Peliharalah Mereka Sebaiknya Wahai Kaum Adam


Assalamualaikum...alhamdulillah caer masih lagi diberi peluang untuk mencoret sekelumit rasa dalam blog ni...dipendekkan cerita tadi caer buka laman sosial facebook dan sesuatu berlaku yang memeranjatkan caer...rasa lidah terkelu seketika dan rasa sangat2 simpati pada nasib seorang gadis yang tidak berdosa ini...caer rasa sebaiknya caer merahsiakan identiti gadis tu atas asbab untuk menjaga aib dan maruah gadis tersebut...rasa sangat2 terpanggil untuk mencoret sedikit rasa terkilan kerana gadis ini diperkosa oleh darah dagingnya sendiri...rasa luntur hati caer membaca statusnya...sampaikan satu masa lagi gadis tersebut mengatakan hal yang sama berlaku bila berpacaran dengan kekasihnya...dia sekali lagi diperkosa sehingga hamil...


Buat sahabat2 di luar sana terutama golongan adam, jagalah,peliharalah,bimbinglah dan didiklah wanita kerana itu sudah menjadi tugas kamu sebagai khalifah di muka bumi ni...sesungguhnya tugas seorang lelaki ialah membimbing dan bukannya dibimbing...buat sahabat2 wanita pula peliharalah kesucianmu sebaiknya kerana itulah harta yang paling mahal dalam hidupmu

P/s : sebelumnya caer mohon maaf kalau entri ini agak menyinggung mana2 perasaan...ini kali pertama caer mencoretkan luahan sebegini dalam blog...semoga apa yang caer sampaikan tidak disalah tafsir dan menjadi suatu wadah dalam memelihara akhlak dan pergaulan...wallahualam

 
copyright reserved by caersasuke