Showing posts with label pesanan. Show all posts
Showing posts with label pesanan. Show all posts

Peliharalah Mereka Sebaiknya Wahai Kaum Adam


Assalamualaikum...alhamdulillah caer masih lagi diberi peluang untuk mencoret sekelumit rasa dalam blog ni...dipendekkan cerita tadi caer buka laman sosial facebook dan sesuatu berlaku yang memeranjatkan caer...rasa lidah terkelu seketika dan rasa sangat2 simpati pada nasib seorang gadis yang tidak berdosa ini...caer rasa sebaiknya caer merahsiakan identiti gadis tu atas asbab untuk menjaga aib dan maruah gadis tersebut...rasa sangat2 terpanggil untuk mencoret sedikit rasa terkilan kerana gadis ini diperkosa oleh darah dagingnya sendiri...rasa luntur hati caer membaca statusnya...sampaikan satu masa lagi gadis tersebut mengatakan hal yang sama berlaku bila berpacaran dengan kekasihnya...dia sekali lagi diperkosa sehingga hamil...


Buat sahabat2 di luar sana terutama golongan adam, jagalah,peliharalah,bimbinglah dan didiklah wanita kerana itu sudah menjadi tugas kamu sebagai khalifah di muka bumi ni...sesungguhnya tugas seorang lelaki ialah membimbing dan bukannya dibimbing...buat sahabat2 wanita pula peliharalah kesucianmu sebaiknya kerana itulah harta yang paling mahal dalam hidupmu

P/s : sebelumnya caer mohon maaf kalau entri ini agak menyinggung mana2 perasaan...ini kali pertama caer mencoretkan luahan sebegini dalam blog...semoga apa yang caer sampaikan tidak disalah tafsir dan menjadi suatu wadah dalam memelihara akhlak dan pergaulan...wallahualam

Wallpaper Dekstop Doodle Islamik : Percuma !!


Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi salah satu sabda Nabi Muhamad saw yang telah ditashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim...

"Keredhaan Allah adalah di bawah keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua ibu bapa"

Dari sabda ni terus terang lagi Nabi dah berpesan supaya kita seharusnya menghormati ibu dan bapa kerana keberkatan hidup apatah lagi keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah kita...jadi sebaiknya sebagai insan yang bergelar anak seharusnya kita menyanjung tinggi pengorbanan ibu dan ayah...bukan wang ringgit yang diharapkan sebagai pulangan..hanya secebis kasih dan kiriman doa yang tidak putus2 dari anak yang soleh dan solehah...jadi mari kita sama2 pasang wallpaper ni kat dekstop masing2 untuk kita sentiasa memperingati jasa ibu dan ayah yang tidak ternilai harganya

P/s : tak sabar rasanya nak balik kampung jenguk family especially emak...love you mom =)

Keluhan Hati Seorang Ibu





Menyingkap hari2 indah bersama ibu membuatkan aku terlupa seketika akan tangisan lalu...seolah2 tiada terpamer wajah lesu tidak bermaya ketika berhadapan anak2...membuatkan hati yang gundah terasa tenang tatkala senyuman terukir di wajahnya...tiada tercoret kesedihan walaupun terlalu banyak memendam rasa...tiada keluh kesah meniti dibibirnya memastikan jiwa anak2 terasa senang sentiasa...tiada terasa letih walaupun tanggungjawab makin bertambah hari demi hari...

Berbekalkan tulang empat keratlah ibu bersabung nyawa membesar dan membiayai persekolahanku...ibarat pohon yang dulunya disiram dan dibaja dengan penuh perhatian akhirnya tumbuh mekar berdiri di atas pasak bumi....begitulah aku dibesarkan ibu dengan penuh hemah dan rapi...akan tetapi semakin aku meningkat besar semakin meninggilah permintaan dan harapan aku terhadap ibu....

"Ibu raya tahun ni adik nak baju baru,kasut baru...kalau boleh semuanya nak baru"...pernahkah kamu meminta yang di luar kemampuannya..?jawapannya ya...dek kerana mahu kelihatan berseri di pagi mulia, ibu hanya menyarung baju lama yang sudah lusuh warnanya...tapi tidak langsung kudengar keluhan ibu...senyuman masih terukir...aku tahu jauh di sudut hati ibu mahukan kami semua seronok merayakan kemenangan puasa yang sebulan lamanya...biarlah berpakaian lama asal hati anak terjaga...biarlah tampak sederhana andai itu yang mampu mengukir senyuman buat anak-anaknya...

Di sebuah pagi yang bening kuterlihat tangisan ibu...terasa syahdu sekali...lalu kudekati dan kepeluk tubuh ibu...esakan ibu menyelubungi ruang2 sunyi dalam sebuah kamar yang sepi...kenapa ibu menangis? ibu marahkan adik ke? lantaran soalan diaju ibu menjawab dengan penuh nada kelembutan...disambutnya persoalanku penuh sayu....ibu rindukan masa kecil anak2 ibu...berlegar2 dan bermanja2 dengan ibu...tapi.....ibu berhenti berbicara atas permintaanku...pelukanku semakin erat menambah kepiluan ibu...."ibu...adik akan selalu ada untuk ibu"..."mungkin adik bukan yang terbaik tapi adik akan selalu menjadi yang terbaik untuk ibu"....dengan izinNya ibu..

Kini, tangan yang lembut menghayun buaian semasa kecilku sudah tidak berdaya lagi...terketar-ketar....hanya mengharapkan kasih anak yang semakin jauh di mata....tetapi pernahkah kalian terdetik untuk meninggalkan ibu suatu hari nanti? pada saat dan masanya kamu sudah mengecapi kenikmatan dan kebahagiaan hidup bersama insan lain...kasih sayang ibu sanggup dimadukan dek merasakan ibu sudah tua dan tidak lagi berhak meraih kasih sayang anaknya...? biarlah hati anda yang menjawabnya...terkadang hati kecil selalu ingin bertanya...apakah aku mampu membahagiakan ibu seperti mana yang dilakukannya di masa kecilku? penuh kasih sayang dan penuh dengan kelembutan..mengasuh dan mendidik tanpa mengenal jemu...tiada keluhan terpacul sedikit pun dari mulutnya...sesungguhnya kemaafan seorang ibu mengatasi segalanya...sayangilah ibu anda kerana ia hanya satu dalam sejuta bintang yang berkelipan terang...


sekadar renungan bersama
-caer-

Izinkan Mimpi Berulang





Perasaan kasih, sayang dan cinta adalah anugerah Ilahi yang tidak ternilai harganya...fitrah secara lahiriah seorang manusia sentiasa perlukan kasih sayang....lebih2 lagi harapan dan kehendaknya datang pada orang yang disayangi....asbab kasih itulah diri ini hanyut dibuai kenangan lalu...lantaran kasihnya aku pada abah mendorong segalanya...bukan untuk menagih simpati..hanya mencoret perasaan yang sukar untuk diluah dengan kata2...

Kucupan terakhir bersulam air mata penuh syahdu...terasa dingin bibir bersentuhan dahi abah...mataku pejam rapat menahan air mata..tangan ku buka selebar lebarnya untuk memeluk jenazah abah yang terbujur kaku...dalam hati masih berbisik sayu...

"abah... jangan tinggalkan caer...lepas ni siapa nak teman caer baca buku...kalau abah dah tak ada macam mana caer nak cium tangan abah sebelum nak pergi sekolah...siapa nak bawa caer jalan2 kalau cuti hujung minggu nanti...siapa nak mendengar masalah caer nanti"....apakan daya bisikan itu hanya aku sahaja dengari...


Belailah aku dalam pelukanmu...biar aku merasakan kehangatan kasih yang bergelora dalam tubuhmu...kucuplah dahiku agar ia mampu melenyapkan segala tangisan...dan peluklah aku agar diri ini tak lagi terasa sunyi...berilah aku satu lagi peluang untuk aku membetulkan segala khilaf dulu...pernah terdetik aku meminta agar dibukakan hijab diri supaya dapat bersua kembali...sebak tatkala permintaan itu terpacul dari mulut sendiri...tangan memberi lebih baik dari tangan yang menerima..begitulah abah sebaiknya...memberi tanpa mengharapkan balasan...rasa terkesan apabila abah sudah hilang dari pandangan mata...Abah...rindu sangat dengan panggilan tu..

Betullah kiranya ungkapan bait lirik "di hati ini..hanya Tuhan yang tahu..di hati ini..aku rindu padamu"...terkesan dari sudut dan pandangan berbeza...sejak pemergian abah duniaku seolah berhenti berputar...semangatku entah hilang ke mana...langkahku terasa sumbang...umpama bahtera yang tiada nakhoda...terkapai2 di tengah lautan luas dibawa ombak besar...begitulah aku yang merasakan pukulan ombak dan gelora jiwa yang semakin menguasai diri....

Di luar sana, gugurnya tangisan si anak kecil kerana ditinggalkan ibu dan ayah di usia muda...gugur syahid di medan perang menegakkan syiar agama....si anak pula masih mentah dan masih dahagakan kasih sayang....ketika diri masih memerlukan belaian seorang ayah...rontaan si anak sambil mendolak tubuh ayah yang terbujur kaku...esakan yang tidak tergambar perinya tatkala melihat ibu dan ayah berdiri suatu ketika dahulu rebah dipangkuan riba....bergelimpangan jasad berdarah di bumi sendiri....akan tetapi manusia sekeliling kita sekarang bertindak liar dek merasakan dunia adalah persinggahan terindah selama-lamanya...ibu dan ayah didorong ke tepi atas asbab mengejar nikmat dunia....sedarlah wahai anak, sesungguhnya redha ibu dan ayah penentu redhaNya...taraf ibu dan ayah sangat tinggi...tanpa mereka apakah kamu mampu menjadi seperti sekarang? pulangkan akal pada minda sebelum ianya terlambat...sama2 kita muhasabah diri

lontaran rasa rindu dari anakmu
-caer-

Angkara Gusti !!

Shahril dan Shahrul merupakan adik beradik kembar..sejak dari kecil dorang sering berkongsi benda yang sama dan itu dianggap biasa buat ibu bapa mereka...sekolah yang sama,pakaian yang disarung pon lebih kurang..sampaikan raut wajah mereka kelihatan sangat seiras sehingga sukar bagi kenalan rapat mereka mengecam siapa Shahrul dan siapa Shahril...kalau nak diikutkan Shahrul ialah abang kepada Shahril...tapi bagi mereka tiada istilah abang dan adik..mereka sangat akrab dan tidak berjauhan antara satu sama lain...setiap apa yang dilakukan Shahrul, Shahril juga akan turut serta...bagi mereka berkongsi minat dan hobi yang sama adalah satu kepuasan...mereka sukakan sukan yang lasak dan menjadi hobi mereka menonton gusti setiap hujung minggu...mereka sangat obses dengan gusti...mereka mampu menonton aksi ganas "wrestler" dari petang hingga malam tanpa rasa jemu...

Kebetulan pula malam tu Undertaker versus Kane...masing2 teruja nak tonton bintang kesukaan mereka berentap...buat julung kalinya malam tu dorang lawan dalam sangkar...lagi bertambah2 keterujaan anak2 muda ni nak lihat siapa yang bakal menang...Shahrul sangat meminati Undertaker manakala Shahril sukakan Kane...

Malam tu mereka bersengkang mata nak tonton gusti..kebiasaannya saluran gusti disiarkan pada lewat malam...sebelum siaran bermula mereka berbual2 siapa bakal menang malam ni..Undertaker atau Kane ?? persoalan yang asyik terpacul daripada mulut anak muda ni...menanti jarum jam pada dinding dan memerhati siaran bermula...lama lepas tu siaran gusti bermula...Shahrul menyuruh adiknya meninggikan volume televisyen..

"Shahril kuatkan sikit volume..kita kasik gegar malam ni...ahaha"

Lantas Shahril meninggikan volume pada remote control televisyen..Dentuman yang kuat menggegarkan suasana bilik anak2 muda ni...percikan api menandakan Kane akan keluar dan sudah siap sedia untuk berlawan..

"Fuh..kau tengok tu Shahrul..aku rasa Kane belasah Undertaker teruk malam ni",sindir Shahril

"Ah,belum cuba belum tau,,kita tengok dulu la",Shahrul berkata tegas

Lama kemudiannya,Undertaker pulak keluar...dengan dentuman bunyi jam seolah2 memukau mata Shahrul menyaksikan bintang kegemarannya keluar...berjubahkan pakaian serba hitam seolah2 memaku pandangannya...percikan api menutup gelanggang perlawanan...Undertaker naik gelanggang dan terus memulakan aksi...

Setelah setengah jam berlalu jarum jam di dinding pun sudah menunjukkan pukul 12.30 pagi..tapi pandangan mereka tetap segar dek kerana menonton gusti...melihatkan kepada pergelutan Undertaker dan Kane membuatkan adik beradik ni bergaduh mulut seketika...masing2 mahu bintang pujaan mereka menang dan merebut gelaran championship...

Adakalanya Undertaker bangun melawan dan memukul Kane bertalu2....adakalanya Kane tertumbang di atas gelanggang...masa yang sama gelanggang masih lagi dengan nyalaan api "sihir" Undertaker...melihat kepada Kane yang sudah tumbang dipukul Undertaker, Shahril mula berang...dia merungut kerana bintang pujaannya sudah tidak bangun melawan...

"Ah..lembik betol Kane ni..woi bangun la mangkuk ! "

Shahrul hanya terdiam dan tersengih2 melihat sikap Shahril...

"Ala rilek la..dah memang nyata Undertaker lagi kuat..Kane tu kena jentik je dah jatuh...ahaha",Shahrul menyahut

Shahril menggenggam remote control...dia tidak senang dengan kata2 Shahrul...tapi Shahril masih setia menonton dan mengharapkan Kane akan bangun..

Pandangannya terpaku melihat raut wajah Undertaker...kepalanya berputar seketika...lalu dia bangun perlahan2 dan terus beredar lantas menuju ke dapur...Shahrul memandang kehairanan...

"Oit ko nak pergi mana tu...takut tengok Kane kalah ke der..ahaha",sinis Shahrul

Anehnya Shahril tidak melawan dan terus beredar..Shahrul hanya membiarkan Shahril..seolah2 telah di "hypnotize"....Shahril menuju dapur dan mengambil sebilah pisau...sesampainya di bilik Shahril terus menikam Shahrul di bahagian belakang badannya sebanyak dua kali...Shahrul mengerang kesakitan tapi masih mampu melawan...dia sangat terkejut melihat biji mata adiknya berwarna putih seolah2 tiada anak mata...Shahrul merampas pisau pada genggaman Shahril...melihatkan Shahril tidak mahu mengalah Shahrul terpaksa menikam adiknya pada bahagian dada..

Tusukan pisau itu telah melemahkan badan Shahril...limpahan darah membanjiri bilik mereka...tidak lama kemudian Shahril berdengus dan menghembuskan nafas terakhir...Shahrul pula bersabung nyawa untuk keluar bilik dan meminta tolong...tapi tusukan pisau tadi telah melemahkan anggotanya untuk berdiri...akhirnya Shahrul juga turut menghembuskan nafas yang terakhir...

Esoknya ibu dan ayah mereka tiba di rumah setelah seminggu outstation...bau busuk menusuk ke liang pernafasan mereka...mereka mulai resah dan tidak sedap hati...tapi hairannya bunyi televisyen masih kuat berbunyi...sesampainya di bilik,terkejut mereka melihat linangan darah merah mengalir dalam bilik anak mereka...meraung ibu mereka melihat anaknya sudah tidak lagi bernafas..hanya terbujur kaku...hanya linangan air mata sahaja yang mampu menemani...lumrahnya,linangan air mata darah sekali pun tidak akan mampu mengubah apa2 yang telah terjadi...

Pihak polis dan pihak forensik datang dan telah menjalankan siasatan dan mendapati Shahrul dan Shahril meninggal kerana masing2 menerima tikaman pisau yang amat dalam sehingga membawa maut...


P/S : cerita ni hanya rekaan semata2..tiada kaitan antara yang hidup atau pun yang sudah meninggal dunia..pesan caer minat sesuatu boleh tapi biarlah berpada2...jangan terlampau obses sehingga kita sanggup melakukan sesuatu di luar kotak pemikiran rasional...

 
copyright reserved by caersasuke