Produk : Auramen dan Aurawhite


Assalamualaikum..untuk tahun baru ini saya ada menyediakan stok auramen dan aurawhite khas untuk jejaka dan wanita di luar sana..supplemen ini berfungsi dalam memastikan tekanan darah menjadi stabil, membawa perubahan positif pada kulit, memberi stamina dan menurunkan berat badan agar kekal bersemangat..saya sendiri telah turun 6kg dan syukur kulit menjadi lebih sihat dan bebas jerawat..ini adalah review saya sendiri selepas 3 minggu sahaja saya menggunakan produk ini..alhamdulillah..pada yang berminat untuk membuat order boleh segera menghubungi saya di talian whatsapp 0134080673


Setiap belian akan mendapat percuma shaker 


Harga adalah tertakluk seperti di bawah :

auramen dan aurawhite 

rm130sm dan rm135ss termasuk postage!!

Pada yang berminat sila terus menghubungi talian yang telah tertera seperti di atas

Diari 2015

sumber gambar : www.google.com

Assalamualaikum..lama sudah jemari ni tak mengetuk papan kekunci..terlalu banyak benda berlalu dalam beberapa bulan ni..yakninya hampir bertahun aku tinggalkan dunia blogging..kalau diimbau masa dulunya memang kalau boleh nak update je hari-hari..pantang ada masa senggang..memandangkan coverage internet yang sekejap ada sekejap tidak ada ni, aku just menganggap blog ini hanya "persinggahan" sahaja..tapi melalui "persinggahan" yang sementara inilah yang perkenalkan aku dengan dunia persahabatan, dunia keakraban, dunia kasih sayang dan dunia yang penuh makna dalam hidup aku..dan sampai ke hari ini, masuk sahaja tahun baru 2015, "persinggahan" ini masih menebal dengan kasih sayang yang terlalu sukar untuk dipadamkan

Mungkin blog ini akan menjadi titik pertemuan dan menjadi yang termanis dalam hidup aku..tapi semuanya bakal aku selitkan dalam diari baru..yang pastinya diari yang baru hanya aku sahaja penulis dan pembacanya..bila meningkat senja ni, aku agak menitikberatkan soal privasi kerana khuatir penulisan aku di dalam blog ini disalahtafsir mana-mana pihak..justeru, aku memanfaatkan buku nota kaki (pemberian hamba Allah), untuk aku rungkai segala isi hati dan cerita yang aku lalui sepanjang perjalanan hidup ini..memang aku akui dunia "persinggahan" terlalu sementara untuk aku sandarkan..pahit manis itu adat pertemuan..dan menjadi yang teristimewa adalah terindah dalam hidup aku..bahkan mencintai dan menyayangi adalah lebih mengatasi norma kehidupan masa lampau aku yang sudah lama dahagakan belaian hati yang jarangnya dibelai manja..

Melalui diari baru, aku masih terfikir sama ada ingin meneruskan ketukan papan kekunci ini atau membiarkan laman ini menjadi sejarah..mustahil pada aku untuk memadamnya kerana di sini aku berkenalan, berjumpa, menjadi mesra dan menjadi sangat bermakna..kali ini, aku hanya membiarkan takdir yang menentukan..aku tidak mahu terlalu berusaha dan tidak mahu tidak berusaha untuk meraih sesuatu..paling tidak ada sesuatu yang aku tinggalkan untuk tatapan dunia pada suatu masa kelak..aku cuma ingin bahagia dan ingin selalu mengukir senyum..sudahlah dengan tangisan yang dulunya susah untuk aku lelahkan..mulai tahun baru, aku masih sama seperti dulu..azam aku untuk menebarkan benih-benih cinta dalam hati-hati mereka yang sudi menerima aku dalam kehidupan..aku cuma manusia biasa..diri terlalu terbatas untuk membahagiakan semua..apatah lagi memenuhi keinginan dan keperluan semua hati..tapi pada aku,cukuplah aku menjaga beberapa hati yang selama ni telah berusaha mengisi ruang legar jiwa yang sudah bersarang dimamah kekecewaan dan kesedihan

Tahun baru ini, aku mengharapkan sirna untuk aku memulakan langkah baru..yang jelas, aku ingin melangkah lebih baik dan tidak terlalu tempang..kerana tahun ini, aku bakal menjadi lebih berdikari dari tahun2 sebelumnya..kurang beberapa bulan lagi, aku sudah punya kerjaya..sudah mampu menyara emak yang dulunya berhempas untuk menyekolahkan aku..dengan bekalan rm0.50 sahaja setiap hari, aku genggam erat dan kusimpan setiap hari..bukan nilai yang aku harapkan, cuma aku tidak mahu mengecewakan hati emak yang menyara aku 5 beradik sepeninggalan arwah abah..insyaAllah, rezeki yang aku bakal perolehi bakal aku titipkan buat emak setiap bulan..aku tahu bukan itu permintaan emak,aku tahu nilai wang ringgit terlalu kecil jika dibandingkan nilai pengorbanannya..,tapi setidaknya aku mahu emak tahu aku juga peduli dengan emak..selalu mendahulukan emak dalam setiap susunan langkah..aku terlalu berharap mampu berjasa pada emak walalupun aku bakal kekurangan..

Masuk tahun ini, sudah masuk 12 tahun arwah abah pergi..namun kenangan bersama abah sangat sulit untuk aku lupakan..mana mungkin aku mampu untuk melupakan lelaki yang paling berjasa dalam hidup aku..hari-hari aku cium dahinya,aku jabat tangannya sebelum memulakan langkah kecilku ke sekolah, aku bergurau senda tanpa mengira masa, mengurut kakinya usai pulang sekolah, mengadu nasib bila diri terasa kesedihan, meminta duit sekolah..terlalu banyak untuk aku coretkan pasal arwah..aku redha dan akan terus berdoa semampu mana aku mampu berjasa..rasanya habuk sudah mula menjengah mata dan dada aku terlalu sesak menahan sebak..adalah baik aku memberhentikan soal arwah abah

Buat kawan-kawan dan sesiapa yang mengenali, aku nak mohon maaf andai pernah menyakiti, berkasar atau menimbulkan provokasi, sebulat suaranya aku memohon maaf..aku tidak tahu entah berapa lama untuk aku lebih pandai memujuk hati..sebab hati aku terlalu mudah berbolak balik..mungkin hari ini, aku ketawa riang gembira..entah esok lusa aku kembali menjadi diri lain yang aku sendiri kurang arif mengendalikannya..semoga coretan ini menjadi asbab aku ingin lebih berusaha di masa akan datang..segalanya aku serahkan pada yang lebih berkuasa..ada orang berkata takdir adalah sesuatu yang boleh diubah..terpukul aku dengan bait ayat itu..mungkin benar, aku akan lebih berusaha mengubah "takdir" untuk aku meneutrealkan kembali hati aku yang terlalu lama menyimpan sendu..aku akan cuba mengubah gulam kepada ceria..tapi entah bila..aku akan terus mencuba..berilah sokongan dan selalulah mendoakan aku yang mudah rebah bila dirundung pilu...kecil pada kalian, tapi besar maknanya pada aku

Mistine Egg White Mask

Assalamualaikum..entri hari ni agak menyimpang dari agenda blog ini dibangunkan..aku rasa ramai readers yang berfikiran terbuka untuk membaca sebarang artikel..jadi hari ni aku nak kongsikan sejenis produk yang up coming rising..Mistine Egg White..aku rasa ramai antara kita yang cakap "meh", "ooo pakai dah..ok je" dan tidak ketinggalan negative thinkers akan cakap "boleh percaya ke?", "propa je ni"..apa2 pun aku bukannya pakar review dan user tegar produk2 pasaran ni..jadi korang boleh contact owner atau dealer yang menjual produk ni
anyway aku sudah google beberapa info yang hanya dihujung jari menggunakan keyword produk ni..rata2 menunjukkan testimoni dan feedback yang bagus..seutuh mana nak percaya depend on review korang sendiri..better give it try than nothing right..dulu pernah juga aku terdengar satu petua orang2 tua amalkan dengan menyapu putih telur ni dapat menegangkan kulit muka dan prevent beberapa facial problems..i'm not smart enough to talk with this topic..jadi aku serahkan pada korang untuk memilih..untuk maklumat lanjut korang boleh baca direct terus menerusi link di bawah :


P/s : First time aku jadi review produk..thanks sebab percayakan blog aku untuk majukan bisnes orang lain..hehe..support our local product

Last Year and Last Seen

Assalamualaikum..lama juga rasanya aku tak mengetuk keyboard..biasalah aku jarang2 update lately..kemalasan sudah rasanya..tak tahu apa yang aku kejarkan selama ni..be fame, be bold or be somebody..for sure no one will look for me..haha..jadi pada pengakhiran tahun 2014, aku akan tutupkan satu memori lagi dalam hidup..yang pastinya aku masih keliru..bahagia atau duka? anyway malas sudah nak berkias tapi apa yang pasti aku semakin hampir dengan segulung scroll yang sudah 5 tahun aku nantikan..

tapi aku macam kurang satisfied kenapa honour dijatuhkan level? mesti pening kan nak faham sentence ni..aku tidak terlalu pasti cuma rumour mengatakan yang sekarang graduan dalam bidang aku ni hanya dapat degree in teaching sahaja..sebelum ni graduan semua dapat b.edu hons..terlalu awal untuk aku pertikaikan sebab masih tidak tahu apa kesudahannya..mengharapkan level ini tidak terjejas sebab aku masih berharap ia masih stick pada yang lama

oh ye rasanya ramai mengambil peluang bila di penghujung ni untuk mendirikan masjid..almaklumlah bila jodoh dah bersua, hati pun dah bertaut eloklah kiranya dibina satu mahligai suci..yang pasti ini satu sunnah dalam memelihara zuriat yang baik2..kepada yang ada kenduri terdekat silalah jemput aku yang masih bujang ni ke teratak korang..hehe..in case not a good kilometer from my house..

exam ni aku macam dah malas sebab terlalu kerap sangat mengulang sejarah..study leave 2 weeks aku jadikan masa untuk vacation sebab aku merasakan ada load yang berat di atas kepala..just need to go sight seeing..tengok2 manusia, tengok2 alam..something yang boleh bawa ketenangan dalam diri..sebabnya tahun depan nak merewang macam ni dah tak boleh..so pack stuffs dan mengembara dimana2 yang hati aku rasa terhenti dan kaki aku nak rest dekat situ

hujung tahun aku nak hidup bahagia..doakan aku yang bahagia kalau korang doakan yang baik2..thanks sebab baca cerita boring aku..hehe

Keep Calm Its Over

Assalamualaikum..rasanya lama sudah aku menyendiri dan menyepi dari dunia blogging..nawaitu aku nak menaip masih menebal sebab aku suka pada istilah "menaip"..sampaikan side income aku kalau boleh adalah kerja menaip..pernah sekali aku dapat job menaip dan harganya sangat lumayan..beruntung sebenarnya kalau kerja menaip bawah syarikat..tapi bila fikirkan tentang due date memang kena struggle untuk siapkan..tambah-tambah kalau dapat kerja design..memang tak dinafikan aku sangat sukakan design sampaikan tajuk research nak masukkan aplikasi software dalam pengajaran..apa pun tajuk tu awal-awal dah kena tolak..alahai..nasiblah pensyarah kena layan aku yang "gilakan" design..

By the way, perkara pokok aku menaip hari ini bukan sebab sebal dengan kerja dunia, tapi aku sudah pun berada di penghujung..lagi beberapa langkah aku akan meninggalkan dunia belajar..soal menghadap buku, menelaah, mengira semuanya aku simpulkan menjadi satu..aku bukannya sudah tidak berminat untuk belajar tapi aku merasakan dunia study bukannya medan untuk "belajar" tetapi medan untuk "melaram"..dunia tidak memandang kepada yang cemerlang dan soal hierarki hidup selalu menjadi perencah utama..walau apa pun, aku sudah di penghujung..cuma aku makin tak kuat nak menghadap manusia yang sering berupa-rupa..di depan memuji tapi dibelakang entah apa herdikan..aku cuma nak cepat habis..demi emak dan demi emak


P/s : siapa-siapa yang pandai marilah tolong aku pasangkan balik widget follower tu..rasa macam nak telefon pakar seo je..hehe

#1 The Habits : Makanan Mewah

Assalamualaikum..kebanyakan daripada kita hari ini masing-masing memiliki at least satu akaun dalam laman sosial..dan mungkin mempunyai lebih atas alasan tertentu..kepastian yang nyata, facebook telah memonopoli kebanyakan laman sosial kerana lebih friendly user dan lebih mudah diselenggara berkenaan sesuatu status, news, bisnes online, upload photo album dan lebih mudah untuk mewujudkan interaksi mengikut kesesuaian sama ada secara public atau private..

sumber : www.google.com
Secara roughly, aku hanya bersandarkan kepada observation yang tiada tabulate data, rata-rata user laman sosial lebih gemar memuatnaik gambar-gambar makanan..dan aku harus bold "Makanan Mewah"..rasanya tidak perlu aku mendefinisikan makanan mewah tu macam mana..secara automatik mindset kita beranggapan makanan di dalam Mall, makanan yang berharga melebihi rm20 and above serta makanan seafood adalah mahal..ini termasuklah outlet-outlet yang menyediakan fast food..

Habit snap photo makanan ini pada aku tidak terlalu heavy bahkan aku sendiri suka snap beberapa gambar makanan..tetapi persoalannya perlukah makanan mewah sahaja yang perlu bergambar? kenapa tidak makanan di kedai mamak dan warung-warung di tepi jalan? standard atau moderation? cuba fikirkan..sebenarnya sudah lama aku terfikirkan apa yang membuatkan kita lebih teruja memuatnaik makanan mewah..keep thinking

Aku senaraikan ini sebagai salah satu habit yang akan menjadi rantaian buat entri aku akan datang..keep reading untuk habit yang seterusnya

P/s : aku adalah penggemar makanan..semua aku sapu asalkan ianya HALAL

Paul Walker

Assalamualaikum..alhamdulillah petang tadi dapatlah aku "mencuri" sedikit masa daripada abang aku untuk berjimba area Sogo, Mydin, Pertama Kompleks dan beberapa area berdekatan..seriously aku rasa seronok dapat berjimba bersama-sama abang aku ke sana..dan paling best naik komuter di Sungai buloh dan drop di Terminal Bank Negara.cuaca masa itu agak redup sebab baru beberapa jam lepas hujan..fakta atau auta, aku berlandaskan pada kelopak air yang masih bertompok atas permukaan kaki lima..actually aku suka window shopping dan sightseeing but instead abang aku lebih suka bermandikan peluh gara-gara mandi panas tepi pantai..hehe..overall aku rasa happy sebab dapat menghirup udara luar rumah walaupun sekejap..

Back to story aku menonton berita dan surprisingly Paul Walker sudah pun meninggal kerana single-car accident..kereta porsche yang dipandu aktor ini meletup kemudiannya..kemalangan ini berlaku di Southern California..aku rasa tidak perlu aku berceloteh panjang dengan pelakon aksi ni sebab rata-rata masih terkesan dengan wataknya dalam sekuel movie Fast Furious..pada umur 40, aktor ini telah menempa nama yang sangat besar dalam dunia perfileman movie aksi..apa-apa pun aku tidak mahu terlalu berlebihan sebab this is life..semua yang bernyawa pasti akan mati bila tiba masanya

P/s : sebenarnya aku masih belum mahu lelap asbab terfikirkan apa yang telah aku ceritakan pada abang aku tadi..aku tak pandai untuk berkongsi sebab aku takut macam ni lah..sebabnya aku akan berasa bersalah walaupun situasi seolah-olah menolak aku sebagai plaintif yang perlu menjawab dengan betul atau berbohong untuk menutup sesuatu..aku perlu tidur..aku harap sangat ada gadget macam dalam cerita Men In Black..once pancarkan cahaya dari gadget terus semuanya sudah lupa..aku berharap aku dapat buat macam tu..tapi itu hanya fiction semata


Gadget : Kehendak Menentang Keperluan

sumber : www.google.com
Assalamualaikum..zaman moden menjelang ke arah transformasi dari segi pemikiran pastinya akan timbulnya cabang untuk berubah ke arah yang lebih berteknologi..baik dari segi kegunaan harian, keperluan mahupun kehendak..selepas ditimbal balik ramai dalam kalangan komuniti sekarang lebih taksub untuk menuruti kehendak melebihi keperluan..bezanya corak pemikiran dulu dan sekarang, industri gadget extremely untuk produce produk yang lebih bermutu..dan pastinya harganya lebih hebat daripada biasa..kalau guna rebate sekali pun 4 digit angka pun masih belum mampu menggugat harga yang ditetapkan..rasa-rasanya pernah atau tidak korang berfikir kenapa wujudnya senario macam ni? jawapan paling ringkasnya ialah kehendak user melebihi keperluan..

sumber : www.google.com
Just imagine, gadget yang berharga ribuan ringgit jika disalurkan ke dalam bank atau tabung kecil, pastinya ia lebih bermanfaat asbab kita tidak mampu untuk membaca masa hadapan..dan paling aku kagum sekali penggunaan handphone yang terlalu ekstrem menyebabkan manusia kelihatan janggal (refer gambar kanan)..kalau dahulunya orang beriya-iya mahukan handphone yang lebih kecil..alasannya untuk memudahkan user nak bawa ke hulu serta ke hilir..tetapi mungkin sudah menjadi trend terkini, berhandphone besar dan dirangkul sebaiknya pada tangan..alasannya? sekadar untuk menunjuk barangkali..fikirkan positif, mungkin saiz poket haruslah diperbesarkan..hehe

Apa-apa pun berfikirlah dengan bijak..kemodenan tidak menuntut kemewahan tetapi menuntut kepada peradaban corak hidup dan cara berfikir..bezanya kita harus bijak memilih yang mana keperluan dan yang mana kehendak..cari duit bukannya mudah dan boleh dapat rm1000 dalam sehari dua tetapi menghabiskan duit rm1000 dalam sehari dua adalah possible..cuba fikirkan dan selami jiwa ibu dan ayah yang membelikan korang gadget berharga ribuan ringgit ni =)

P/s : aku pernah membeli tab pada harga rm1500 dan a bit surprised harga drop mendadak..it worth for rm200 something..so better use your mind and do not obses to follow up the technology..because it won't stop as getting much more request..

Forest Gump


Assalamualaikum..lama rasanya aku mencari cerita forest gump..aku tidak pasti kenapa aku mencari cerita ini..berkemungkinan aku sudah malas melayan cerita yang terlalu ekstrem dan 18sg..dan berkemungkinan juga aku suka menilai sentimental value dalam tiap-tiap filem yang aku tonton..yang pastinya aku baru sahaja sedut movie ni daripada external kawan karibku..

Entah kenapa bila melihat kerusi panjang ini aku secara spontan teringatkan movie forest gump..dan aku berharap aku dapat mengambil alih watak tom hanks sebagai hero dalam filem tu..sebelum ini aku agak tertarik dengan movie the da vinci code tetapi pertengahan sahaja aku teruskan untuk menonton..mungkin jalan cerita yang terlalu panjang

Pada pandangan dari kornea bukan anak seni, aku lebih menggemari lakonan pelakon luar negara kerana lebih santai dan realistik..mungkin pembawaan watak yang seolah hidup ni memastikan audiens rasa tertarik disamping fakta yang sangat koheren dalam sesuatu sekuel movie..apa-apa pun cuti ni bekalan movie masih lagi tersisa..entah bila mahu menonton kerana mood nak menonton masih kabur..mata menonton tetapi fikiran jauh melayang..entah kemana dan melalui synapsis yang sama..aku mengeluh

Ceritera Cuti

Assalamualaikum..alhamdulillah bulan november dan disember ini aku dapat melempiaskan lelah yang masih tersisa gara-gara kesibukan diri menimba ilmu..terasa semakin hampir pada penghujung kalam sebagai student tetapi pengisian terasa masih sifar dek kerana ketidakpastian dan kecelaruan corak pembelajaran di institut..apa-apa pun aku menganggap itu adalah pengalaman dan pastinya satu hari nanti aku mengharapkan ia "berfungsi"..


Isnin lepas aku nekad untuk mengunjungi saudara terdekat di Kota Damansara..alhamdulillah trip yang sangat cepat sebab bas non-stop bergerak dari KK ke Hentian Sg Buloh..itu pun bas berhenti sebab aku request for dropping di sana..rasanya luar biasa sebab selalunya pasti menjengah senja atau malam aku bakal sampai tetapi tidak pada kali ini..rasa sedikit janggal tetapi aku seperti biasa akan menunggu "supir" untuk memandu ke destinasi yang aku tuju..timbal balik lebih kurang 2 jam aku menunggu tetapi aku tidaklah suka terburu-buru..berbekalkan hanphone xperia aku hanya mendengar lagu dan bermain game sementara menunggu..

Once sudah sampai, aku terasa sedikit teruja sebab aku suka merancang untuk trip seterusnya..memandangkan cuti semester ini aku rasa agak lama better aku menziarahi saudara terdekat..apa-apa pun aku hanya mahu mengisi masa kerana ia terlalu pantas untuk dikejar..jadi aku sangat memerlukan masa untuk menebus semula dan meraih apa yang selayaknya aku dapat hanya berbekalkan masa yang ada..

P/s : kalau duit banyak lama sudah bawa family especially emak melancong ke oversea..aim for the best location and drift for the next level..

I Choose The Yellow Cupid

Assalamualaikum..memandangkan kepentingan internet daripada kehendak kepada keperluan semasa, aku mengiyakan sewajarnya sebab semua maklumat sekarang di hujung jari..jadi, aku terpanggil beberapa kali untuk mencuba buat installation internet dekat rumah..tapi memandangkan kos yang terlalu tinggi, aku lupakan niat yang terbuku di hati..bukannya bilangan digit saja yang aku fikirkan, tahap kecergasan line juga aku titikberatkan..aku still memikirkan asbab area aku sangat sukar mendapatkan line yang baik..pernah sekali aku mencuba broadband daripada satu agensi terkemuka tetapi indah khabar dari rupa..permulaan bulan kelajuan sangat mengujakan walaupun kadar bayaran bulanan hanya rm48 sahaja..aku sudah cukup berpuas hati kerana bandwidth dan kelajuan untuk surfing memang terbaik..tengok video kat youtube tanpa buffering seolah-olah aku mula mempertikai kenapa perlu berbayar lebih jika harga macam ni saja aku sudah boleh online secara maniac..

Aku mula merasa perubahan daripada aspek speed dan bandwidth yang semakin naik bulan semakin down..hipotesis dah bertukar secara total..banyak aspek aku sudah mula fikirkan once berada di kampung asbab coverage yang sangat teruk..sudahlah berkontrak dan pastinya 2 tahun penggunaan broadband aku simpulkan sebagai pembaziran..bayangkan rm48 yang dibayar selama 2 tahun berbekalkan line EDGE sepanjang masa, aku hitungkan rm1152..betulkan aku andai tersalah mencongak secara kasar...pada pendapat aku, tidak perlu memasang kontrak jika sekadar untuk menyuruh pelanggan setia dan terus melanggan..you serve well, people will trust you..

Sekarang ini aku abaikan kisah dua tahun lepas dan mula melanggan semula internet..tapi aku sangat berpuas hati sebab broadband DIGI menawarkan kaedah prepaid..beli sahaja sim pack rm15 sudah berbaloi sebab 500mb + 1gb percuma..jadinya memudahkan aku untuk surf semula..sekarang ini, kalau aku nak online hanya topup rm5 untuk 5 hari (300mb) dan rm30 untuk sebulan (900mb) kalau tak silap..berbaloi pada aku sebab bukan hari-hari nak guna..hehe..modem pula aku beli yang hsdpa 3.5g..seriously pakai sangat terbaik sebab modem ni jarang disconnect dan laju..not much influence tapi sangat membantu..jadi,kalau berminat bolehlah korang mengunjungi kiosk DIGI sekarang..sekarang ini banyak kawasan sudah diupgrade..teruja sebab kampung aku sudah capai tahap 3g..nice!!!

Mencari Konklusi


Assalamualaikum..rasanya sudah semakin jarang blog ni update atas alasan kekangan masa..in fact, rumusan dalam semester ini sangatlah susah untuk dikategorikan kerana masa berlalu pantas..sampaikan aku sendiri tidak pasti dengan pengalaman sepanjang hari-hari yang aku sudah tempuh..adalah sesuatu bersifat normal bagi student macam aku yang sudah hampir ke penghujung destinasi..bunyinya macam menarik tetapi "pavement" sepanjang jalan dibanjiri dengan ribuan halangan yang pastinya aku sendiri terbolak balik untuk sampai ke destinasi kelas pertama.

Permulaan semester ini seakan hambar kerana tugasan diberi dalam minggu kedua kuliah bermula..mood masih terbaur cuti semester lepas..yang pasti aku masih berseronok dan berkhayal dalam dunia sebagai seorang mahasiswa..kejutan pertama sebab submit assignment pada penghujung awal bulan..dalam erti lain aku kena menyiapkan tugasan dan beberapa rangka kerja dalam beberapa minggu sebelum sesi praktikum fasa 2 bermula..15 Julai hingga 20 September adalah bulan-bulan penuh warna sebab berada di sekolah..seperti biasa aku adalah shortlist yang pastinya ditempatkan jauh dari institut..tetapi aku masih bersyukur sebab Sk Keledang Jaya berjaya buat aku jatuh cinta buat kali ke 20..hehe

Penghujung semester adalah streotaip dan klise..yang pasti aku bakal menganjurkan pameran, bengkel kajian tindakan dan exam..jadi doakan aku untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang
Credit photos : Google

P/s : ingin kembali aktif berblogging 


aku yang berdosa

"aku cuma harap aku dapat memperbetulkan keadaan tetapi itu hanyalah kesalahan yang aku sendiri tidak disengajakan..kenapa aku selalu dipersalahkan..aku cuma berniat untuk kebaikan..selayaknya aku memandangan kebodohan diri menilai manusia..aku cuma tidak mahu terlalu menyakiti kerana tahu sakitnya disakiti..tapi aku tidak berniat yang berat untuk memberi bebanan apatah lagi tekanan..aku sudah mencuba dan aku selayaknya dipersalahkan..ya Allah dugaan semacam apakah ini? aku sudah mencuba dan terus mencuba..aku dah cuba positif tetapi akhirnya aku jatuh tiada berpimpin..maafkan aku..aku sudah rebah dan mustahil sepantasnya aku bangun semula.."

Penantian Iftar & Renungan Ramadhan

Assalamualaikum..alhamdulillah sudah masuk hari kedua berpuasa..kalau dihitungkan hari, kurang tidak lebih dalam 3 hari lagi aku akan berangkat ke rumah sewa yang baru..yang pastinya aku  pasti tidak dapat "online" seperti sekarang..jadi masa-masa terluang sekarang aku dahulukan dengan obsesi aku menaip secara maya..

Malam ini tepat pukul 7.38pm, kawasan Pulau Pinang akan berbuka..jadi keseronokan berbuka haruslah secara berjemaah supaya nikmat berbuka akan lebih berkat di samping menjalinkan ukhuwah sesama saudara..mengira detik daripada sekarang, nyatanya aku terlalu seronok untuk berbuka bersama rakan-rakan blogger yang aku kenal..tidak dinafikan aku baru sahaja berkenalan dengan mereka semua dan ada yang sudah lama aku kenal..ada sekalinya, aku berjumpa di Sunway Mall dan seorang lagi aku berjumpa di kawasan Tasik Gelugor kerana menghadiri tahlil di sana..ada pula yang menuntut di tempat seperguruan denganku..life is too coincident..kebetulan berjumpa, kebetulan berkenalan dan kebetulan jadi mesra..

Malam ini akan menjadi salah satu iftar yang pastinya memori terindah dalam berblogging..dulu aku hanya berfikir dunia maya hanya ilusi yang boleh dirasa tapi bukan wujud dalam dunia tampak..tapi sekarang persepsi perlu diubah..aku sangat menantikan lebih ramai blogger yang akan aku jumpa..pada aku generasi blogger adalah generasi IT yang mengikut arus moden tapi menerapkan nilai ketimuran dan perpaduan..rasa-rasa macam ulasan yang terlalu formal pulak..hehe

P/s : Dalam bulan puasa ini beringatlah supaya bersederhana dan elakkan membazir..bila teringatkan negara kita yang aman, berbuka puasa bersama keluarga dan rakan serta penuh keseronokan, apa pulalah nasib saudara-saudara seislam kita di negara luar sana..sama-sama doakan buat para mujahid dan mujahidah di sana..al fatihah buat para syahid yang gugur memperjuangkan agama Islam..sesungguhnya balasan syurga yang selayaknya buat kalian.




Penyataan Profesional Muallim

Assalamualaikum..alhamdulillah hari ini adalah Ramadhan pertama buat semua umat yang beragama Islam..jadi almaklumlah rutin sudah mula bertukar..selalunya masa-masa aku menaip sekarang ini adalah masa untuk aku mengalaskan perut dan menghirup air bandung yang berharga rm1.00 di kafe bersebelahan asrama..memandangkan air ini berwarna, bersusu dan dibancuh dengan paduan yang sangat memikat aku selalunya prefer untuk order bandung..lupakan soal makan dan minum kerana puasa adalah masa yang tepat untuk melatih aku berdisiplin lebih-lebih lagi dalam soal pemakanan..bayangkan di bangku sekolah dulu, aku hanya 50kg sahaja dan secara mendadak aku telah meningkat beberapa puluh dan sa sebagai timbangan kilogram yang ideal..aku tidak menyalahkan sesiapa tetapi nafsu makan semakin meningkat apabila mula berhijrah ke tempat orang.aku rasa semua akan jadi macam tu..betul tak? relevannya? masih memikirkan..

Berkemungkinan kurasakan, kadar metabolisme badan aku  semakin bergerak  lemah dalam memecahkan molekul yang berhibernasi dalam perut..abaikan aku yang semakin "comel" dari tafsiran yang sebaliknya..hehe..minggu ini adalah minggu terakhir aku di hostel sebelum menjalankan praktikal di Sk Kledang Jaya, Nibong Tebal,Penang..suatu pengalaman yang pastinya mengujakan tetapi agak memeningkan  untuk menguruskan beberapa hal di sana..mungkin pada pandangan orang, ia sesuatu yang tidak membebankan jika mempunyai kenderaan sendiri untuk membawa kelengkapan diri ke sana..dan pastinya aku hanya mampu mengupah kawan untuk ke sana..soal duit aku pastinya tidak akan berkira tetapi kudrat untuk memindahkan barang memerlukan tenaga yang banyak..mujurlah aku ditemani dua lagi teman serumah yang bakal menjadi teman nangis gelak aku di sana...

Puasa kali ini adalah yang pertamanya aku ditugaskan mengajar anak-anak didik yang pastinya dahagakan perhatian dan ilmu dari generasi baru..pada aku soal baru atau lama tidaklah menjadi isu, kerana pada aku pengalaman adalah lebih berharga..daripada pengalamanlah seorang guru mampu membuat sintesis untuk menambah baik dan paling penting mampu menambat hati anak murid dengan cara tradisional..mungkin zaman beralih, murid sekarang lebih memilih usia dan pendekatan baru daripada tenaga pengajar yang pastinya muka-muka baru dalam dunia pendidikan..mungkin juga mereka sudah merasakan hak mereka untuk menanggap dunia IT lebih berbanding dunia papan hitam dan kapur putih dek kemudahan yang mereka kecapi sekarang..

Kepastiannya, aku berazam untuk membuat yang terbaik..kalau tidak secara holistik, separuh pun cukuplah sebagai tanda aku sudah mula menyahut cabaran dalam dunia pendidikan..tugas guru bukannya mudah..segala nilai dan ilmu yang diperoleh, kecil pada kita tapi besar pada kornea mereka..doakan aku menjadi guru yang berkaliber..amin..insyaAllah

Melankolik Intrinsikku

Assalamualaikum..semalam dan kelmarin mood aku masih terawang-awang dek kerana memikirkan masa cuti untuk berehat..berehat dalam konteks ni aku spesifik kepada melapangkan kepala daripada berfikir soal kerja yang tak pernah habis-habis termasuklah assignment..rabu ini insyaAllah seluruh umat yang beragama Islam akan menyambut bulan mulia Ramadhan..jadi santapan pagi beralih ke santapan rohani dimana pengisian di pagi hari diperlengkapkan dan ibadah malam juga diperkemaskan..apa yang membuatkan aku lebih terfikir akan soal praktikal yang selama 2 bulan bakal dijalankan pada 15 Julai nanti..berfikir soal material sama ada cukup atau tidak aku serahkan semua pada Allah..bukan meredhakan tanpa usaha tapi aku yakin ada rezeki bagiku semasa keberadaanku di rumah sewa nanti..

Dalam berfikir soal rumah sewa, aku juga memikirkan cara untuk meraih pendapatan sampingan bagi menampung perbelanjaan harian..berbagai reaksi yang berpinar dalam kepala sampaikan aku sendiri ragu-ragu mampukah aku meraih keuntungan dengan modal sendiri yang nyata terlalu kecil nilainya..semalam aku berbincang dengan abangku yang sekarang menetap di Putrajaya..aku mahukan sedikit modal dan untungnya dibahagi sama rata..abangku bersetuju tetapi hanya akan menjadi rakan kongsi tanpa campur tangan secara langsung dalam urusniaga nanti..aku memikirkan banyak kali sehingga tidak sedar aku telah masuk ke dalam fasa separuh sedar..mamai sangat sudah!!

Hari ini aku bangun berbekalkan azam untuk menyiapkan tugasan yang tertunggak..ternyata azam aku hanya bertahan 15 hingga 20 minit sahaja..fokus aku semakin goyah..selalu sahaja dibayangi dengan kabus keserabutan yang terlampau..tapi mujurlah aku sudah banyak membuat pencarian maklumat sebelum ini..jadi mudahlah untuk aku menyelesaikan tugasan lewat petang nanti..aku juga tertanya-tanya, adakah minat aku untuk belajar semakin berkurang? motivasi intrinsik sudah tidak lagi bernyawakah? aku cuba cekalkan hati walaupun rutin selama 4 tahun ini adalah sesuatu yang membosankan..

Buat masa ini aku hanya mahukan keseronokan yang tiada penghujung..tetapi kepada siapakah makhluk yang sudi menemani langkahku seiring bersama??..sedangkan bayang-bayang sendiri pun akan meninggalkanku di masa gelap..aku perlu segera mencari sebelum tahap intrinsik dalamanku lemah dan tidak berdenyut lagi..dalam masa aku berfikir sebegini, terpampang pada status sahabat berbunyi "manusia yang selalu lupa Allah,tapi Allah tidak pernah lupakan kita"...aku terdiam dan berfikir ringkas..mungkin aku sudah jauh tersasar memikirkan soal manusia dan tiba masanya kembali untuk aku ratip semula aspek-aspek rohani dalam diri..bulan Ramadhan,bulan yang sangat mulia..masa yang tepat untuk membuat anjakan paradigma..

Masa mengelamun sudah tamat..masa untuk bertindak!!




Tutorial : Download Mudah Dengan Adds On (Mozilla Firefox) Browser

 
Assalamualaikum...caer baru saja reopen blog ini atas beberapa request daripada rakan2 blogger untuk menyediakan info,tutorial dan jurnal ringkas sebagai tatapan semua..jadi caer mengaktifkan semula akaun dan memulakan dengan menyiapkan tutorial ringkas berkenaan browser mozilla firefox..ramai dalam kalangan kita semua kerap menggunakan Internet Download Manager (IDM) kerana aplikasi yang mudah digunakan..tetapi permasalahan yang timbul apabila IDM tidak dalam spesifikasi crack yang memerlukan serial key untuk mengaktifkannya..jadi pada user browser firefox jom belajar cara mudah untuk memuat turun video di youtube

1) Pada bahagian atas browser firefox, pilih add-ons

2) Sekarang interface utama pencarian muncul..taip sahaja youtube video,audio dan subtitle downloader 0.2.2..paling penting keyword yang dimasukkan ialah youtube downloader

3) Lihat pada extension sama ada add-ons anda sudah mula install

4) Sekarang buka laman youtube dan ikon download akan terpampang pada bahagian menubar browser dan di bawah video..mudahnya anda boleh memilih format video dan memilih kualiti player yang ingin dimuat turun.. selamat mencuba !!

Aku Bukan Siapa-Siapa


Hari ini aku diberitahu keputusan peperiksaan bagi semester lepas sudah keluar..alhamdulillah aku ada berita gembira untuk dikongsi..tetapi kepada siapa hendak ku kongsi keputusan ini..jelasnya hanya aku sendiri yang meraikannya..aku bukan siapa-siapa

Hargai Aku

Seringkali kau merendahkan ku
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Selalu saja kau anggap ku lemah
Merasa hebat dengan yang kau punya
Kau sombongkan itu semua

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Seringkali kau merendahkan ku (kau merendahkan ku)
Melihat dengan sebelah matamu
Aku bukan siapa-siapa

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku

Coba kau lihat dirimu dahulu
Sebelum kau nilai kurangnya diriku
Apa salahnya hargai diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku
Sebelum kau nilai siapa diriku


aku juga ingin hidup bahagia..hargailah aku sebaiknya sebelum hatiku tertutup selama-lamanya


Dalam Masa Aku Bermonolog

Agak lama aku termenung hari ini..memikirkan masa yang semakin pantas bergerak..ku helakan nafas panjang kerana masih memikirkan soal praktikum yang bakal bermula 15 julai nanti..tetapi masih tidak keruan menenangkan hati yang gusar..terfikir dan memikirkan pelbagai persoalan yang timbul..sekali lagi ku helakan nafas panjang..orang kata banyak mengeluh nanti cepat tua..aku redhakan sahaja supaya mereka tahu aku tidak pernah putus-putus berfikir..aku cuba menarik nafas agar semuanya kembali pulih..tetapi selang beberapa minit persoalan yang sama terus berlegar-legar dalam benakku..

Dalam masa yang sama, aku memikirkan hari penting buat kakakku yang bakal menjelang tiba..pastinya hari tersebut sangat-sangat dinantikannya setelah lamanya menanggung derita kerana "mereka"..bersabar dan la tahzan kakakku..pastinya masa dan ketika kamu diuji Allah sudah menjanjikan hari berbahagia buatmu..cuma kepastian hari dan masanya tidak dapat ditanggap..nyatanya Allah mahu melihat sejauh mana tawadduknya kamu dalam menerima ujian dan kesabaran kamu dalam melewati semua kepahitan di dalam dunia sementara ini..dahulunya setiap malam pastinya kedengaran lagu bait-bait sayang yang pastinya akan terus menjadi kenangan buatmu..aku dengar dan hayati sebaiknya bait-bait lirik..sebak seketika..hati sesiapa sahaja terusik melihat tangisan air mata jernih yang keluar dari kelopak matamu..

Dalam masa yang sama, aku memikirkan soal hidup yang semakin tidak pasti..mengharapkan seseorang yang bakal membawa sirna baru dalam kehidupanku..cukup penat diasak dugaan dan seolah meraih simpati manusia berjiwa empati..yang peka untuk mendengar dan memahamiku..dahulunya arwah abah yang setia mendengar dan menenangkanku selalu..yang pastinya masa itu sudah lama berlalu bahkan sudah sedekad lamanya..aku semakin sunyi dan entah pada siapa utusan Allah untukku canang semua permasalahku..yang pastinya, ia masih belum ditemukan..

Dalam masa yang sama, aku terus mencuba mencari solusi terbaik tanpa mahu ada sedikitpun salah yang bakal membuatkan kalian terkesan..sedarnya nanti, akhirnya aku bakal disisihkan dan ditinggalkan..maafkan aku jika gagal memberikan kebahagiaan...aku sudah mencuba dan aku juga pasti kalian pasti mengetahuinya..

P/s : kalian doakan aku..aku juga seperti manusia lain..ingin membahagiakan orang lain dan mengharapkan yang sama daripada mereka..

 
copyright reserved by caersasuke