GIVEAWAY...Saya Suka DOMO lah !


Assalamualaikum...terms & condition dah dibaca...jom layan cerita ni

"DOMO Kun : Pengembaraan Bermula !! "

Satu hari Domo teringin untuk mengembara...hajatnya untuk bertemu sifu sudah lama terbuku di hati...disebabkan Domo sudah bertekad dia memberanikan diri untuk memulakan "quest" bersendirian....

Domo memberanikan diri untuk "surfing" di kawasan laut berdekatan...berbekalkan pengalaman 1 bulan kat Miami, Domo sudah mula tahu membuat keseimbangan equilibrium terhadap deck surf...Domo meluncur kegirangan...

Tiba2 Domo terlanggar terumbu karang yang besar...Akhirnya Domo mendarat dengan berbekalkan botol air mineral cactus...perjalanan mengambil masa 1 jam 2 minit 15 saat di pesisiran pantai...Domo pening laut tetapi masih bersemangat meneruskan misinya....

Domo sampai di 1 perkampungan bunny....kawasan tu dipenuhi kehijauan flora yang memukau...Domo berjumpa seekor bunny untuk menjadi "guide" bagi perjalanan seterusnya...

"Uncle Bunny, tau dak jalan ke Bukit Semanggol"

"Idok le uncle tau...nak beli lemang ke??

"Dok aih...bergurau pulok uncle ni...noty betul"

Domo terpaksa meneruskan "quest" tanpa guide...uncle Bunny merupakan pesakit yang terlepas kira2 setahun lalu...tapi itu tidak melunturkan semangat Domo untuk meneruskan "quest"...

Domo tiba di sebuah gua...gua tu sunyi, gelap dan banyak kelawar di dalamnya...Domo menggigil ketakutan...dia hanya mampu berserah...Tiba2 datang seekor bunny yang sedang menyapu sampah...dia membantu Domo yang dalam ketakutan

Disebabkan Domo kesejukan, bunny telah memberi jaket telur...mereka berbual panjang..Domo telah menceritakan hajat dan perjalanannya sebelum sampai di kawasan gua tersebut...

Pada keesokan hari, Domo meneruskan perjalanan dan akhirnya....

Domo masih dalam mode terkejut....
Domo terpinga2...jalan yang ditunjuk oleh Bunny yang dijumpainya ternyata lebih sukar...secara tiba2 Domo sudah merentasi "Great Wall of China"....Domo terkesima dan terpinga2...

Berbekalkan Iphone Domo berjaya membuat tempahan tiket Air Asia...Domo menyedari kepentingan teknologi dan mengaplikasikan ilmunya yang telah dituntut semasa bekerja di kedai handphone dulu...

Akhirnya Domo sampai di Gombak...Domo telah berjumpa Abang Eq yang sedang melanjutkan pelajaran Phd di sana...Abang Eq terharu dan menghadiahkan Domo sesuatu....>> Hadiah Misteri

Domo berasa sangat gembira dan senang hati

P/s : cerita ini hanya rekaan semata2 dan storyboard asli dari caer...segala gambar kreatif di atas, caer credit pada search engine GOOGLE

Cerita Teladan : Si Putih dan Si Burung Gagak

Si putih merupakan kucing yang comel. Bulunya berwarna putih dan gebu.

Oleh sebab kecantikannya, dia suka meninggi diri di hadapan teman-temannya.

Setiap petang putih akan bermain di taman.

Dia suka mengejar rama-rama yang cantik.

Si putih gigih mengejar rama-rama itu sehingga sampai di penghujung taman yang berada jauh dengan rumah tuannya. Di sana, putih ternampak ada seekor burung gagak. Burung itu sedang hinggap di dahan pokok. “Nama kamu siapa kucing comel?”,tanya burung gagak itu. “Aku si Putih”,jawab Putih.

“Kamu sudi berkawan denganku?”,tanya gagak lagi. “Ah,aku tak perlu kawan yang hodoh dan hitam seperti kamu”,balas Putih dengan nada yang sombong. Si burung gagak berasa sangat sedih

Lantas si burung gagak kembali terbang di udara.

Si putih ketawa besar. Dia merasakan

dirinya paling cantik kerana mempunyai bulu yang gebu dan cantik.

Pada suatu petang,Putih tidak dapat keluar bermain di taman kerana hujan. Tuannya melarang Si Putih agar tidak keluar sewaktu hujan agar bulunya tidak kotor. Walaubagaimanapun, dia tetap ingin keluar bermain.

Si Putih berlari keriangan kerana bulunya dibasahi air hujan. Air lopak mula mengotori bulunya yang putih

Setelah hujan reda, Si Putih pulang ke rumah dalam keadaan badannya

yang kotor dan berbau. Tuannya sedang menunggu Putih di hadapan pintu rumah.

Putih telah dimarahi tuannya kerana melanggar janji. Putih hanya mampu tertunduk

Tuannya telah menghalau Putih. Putih berasa sangat sedih.

Tuannya sudah tidak mahu menjaganya lagi.

Si Putih berjalan semula ke taman. Dia hanya mampu menangis.

Tiba-tiba muncul si burung gagak.

“Hai Putih kenapa bulu kamu kotor”,tanya si burung gagak. “Aku bermain hujan

sebentar tadi dan buluku sudah kotor”,jawab Putih sambil menangis teresak-esak.

Putih telah menceritakan segalanya kepada gagak.

Si gagak berasa kasihan melihat Si Putih.

Si gagak telah membantu Putih membersihkan bulunya.

Akhirnya, Si Putih dan Si gagak berkawan rapat.

Si Putih berterima kasih pada Si Gagak.

Dia sedar sifat sombong dan meninggi diri hanya membawa kerugian.

P/s : kronologi cerita dan watak merupakan hak cipta caer sendiri..sebarang copy tidak dibenarkan melainkan sudah mendapat keizinan caer...selamat membaca cerita teladan kanak2 ni...


Selamat Menyambut Aidilfitri Semua : Commitment Always The Priority !!

Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni caer masih bernafas walaupun jiwa tengah sesak habis..hehe...mana taknya bulan ni merupakan bulan yang melimpah ruah dengan assignment...although banyak kerja2 lain nak buat dalam puasa ni tapi priority sebagai student caer kena jaga juga....barulah boleh jadi "best student" nanti...haha...insyaAllah...korang doa2 la caer yang terbaik...
Watermark (header dan doodle tak dilampirkan sekali..still dalam reconstruction lagi...hehe) blogger newbie >> Sahejam

Header (tema template, signature tak dilampirkan sekali) blogger >> kak far_east


Dalam kesibukan terlampau tu alhamdulillah rezeki caer tetap masuk...trimas ye semua sebab beri kepercayaan kat caer untuk menghulurkan khidmat mengedit template , header , doodle dan watermark kat blog korang....caer sangat appreciate dengan korang semua...=)

Last shout caer nak wish selamat hari raya pada semua yang beragama Islam...mudah mudahan ibadah kita dalam sebulan ni mendapat keberkatan daripadaNya...ameen...


Special thanks untuk saudara Eqbalzack sebab sudi kirimkan kad raya untuk caer...it's been 2 years already caer tak dapat kad raya....apatah lagi duit raya...haha...terima kasih abang eq sebab sudi tag caer ye kat facebook dan inbox dalam entri...caer sangat menghargai kad raya "digital" ni...hehe


Kad raya ni pulak caer tujukan buat semua follower dan pengunjung2 blog caer...korang dialu alukan untuk ambil kad raya tak seberapa ni dari caer...mungkin caer akan bertambah sibuk...so caer make an attempt untuk tulis entri raya ni awal2...takut nanti tak sempat pulak kan...hehe...kesempatan ni caer nak memohon maaf kalau selama caer berblogging ni pernah buat korang rasa tersinggung atau frust sebab caer siapkan tempahan lambat2....hehe...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN SEMUA !!

P/s : teringin nak makan lemang dan almond london....haish sedapnye...=)

 
copyright reserved by caersasuke