Home » » Ceritera Cuti

Ceritera Cuti

Assalamualaikum..alhamdulillah bulan november dan disember ini aku dapat melempiaskan lelah yang masih tersisa gara-gara kesibukan diri menimba ilmu..terasa semakin hampir pada penghujung kalam sebagai student tetapi pengisian terasa masih sifar dek kerana ketidakpastian dan kecelaruan corak pembelajaran di institut..apa-apa pun aku menganggap itu adalah pengalaman dan pastinya satu hari nanti aku mengharapkan ia "berfungsi"..


Isnin lepas aku nekad untuk mengunjungi saudara terdekat di Kota Damansara..alhamdulillah trip yang sangat cepat sebab bas non-stop bergerak dari KK ke Hentian Sg Buloh..itu pun bas berhenti sebab aku request for dropping di sana..rasanya luar biasa sebab selalunya pasti menjengah senja atau malam aku bakal sampai tetapi tidak pada kali ini..rasa sedikit janggal tetapi aku seperti biasa akan menunggu "supir" untuk memandu ke destinasi yang aku tuju..timbal balik lebih kurang 2 jam aku menunggu tetapi aku tidaklah suka terburu-buru..berbekalkan hanphone xperia aku hanya mendengar lagu dan bermain game sementara menunggu..

Once sudah sampai, aku terasa sedikit teruja sebab aku suka merancang untuk trip seterusnya..memandangkan cuti semester ini aku rasa agak lama better aku menziarahi saudara terdekat..apa-apa pun aku hanya mahu mengisi masa kerana ia terlalu pantas untuk dikejar..jadi aku sangat memerlukan masa untuk menebus semula dan meraih apa yang selayaknya aku dapat hanya berbekalkan masa yang ada..

P/s : kalau duit banyak lama sudah bawa family especially emak melancong ke oversea..aim for the best location and drift for the next level..

2 comments:

Ayuni said...

Yes, Caer dh blik, blog pun dh cantik balik...

caer sasuke said...

@Ayuni thanks akak ayuni sbb selalu support blog caer =)

 
copyright reserved by caersasuke