Showing posts with label doodle. Show all posts
Showing posts with label doodle. Show all posts

Domain Baru & Hasil Editing Blog

Assalamualaikum..pagi yang bening sesuai untuk membuka lembaran baru dalam kehidupan bergelar sebagai seorang writer sambilan blogger...alhamdulillah baru beberapa jam lepas officially caer sudah bertukar daripada caersasuke.blogspot.com kepada domain www.caersasuke.my...untuk pengetahuan semua, caer mendapat domain free daripada tuan empunya blog iaitu saudari Innanie...caer rasa mungkin kebanyakan bloggers kenal dengan saudari Innanie yang sememangnya ramah tamah ni..anyway thanks ye sebab beri caer domain free setahun ni..seriously trafik memang akan naik berduyun2 lepas ni..hehe
So far alhamdulillah juga rezeki tempahan editing blog juga mendapat sambutan..baru ni ada dua bloggers yang seriously bagi kepercayaan kepada caer untuk mengedit blog dorang..so caer ambil masa dua hari untuk siapkan blog tempahan ni...korang boleh view blog dorang ni ye..design caer buat lebih kurang sama cuma theme yang berbeza..untuk range harga ni caer cas rm30 sahaja sesuai dengan full editing yang caer create..alhamdulillah lagi sebab customer semua berpuas hati

Berminat untuk editing blog,banner dan bunting kahwin? caer menyediakan tempahan sekarang..boleh baca terms & condition di sini  >> KLIK SINI

When Examination Kills My Mood

Assalamualaikum..adakah korang pernah berada dalam situasi mengguris hati ni masa menjawab exam??


Yes..caer antara salah seorang daripada korang2 yang terlibat...huhu

P/s : next time be well prepared dan focus more on study...semangat2 untuk paper yang seterusnya..doakan kejayaan caer =)

Terima Kasih Sudi Menempah Editing Blog !!

Assalamualaikum...alhamdulillah rezeki bertambah baik dan tempahan editing blog semakin upgrade dari hari ke hari...so caer nak ucapkan terima kasih sebab beri peluang untuk caer memberi sentuhan karya dalam blog korang...untuk pengetahuan korang, banyak lagi hasil editing blog caer sudah buat tapi berkemungkinan folder karya digital caer telah di delete...jom skodeng antara editing blog yang caer pernah buat...hehe


Antara blogger comel yang order dan caer still ingat :

5) Sahejam



Berminat untuk menempah dan SERIOUS BUYER? korang boleh klik link ini >>Tempahan Editing Blog
P/s : komik doodle caer terpaksa stop dulu sebab fokus pada tempahan editing blog..so pada readers tegar komik doodle caer korang just wait ye sebab caer terlampau busy...hehe..thanks for your support...=)

Komik : Bulan Puasa


Assalamualaikum..alhamdulillah sabtu ni bersamaan 1 Ramadhan 1433 hijrah sekali lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh barakah dan dibuka pintu maghfirah seluasnya..jom layan komik sambil2 memperingatkan diri dan korang semua..




Jadi sama2 kita memanfaatkan bulan mulia ni agar kita diberi memperoleh nikmat yang dijanjikan Allah pada umatnya yang taat beribadat...caer pon kalau ikutkan kejap rajin kejap malas tapi cuba tahun ni untuk jadi lebih baik dari tahun sebelumnya...

P/s : kesihatan caer kurang baik..muntah2 dan pening2 lalat...apa2 pun kita kena terima semuanya kerana itu tanda Allah tak nak kita alpa dikala kita dikurniakan kesihatan yang baik..doakan caer cepat sembuh dan ceria macam selalu ye..sayang korang ketat2..hehe

Komik : Bergurau

Assalamualaikum...pernah ada satu hari situasi ni terjadi dalam kamus hidup korang? mungkin pernah terjadi terutamanya kat kedai makan..kalau pernah klik LIKE ye..jom layan komik lepas tu tidur..hehe

Di fast food counter :



moralnya, jangan bergurau terlampau sangat terutama kat tempat awam..kalau orang tu jenis penyabar takpe..in case sebaliknya, maka bersiap sedialah untuk menerima cacian terlampau pulak dari owner of the shop..haha...so behave dan sentiasa beradab walau di mana jua anda berada

diilhamkan dari lagu : najwa latif

P/s : caer akan off untuk 2,3 hari sebab terlibat dalam program wajib iaitu program anak angkat...so caer agak mustahil nak membalas kunjungan korang semua..insyaAllah lepas semua dah settle caer akan lawat korang ye..thanks for reading and keep in touch...=)

Komik : Pantun Bulan Puasa

Assalamualaikum...dalam beberapa hari lagi kita akan masuk dalam bulan ramadhan...jadi caer reserve komik doodle bila dah dekat2 nanti berkenaan puasa...hari ni korang layan komik strip sahaja pasal pantun puasa...jom layan


P/s : mengharapkan puasa kali ni caer dapat habiskan selama sebulan..harap2 sepanjang tempoh puasa caer dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kekal bertenaga...seronok kan nak masuk bulan puasa...tambah2 kalau dapat bangun sahur dan bukak puasa sama2 family...*homesick*

Komik : Silap Mata atau Silap Tengok?

Assalamualaikum...peristiwa ni mungkin pernah korang alami atau mungkin kawan2 rapat korang pernah alami...setuju atau tidak jom baca komik ni...

Tengah jalan2 ke taman atau ke shopping mall even waktu nak dating pun korang berkemungkinan akan sakit perut...kadang2 gastrik, kadang2 angin dalam perut dan kadang2 korang sakit perut nak lepaskan hajat...

Dengan sepantas kilat, korang akan terkinja2 mencari tandas awam terdekat...perut pun masa tu semakin memulas sebab sudah jumpa "lubuk"...*anggukkan kepala tanda faham...hehe

*censored : imagine sendiri2 ye..jangan visualkan kat kawan2 korang ye..hehe

dan tak mustahil, kita tersilap masuk tandas yang terang2 bukannya gender yang serupa...kebarangkalian ada banyak...

1) bila sudah terdesak kita susah nak fokus dan suka main terjah mana2 tandas
2) tandas sekarang semua letak ikon je..
3) kita selalu buat silap mata...so tertipu dengan kesilapan mata sendiri

persoalannya, pernah tak korang menghadapi situasi yang sama? jawab dalam hati ye dan sengih2 tutup mulut...=p

P/s : motif cerita hanya untuk hiburan semata2...just nak tekankan bahawa kita sepatutnya berfikir dan tidak mengambil keputusan tergesa2 hanya untuk melepaskan beban yang mungkin terlalu berat untk dipikul...fikir2 kan dan selamat berhibur

Komik : Jangan Tipu Emak !

Assalamualaikum...situasi ni terlalu cliche sangat tapi kebiasaanlah yang perlu diubah...kebiasaan macam mana yang korang selalu buat? adakah macam dalam kartun bawah ni? renung2 kan dan tanya pada diri sendiri...

Masa call awek, makwe, heart throb, buah hati dan sepupu sepapatnya macam2 ayat mesra yang keluar...tak cukup dengan ayat manis, macam2 soalan diajukan sampai tak sempat nak berbalas...masa ni cakap selama 4 jam 30 minit 15 saat pun tak terasa sangat....sampailah kredit habis barulah phone lekang dari telinga...


Tapi bila ibu, emak, mama, bonda telefon macam2 alasan diberi sampaikan ada yang sanggup menipu...ada yang kata busy walhal free je, ada yang kata nak siapkan paper work la, ada yang kata nak study la dan macam2 lagi alasan tak munasabah...lepas tu rasa serba salah sebab menipu emak secara sengaja...

P/s : caer pernah buat tapi tak pernah amalkan selalu sebab menipu emak ni sangat susah...sebab naluri keibuan sememangnya menebal dan segala tindak tanduk kita semuanya dah dihafal..cuma sedar tak sedar ibu sedang menitis air mata kesedihan sebab anak yang dikandung sudah pandai berbohong...fikir2 kan dan muhasabah diri

Komik : Kid Nowadays (teaser)

Assalamualaikum...memandangkan zaman semakin berteknologi moden, manusia pun bergerak seiring dengan kemajuan...tapi...kemajuan teknologi macam mana yang korang pilih? adakah dari segi pembangunan, kenderaan, infrastruktur atau gadget? mostly akan memilih teknologi dari aspek gadget...


Zaman sekarang gadget2 built in siap dengan touch screen dan macam2 komponen canggih ada dalam smartphone sekarang...dari phone upgrade ke ipad dan seterusnya i mac dan seterusnya korang jawablah sendiri..hehe...rata2 terutamanya golongan belia suka membelanjakan half dari simpanan mereka untuk membeli gadget2 ni atas alasan mengikut trend, mudah nak communicate, nampak stylo dan nampak cool...persoalannya, dengan duit siapa korang habiskan untuk beli gadget2 ni?

a) elaun pama (pama & mama corp.)
b) duit simpanan
c) duit raya
d) duit berkhatan
e) duit elaun
f) duit jumpa tepi dan tengah jalan
g) duit kertas saidina...erk

P/s : rasa2 korang penting tak memiliki gadget2 mahal ni? adakah ia satu keperluan atau satu kehendak? ok caer pun dah pernah beli samsung tab 8.9..so far so good sebab dapat buat assignment dan main game walaupun dalam vacation mood...bateri 8 jam dapat bertahan walaupun sentiasa dalam mood standby...sebenarnya, teknologi sangat berguna juga tapi jadilah pengguna yang bijak untuk merancang perbelanjaan...ok =)

Komik : Cover Malu

Assalamualaikum...pada satu hari tu kan...insiden ni berlaku..

Minggu sebelumnya masa baca notis rasa macam nak tak nak pandang sebab benda bukan penting sangat pun...setakat baca nama event tapi venue, masa dan hari event langsung tak ambil port...sudah jadi kebiasaan agaknya suka ambil mudah semua perkara..sampaikan....

Pada hari event, kena tegur dengan member2...so dengan muka confident dan suara yang lantang, rilek je cakap nak masuk kelas sebab hari tu mood baik nak belajar...walhal member2 dah start gelak sakan tengok kelurusan kebendulan kita...

So atas rasa keraguan terlampau, mulalah nak mencari notis dan baca whole issue dalam notis tu...barulah perasan event start pagi tu jugak..mulalah menggelabah dan rasa sesak nafas 2 minit..huhu

Dengan muka senyum cuka dek kerana kena bahan ketawa, terpaksalah jugak buat2 senyum..padahal dalam hati rasa nak balik tukar baju je...ada jugak yang mengaku tiba2 tak sihat padahal baru pagi tadi pekena nasi goreng paprik 2 pinggan...hehe

P/s : moralnya sentiasa alert pada sebarang notis...minggu lepas situasi ni jadi kat caer...pergh segan pulak kena gelak dan terpaksa balik hostel salin baju sukan..haha...baru nak segak dah kena gelak sakan...so sentiasa alert dan setkan reminder kalau korang jenis pelupa =p

Komik : Menjelang Hari Exam

Assalamualaikum...kebiasaannya student akan memilih untuk berbuat macam ni..setuju atau tidak jom kita layan dulu ye..hehe

Masa awal2 kuliah ada yang semangat, ada yang kurang motivasi dan ada yang tidur...tapi paling nyata datang kuliah sebab takut tak dapat seat untuk exam nanti...even dah banyak kali ulang benda yang sama dan otak dah jadi tepu, kita still kena rajin2 turun kuliah...

At last dah nak dekat exam, barulah kelam kabut cari buku nota, mind map, kotak pensil, buku rujukan kuliah...dan paling utama kita akan minta "soalan SPOT" kat member2...

Bila dah dapat soalan spot, 1 semestar study semuanya dapat cover...dalam 1 malam semuanya habis dibaca...so barulah boleh nampak kegigihan nak study tahap budak2 nak dapat SPM 20A...hehe...betul atau tidak, student sekarang memang hebat2...

P/s : storyboard diilhamkan oleh kawan masa lecturer tengah ajar...rasa macam relevan so caer doodlekan cerita ni...hehe...kalau suka klik butang LIKE tanda korang pon sama...sebab caer pun lebih kurang je..hehe

Isu Blogger : Fenomena Baru Atau Lama

Assalamualaikum..malam ni caer nak berkongsi satu isu yang rata2 pasti akan bersetuju, ada yang akan geleng2 kepala, ada yang angguk2 kepala dan ada yang akhirnya akan bertanya pada diri sendiri tentang isu ni...sebenarnya sudah lama caer berhajat nak post entri ni asbab terlalu ketara fenomena ni berleluasa sampaikan caer sendiri kurang faham kenapa dan mengapa situasi macam ni berlaku...cuba tengok pada komik strip ringkas di bawah..

Apa pandangan korang semua? pernah tak korang mengalami situasi yang sama? situasi pertama (doodle lelaki) masalah yang paling kerap berlaku iaitu prinsip "I follow you, you follow me back"...boleh dikatakan setiap hari ada sahaja link yang ditinggalkan di ruangan chatbox, komen dan dalam page group blogger...ada yang beranggapan ada follower ramai barulah meriah blog dan motivasi untuk berblogging lebih tinggi...instead, perasaan teruja tu hanya bersifat sementara berbanding keterujaan korang setiap kali menulis entri...for sure, kalau entri korang bagus, ada attitude, blog kemas dan mesra pengguna blog korang tak perlu menjemput apatah lagi mempromosi asbab blogger2 sekarang sudah semakin celik dalam memilih...

Situasi kedua (doodle perempuan) ni terjadi asbab terlalu menginginkan pulangan daripada berblogging dengan lebih cepat...mudahnya linkies seperti churp2, youthsay dan macam2 lagi linkies berdaftar selalunya diletakkan dalam chatbox dan ruangan2 tertentu...walaupun sudah beberapa kali remind strictly, linkies ni masih berterbangan bebas dalam ruangan chatbox...kalau diikutkan hati ramai blogger akan memilih untuk banned as spammer kepada linkers tapi atas rasa belas kasihan ramai yang membiarkannya...so pada yang berbuat demikian, silalah mohon izin pada tuan blogger dan ingat bahawa matlamat tidak menghalalkan cara...masih ada ruang dan peluang untuk korang meraih pulangan jika rajin berusaha

P/s : caer berharap segala teguran tidak disalah erti dan masing2 muhasabah diri sebab blogging is for fun and medium for finding new friend...jika ada yang terasa hati caer mohon maaf..semoga blogger2 akan semakin maju dan semakin bersatu..together we stand under one roof !!

Hobi Itu Rutin

Assalamualaikum...percaya tau tidak, kita akan buat rutin yang sama setiap hari tanpa kita sedar...setuju? jom tengok scene kat bawah ni. !!

Balik2 sekolah atau kuliah muka excited terlebih..hehe

Makan untuk isi perut

Hah ni wajib untuk korang yang beragama islam...

Optional...kadang2 baca komik

Rutin harian meng"online" facebook atau blog...


Betul kan korang buat macam ni setiap hari? kalau betul tanda LIKE sebab itulah diri korang sendiri...ibarat dok depan cermin nampak wajah sendiri...hehe

P/s : in case korang jenis kaki sukan...korang mesti akan jog petang2...lagi hebat keluar main malam2...itu kalau musim free...kalau musim assignment atau exam mampu ke korang buat macam ni ? haha...

Dimanakah Kita Sebenarnya?

Assalamualaikum...jom kita ambil tahu di mana "status" kita yang sebenarnya...

ATAU



P/s : Jadi, di manakah "status" korang? tepuk dada tanya iman...muhasabah diri dan berhijrah ke arah kebaikan..insyaAllah.. =)

Presenting New Doodle, Epit !!


Assalamualaikum...today I would like to presenting my new doodle character in my blog...idea create doodle ni sebenarnya sebab nak terbitkan jualan tshirt terbitan caerwhizz.net sendiri...alhamdulillah jualan tshirt still under progress dan boleh kata sambutan sangat menggalakkan...ada jugak yang bertanya untuk buat tempahan header doodle, design template blog dan sebagainya...


P/s : So pada korang yang berminat dan serius buyer, korang boleh baca selanjutnya di link menubar caer...kalau still ragu2 dan still nak berbual mesra dengan caer korang boleh add caer kat facebook...so, what are you waiting for? let's order and make your blog more colourful

Ceritera Hot Caerwhizz.net

Assalamualaikum...mula2 caer nak korang semua abaikan tajuk entri yang bajet hot tu..haha...apa kata layan cerita kat bawah ni...setiap gambar ada ceritanya

Mula2 dulu caer selalu cari tutorial kat internet...orang kata tak nak ketinggalanlah...rajin jugak dok belek google hari2 cari tutorial yang sesuai bagi upgrade sikit blog...kucing caer pun pelik sebab hari2 dok layan laptop je dan tak nak layan dia...touching betul...hehe

Hari2 ada je blog2 baru...muka2 baru especially newbie yang memang upgrade la...jeles kot tengok...though baru dalam blogging tapi blog macam dah lama blogging...pergh...dengan dodol aka doodle comel2, follower ramai,reader ramai sampai pecah panggung dan layout blog yang macam2...serius cantik2....tu kalau buat contest boleh rabun juri nak pilih pemenang...hehe...

Caer pun tak nak terlepas kan...so azam nak belajar photoshop untuk lebih fast forward sikit...dulu punya la terkial-kial cari tool sampai la rasa tension...hehe...selalu je try and error...orang kata kalau ada usaha mesti ada hasilnya...boleh kata dulu tak lekang la dengan photoshop ni...makin venture makin banyak pulak tak tahu...haish...

Ni pun hobi dulu...suka sangat koding HTML ni sampai migrain...haha...ye la...fokus kena lebih...lain la budak2 IT petik jari dah boleh siap tutorial guna HTML ni....tapi sebelum tu korang tengok kat white board reminder tu...semua dah settle kot...haha...

Ni part paling benci....kadang2 tutorial tak match dengan template...wargh berapi api kot rasanya...elok mood baik jadi moody pulak...erk

Dan sekarang caer dah boleh tersenyum bangga sebab dah banyak gain ilmu dalam dunia blogging ni...readers,followers,visitors semuanya makin suka dengan wajah baru blog caer...ye ke?hehe...tapi paling penting ilmu caer dah bertambah dan caer selangkah maju di depan...rasa puas hati sangat2 sebab blog caer pernah dijadikan alat bantu mengajar di sekolah..bangga sat..hehe

Paling penting ukhuwah yang terjalin dalam dunia blogging ni akan terus berkekalan sampai bila2...dari dunia blog ni ramai jenis orang yang caer jumpa...dan paling menariknya caer jumpa orang2 yang sangat caer sayang...nak tau siapa orang yang caer sayang tu?korang semua la...yang tengah baca entri dan komen2 kat blog caer ni...hehe...thanks guys for visiting my blog...without all of you, I'm not here as a blogger...thanks so much

P/s : rasa touching buat entri macam ni...haha...

 
copyright reserved by caersasuke