Home » , , » Forest Gump

Forest Gump


Assalamualaikum..lama rasanya aku mencari cerita forest gump..aku tidak pasti kenapa aku mencari cerita ini..berkemungkinan aku sudah malas melayan cerita yang terlalu ekstrem dan 18sg..dan berkemungkinan juga aku suka menilai sentimental value dalam tiap-tiap filem yang aku tonton..yang pastinya aku baru sahaja sedut movie ni daripada external kawan karibku..

Entah kenapa bila melihat kerusi panjang ini aku secara spontan teringatkan movie forest gump..dan aku berharap aku dapat mengambil alih watak tom hanks sebagai hero dalam filem tu..sebelum ini aku agak tertarik dengan movie the da vinci code tetapi pertengahan sahaja aku teruskan untuk menonton..mungkin jalan cerita yang terlalu panjang

Pada pandangan dari kornea bukan anak seni, aku lebih menggemari lakonan pelakon luar negara kerana lebih santai dan realistik..mungkin pembawaan watak yang seolah hidup ni memastikan audiens rasa tertarik disamping fakta yang sangat koheren dalam sesuatu sekuel movie..apa-apa pun cuti ni bekalan movie masih lagi tersisa..entah bila mahu menonton kerana mood nak menonton masih kabur..mata menonton tetapi fikiran jauh melayang..entah kemana dan melalui synapsis yang sama..aku mengeluh

2 comments:

 
copyright reserved by caersasuke