p/s : buat masa ni caer deactivate facebook..so pada kawan2 yang friend caer mohon maaf ye..insyaAllah lain masa kita pasti akan bertemu lagi..will miss you guys
Deactivate Account
Assalamualaikum kawan2
La Tahzan Ya Akhi !!
Terlukis indah kerdipan bintang menerangi awanan di langit cukup membahagiakan hati yang melihatnya...tapi ia hadir pada masa dan waktunya...akan pudar dilitupi awan seusai waktunya menemui kegelapan...dan hanya manusia yang menghargai sahaja akan mengingatinya...begitulah jua diriku diperlakukan seianya...seolah kesempitan sahaja yang membuka ruang untukku menikmati kehidupan...dan kala bantuan diperlukan, seolah pengharapan besar untuk digalas..hati terasa berat membantu...kerana pada akhirnya aku tahu kesudahannya pasti........aku akan ditinggalkan..
masih wujudkah aku dalam jiwa penuh sesak...? tak terbendung genangan air mata kesedihan kala diri terus menerus rasa tersisih..sangat tepat menerjah sanubari yang kian luntur dibawa perasaan yang kian menikam..adakah selamanya harus kutelan dan terus menerima? ya Allah kakiku terasa longlai melangkah...seakan bakal rebah pada satu perhentian lagi..masihkah ada tangan yang akan terhulur buatku? atau hanya aku sendirian dalam perjalanan penuh liku ini? terlalu banyak persoalan dan tidak mampu aku menanggap jawapannya...alam pandanglah aku...lihatlah aku...kerdilnya aku..ingin aku perlihatkan tangisan dan kesedihanku...akan tetapi hati terasa berat untuk kucerminkan diriku yang sebenar..kerana kesedihan hanya akan menutup segala pintu kegembiraan buatku...terdetik dan berbisik hati kecilku, apakah masih ada ruang dan peluang untuk aku terus bernafas dalam kalangan kamu? jika takdirku terhenti disini izinkan aku mencoret warkah berbaur kemaafan andai tutur kata perbuatanku hanya terkesan khilaf dan menyakiti perasaan lain...sesungguhnya aku hanya hamba Ilahi yang lemah dan longlai..pendirian dan perasaan mudah terusik kala diri diperlakukan seperti jasad yang tidak mempunyai hati...ya Allah bermohon padaMu agar hatiku terus tabah menempuh dugaan..ya rahman ya rahim kuatkan hatiku dan bimbinglah aku sebaiknya pada jalan yang Engkau redhai..
jika ini pengakhiran buatku, izinkan aku mengundur diri dalam nada sayu berlabuh di hati...
Tutorial : Facebook Messenger Untuk Dekstop

Assalamualaikum...since facebook dah makin berkembang pesat daripada social network yang lain, pelbagai aplikasi yang dorang telah ketengahkan bagi menarik minat user...salah satunya ialah facebook messenger ni....mungkin ada yang sudah tahu akan kewujudan facebook messenger ni dan ada yang masih belum tahu...untuk pengetahuan korang, aplikasi ni hanya match dengan perisian dekstop window 7 sahaja kot...so kalau korang berminat jom follow step tutorial mudah ni
1) korang klik link download >> facebook messenger
2) klik run dan install
3) masukkan id emel dan password untuk login
4) Online...mudah dan cepat tanpa perlu loading terlalu lama
P/s : istimewanya aplikasi ini sebab ada facebook ticker, notification, chatroom, mesej, search dan sidebar dock yang berfungsi di bahagian kanan dekstop korang...so pada yang berminat jom install facebook messenger ni...sangat berguna in case kalau korang low coverage dan hanya tertumpu pada chatting sahaja...next caer akan preview pasal facebook discovery pulak =)
Assignment Week !!
Assalamualaikum...alhamdulillah hari jumaat yang mulia ni caer masih dikurniakan tubuh badan yang sihat selepas beberapa minggu sebelumnya busy menghadap assignment...boleh kena hipertension kot...hehe...by now, just tinggal assignment seni je yang perlu disiapkan sebelum 23 April...it takes weeks even months to finish it cos the task including catan, artist books and a few masterpiece around 40....itu baru task seni...excluding pendidikan jasmani, pengajian melayu, hubungan etnik, pengurusan bilik darjah, gerko and many more...phew ~~ tarik nafas sekejap...
P/s : pada korang yang teringin nak further study, make sure preparing yourself with lots of knowledge dan ada daya tahan yang tinggi...physical and mental....believe in yourself and I know you can do it...kalau berminat ambik la wallpaper tu..free of charge =)




