Esok bakal bermulanya semestar baru dan sedar tidak sedar sudah masuk semestar 6..alhamdulillah berkat kerajinan (rajinlah sangat) dapatlah meneruskan pengajian dengan jayanya..jika dihitung pastinya tahun hadapan merupakan saat gemilang untuk diraikan..tapi tahun depan terlalu banyak benda perlu diharung..mana nak siapkan thesis, action research, proposal yang segala macam pastinya menambah rencah kepayahan dalam kamus kehidupan student macam aku...hentikan keluhan dulu sebelum membuat sebarang kerja..sebab lepas mengeluh pastinya akan wujudnya runut bunyi di dalam hati "perlu ke aku buat semua benda-benda memeningkan kepala ni?"..jadi cara terbaik adalah melayan hati secara baik dan dahulukan apa yang perlu dibuat...elakkan bertangguh!!
Dalam satu tahun setengah lagi akan berakhirlah segala penderitaan dalam diri dan kembali kepada kehidupan normal..tapi tidak perlulah rasanya aku merungut..sebab aku hanya diuji sedikit dan semuanya boleh diselesaikan..segala ujian yang diberiNya pasti ada terselitnya kekuatan buat diri untuk terus bertahan..mana mungkin aku masih berfikir secara wajar setelah berkali-kali hentaman secara mental dan fizikal diberi...alhamdulillah aku masih sihat dan motivasi dalam diri masih lagi pada aras yang memuaskan...
Untuk kesekian kalinya, aku berazam untuk membuat emak dan semua manusia yang mengenali diriku bangga kerana pencapaianku..dan sentiasa mendoakan kejayaan aku selalu..begitu juga buat abang dan kakak kesayanganku yang akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan dan menamatkan pembelajaran di peringkat sarjananya...insyaAllah doakan aku, mereka dan seisi umat Islam berjaya..amin
2 comments:
semoga berjaya dunia dan akhirat :')
amin..syukran en pensil :-)
Post a Comment