sebelum ianya terlambat...sama2 kita muhasabah diri

lontaran rasa rindu dari anakmu
-caer-

Warkah Terakhir Dari Seorang Ayah






Termangu sendirian sambil menatap warkah terakhir buatku....warkah yang sudah berusang tapi penuh makna dan erti buatku...mana mungkin untuk diganti kerana ianya satu2 nukilan terakhir ayah buatku...mengimbau kembali kenangan bersama insan tersayang dan orang yang paling hampir denganku...satu persatu kenangan meresap ke dalam fikiran....setiap bait ayat kuhayati agar aku dapat merasakan getaran kasih yang dihamparkan ayah dalam nukilannya...

Tatkala ku sentuh dan ku baca, aku dapat merasakan kehadirannya dalam setiap hela nafasku...titisan air mata sudah menjadi peneman setia jika bibir sudah tidak lagi mampu berbicara....warkah yang sarat dengan pesanan dan lantunan bahasa yang sangat meruntun jiwa...

Hari ini genap 8 tahun ayah meninggalkan aku...bukan tidak meredhai pemergiannya akan tetapi hati kecil berbisik mengatakan rindu...dan sampai bila2 titisan air mata rindu akan terus mengalir...asbab kasihnya aku pada ayah terlalu mendalam...terkadang hati kecil meronta memanggil...mengharapkan ada sinar untuk aku meneguhkan kembali semangat yang kian luntur dibawa pergi...pemergian ayah merupakan satu kenangan yang sangat memedihkan...meninggalkan parut luka yang sukar untuk diubati...

Jika hari ini aku berdiri gah pastinya engkaulah pencetus kejayaanku...tapi jika hari ini aku tewas adakah aku sudah menghampakanmu wahai ayah? acap kali aku tertewas dengan mainan perasaan yang entah bila akan kembali reda...

Bertanyalah pada diri, siapakah lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hati kalian? siapa yang mampu membelamu sebaiknya? Siapa yang mencari nafkah untuk membesarkanmu? walau apa pun gelarannya, ayah adalah insan utusan yang paling istimewa buat sesiapa sahaja bergelar anak...walau apa pun pangkatnya, ayah selalu bertakhta di hatiku...walaupun ayah hanya insan biasa tetapi bagiku engkaulah hero buatku sepanjang masa....walau pun dirimu gugur sebelum aku sempat menabur bakti, aku tetap bersyukur kerana aku pernah berada dekat disampingmu dan pernah memiliki seorang insan hebat yang bergelar AYAH !

Sayangilah mereka selagi nadi mereka masih berdenyut...belailah dan pimpinlah mereka selagi mereka masih mampu berdiri dan membalas senyumanmu...hamparkan kasih dan sayangmu selagi mana kamu mampu membahagiakan mereka...lontarkan rasa cintamu selagi mereka masih boleh mendengar dan sebelum mata tertutup rapat buat selamanya....

Al-Fatihah buat ayah
-caer-

Ingatan dari anakmu

" Ayahku

tempatku bermanja...

tmpatku mencurah kasih...

tmpatku meraih kebahagian...

sudah lama...

ku merindu...kasih syang itu "




" Telah....

kau taburkan seribu bakti..

penuh tulus...

tanpa sbarang blasan...

membuatku lbih menyayangi

kasih syang itu.."



" Ayahku...

terima ksih...

diatas pengorbanan dan sumbanganmu...

akan...

aku...menyayangimu

dan mengingatimu...

akan...

aku menyayangimu..."



" Jasamu...

akan ku kenang...

smpai...

ke akhir hayatku...

akan....

aku...

mengingatimu...

segala detik indah itu...

bersamamu.."



"Ayahku...

tmpatku bermanja...

tmpatku mencurah kasih..

tmpatku meraih kbahagiaan..

tlah lama..

ku merindu...

kasih syang itu..

terima kasih dariku...

anak kesayanganmu...

terima kasih kepada

AYAHKU.."


Coretan rasa rindu pada arwah ayah...Korang sedekahkan Al-Fatihah ye..tq


 
copyright reserved by caersasuke