Home » , , » Paul Walker

Paul Walker

Assalamualaikum..alhamdulillah petang tadi dapatlah aku "mencuri" sedikit masa daripada abang aku untuk berjimba area Sogo, Mydin, Pertama Kompleks dan beberapa area berdekatan..seriously aku rasa seronok dapat berjimba bersama-sama abang aku ke sana..dan paling best naik komuter di Sungai buloh dan drop di Terminal Bank Negara.cuaca masa itu agak redup sebab baru beberapa jam lepas hujan..fakta atau auta, aku berlandaskan pada kelopak air yang masih bertompok atas permukaan kaki lima..actually aku suka window shopping dan sightseeing but instead abang aku lebih suka bermandikan peluh gara-gara mandi panas tepi pantai..hehe..overall aku rasa happy sebab dapat menghirup udara luar rumah walaupun sekejap..

Back to story aku menonton berita dan surprisingly Paul Walker sudah pun meninggal kerana single-car accident..kereta porsche yang dipandu aktor ini meletup kemudiannya..kemalangan ini berlaku di Southern California..aku rasa tidak perlu aku berceloteh panjang dengan pelakon aksi ni sebab rata-rata masih terkesan dengan wataknya dalam sekuel movie Fast Furious..pada umur 40, aktor ini telah menempa nama yang sangat besar dalam dunia perfileman movie aksi..apa-apa pun aku tidak mahu terlalu berlebihan sebab this is life..semua yang bernyawa pasti akan mati bila tiba masanya

P/s : sebenarnya aku masih belum mahu lelap asbab terfikirkan apa yang telah aku ceritakan pada abang aku tadi..aku tak pandai untuk berkongsi sebab aku takut macam ni lah..sebabnya aku akan berasa bersalah walaupun situasi seolah-olah menolak aku sebagai plaintif yang perlu menjawab dengan betul atau berbohong untuk menutup sesuatu..aku perlu tidur..aku harap sangat ada gadget macam dalam cerita Men In Black..once pancarkan cahaya dari gadget terus semuanya sudah lupa..aku berharap aku dapat buat macam tu..tapi itu hanya fiction semata


 
copyright reserved by caersasuke