Home » » Melankolik Intrinsikku

Melankolik Intrinsikku

Assalamualaikum..semalam dan kelmarin mood aku masih terawang-awang dek kerana memikirkan masa cuti untuk berehat..berehat dalam konteks ni aku spesifik kepada melapangkan kepala daripada berfikir soal kerja yang tak pernah habis-habis termasuklah assignment..rabu ini insyaAllah seluruh umat yang beragama Islam akan menyambut bulan mulia Ramadhan..jadi santapan pagi beralih ke santapan rohani dimana pengisian di pagi hari diperlengkapkan dan ibadah malam juga diperkemaskan..apa yang membuatkan aku lebih terfikir akan soal praktikal yang selama 2 bulan bakal dijalankan pada 15 Julai nanti..berfikir soal material sama ada cukup atau tidak aku serahkan semua pada Allah..bukan meredhakan tanpa usaha tapi aku yakin ada rezeki bagiku semasa keberadaanku di rumah sewa nanti..

Dalam berfikir soal rumah sewa, aku juga memikirkan cara untuk meraih pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan harian..berbagai reaksi yang berpinar dalam kepala sampaikan aku sendiri ragu-ragu mampukah aku meraih keuntungan dengan modal sendiri yang nyata terlalu kecil nilainya..semalam aku berbincang dengan abangku yang sekarang menetap di Putrajaya..aku mahukan sedikit modal dan untungnya dibahagi sama rata..abangku bersetuju tetapi hanya akan menjadi rakan kongsi tanpa campur tangan secara langsung dalam urusniaga nanti..aku memikirkan banyak kali sehingga tidak sedar aku telah masuk ke dalam fasa separuh sedar..mamai sangat sudah!!

Hari ini aku bangun berbekalkan azam untuk menyiapkan tugasan yang tertunggak..ternyata azam aku hanya bertahan 15 hingga 20 minit sahaja..fokus aku semakin goyah..selalu sahaja dibayangi dengan kabus keserabutan yang terlampau..tapi mujurlah aku sudah banyak membuat pencarian maklumat sebelum ini..jadi mudahlah untuk aku menyelesaikan tugasan lewat petang nanti..aku juga tertanya-tanya, adakah minat aku untuk belajar semakin berkurang? motivasi intrinsik sudah tidak lagi bernyawakah? aku cuba cekalkan hati walaupun rutin selama 4 tahun ini adalah sesuatu yang membosankan..

Buat masa ini aku hanya mahukan keseronokan yang tiada penghujung..tetapi kepada siapakah makhluk yang sudi menemani langkahku seiring bersama??..sedangkan bayang-bayang sendiri pun akan meninggalkanku di masa gelap..aku perlu segera mencari sebelum tahap intrinsik dalamanku lemah dan tidak berdenyut lagi..dalam masa aku berfikir sebegini, terpampang pada status sahabat berbunyi "manusia yang selalu lupa Allah,tapi Allah tidak pernah lupakan kita"...aku terdiam dan berfikir ringkas..mungkin aku sudah jauh tersasar memikirkan soal manusia dan tiba masanya kembali untuk aku ratip semula aspek-aspek rohani dalam diri..bulan Ramadhan,bulan yang sangat mulia..masa yang tepat untuk membuat anjakan paradigma..

Masa mengelamun sudah tamat..masa untuk bertindak!!




0 comments:

 
copyright reserved by caersasuke