Home » » In The End

In The End

Assalamualaikum..

Musim panas beralih musim tengkujuh membawa hujan rahmat dan membasahi lantai dunia yang kian retak dahagakan titisan air dari langit..begitu juga pergolakan hati yang gundah kembali pada paksi asalnya..kembali tenang dan diri kembali bernafas..beruang polar di gugusan pun rasanya sudah penat berhibernasi dan kembali aktif..begitu juga caer yang merasakan peralihan masa yang semakin hampir kepada penghujungnya..apakah analogi ini jauh tersasar daripada pembayangnya? hehe teruskan saja pembacaan insan kerdil yang cintakan bahasa ini

Lama juga tidak bertandang ke sesawang blog ini dek kerana kekangan masa, lambakan kerja, ketandusan idea dan jadual terlalu compact untuk disesuaikan hari serta masa untuk mengupdate entri baru..alhamdulillah diri masih bernafas dan merasai nikmat kesihatan yang makin membaik..almaklumlah demam untuk beberapa hari lepas ditambah pula dengan sakit tekak, batuk dan hidung tersumbat..luckily it was temporary..tapi biasalah mana ada sakit kejap-kejap..jadi dalam seminggu lebih ini adalah lebih baik caer muhasabah diri dan banyakkan mengingatiNya..

Masa-masa yang ada sekarang ini caer harap dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga..sambil mendengar lagu "rindu setengah mati- D'massiv" memang rasa terbuai..rindu pula dengan masa kanak-kanak dan rindukan masa bersama keluarga yang sempurna..Al Fatihah buat arwah abah yang sudah meninggalkan kami sejak 9 tahun yang lalu..sekarang kami semua sudah berjaya..Abah rindu sangat




0 comments:

 
copyright reserved by caersasuke