Home » , » Mencari Konklusi

Mencari Konklusi


Assalamualaikum..rasanya sudah semakin jarang blog ni update atas alasan kekangan masa..in fact, rumusan dalam semester ini sangatlah susah untuk dikategorikan kerana masa berlalu pantas..sampaikan aku sendiri tidak pasti dengan pengalaman sepanjang hari-hari yang aku sudah tempuh..adalah sesuatu bersifat normal bagi student macam aku yang sudah hampir ke penghujung destinasi..bunyinya macam menarik tetapi "pavement" sepanjang jalan dibanjiri dengan ribuan halangan yang pastinya aku sendiri terbolak balik untuk sampai ke destinasi kelas pertama.

Permulaan semester ini seakan hambar kerana tugasan diberi dalam minggu kedua kuliah bermula..mood masih terbaur cuti semester lepas..yang pasti aku masih berseronok dan berkhayal dalam dunia sebagai seorang mahasiswa..kejutan pertama sebab submit assignment pada penghujung awal bulan..dalam erti lain aku kena menyiapkan tugasan dan beberapa rangka kerja dalam beberapa minggu sebelum sesi praktikum fasa 2 bermula..15 Julai hingga 20 September adalah bulan-bulan penuh warna sebab berada di sekolah..seperti biasa aku adalah shortlist yang pastinya ditempatkan jauh dari institut..tetapi aku masih bersyukur sebab Sk Keledang Jaya berjaya buat aku jatuh cinta buat kali ke 20..hehe

Penghujung semester adalah streotaip dan klise..yang pasti aku bakal menganjurkan pameran, bengkel kajian tindakan dan exam..jadi doakan aku untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang
Credit photos : Google

P/s : ingin kembali aktif berblogging 


0 comments:

 
copyright reserved by caersasuke