Home » , » Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)

Hukum Memakai Braces (Pendakap Gigi)

Assalamualaikum..memandangkan isu ni semakin berleluasa jadi caer made an effort untuk mengkaji semula kenapa isu braces ni tidak dibenarkan dalam Islam...jika dilihat dari pandangan ilmuwan Islam terdapat 2 hukum yang diketengahkan iaitu harus dan haram..jika ia dibuat atas tujuan perubatan maka hukumnya menjadi harus dan sebaliknya jika dibuat atas dasar mahu kelihatan lebih cantik adalah diharamkan..dijadikan isu jika seseorang individu berhadapan masalah susunan giginya kritikal atau mengalami kemalangan sehingga berlaku kerosakan pada kedudukan gigi sehingga menimbulkan keraguan dan ketakutan kepada orang ramai adalah diharuskan untuk menutup keaiban pada dirinya..

Ada juga segelintir berkata pemakaian braces bagi memudahkan sesi memberus gigi dan mengelakkan gigi bertindan supaya sisa makanan tidak melekat pada celahan gigi...ada pun juga beralasan bahawa bakteria akan menyerang bahagian gigi yang tidak diberus dengan sempurna dan impaknya gigi akan rosak..pokok pangkal si pemakai perlulah menetapkan niat sama ada ingin memilih untuk tujuan perubatan atau sekadar ingin kelihatan cantik..jika ingin kelihatan cantik maka tidak sesuailah untuk anda meneruskan niat sebegitu..

"Belajar bersyukur dan peliharalah ciptaan Allah ye"
credit gambar : google
P/s : untuk maklumat lebih lanjut dan perlukan hadis serta bukti secara mendalam, bolehlah melayari website Imam Muda Asyraf...credit kepada beliau kerana telah mengeluarkan artikel berguna ini sebagai info berguna  sebagai panduan buat umat Islam..

 
copyright reserved by caersasuke