Caer memang suka melancong...kalau boleh nak jelajah satu Malaysia dulu baru jelajah luar negara...so far caer paling suka pergi tempat2 peranginan kat Malaysia sebab suasana yang lebih kondusif dan angin sepoi2 je...kalau lepak kat tepi pantai rasanya dah boleh buat lirik lagu...kih3...tapi kalau rezeki lebih caer teringin juga nak pergi Korea...bukan sebab nak cari awek yang comel2 tapi nak merasa hidup kat sana...rasa cambest pulak tengok scenery


Assalamualaikum...dalam dunia ni saling berkaitan dan itu memungkin kita mencari konklusi dalam kehidupan...mungkin kita jenis individu yang sukakan kedamaian dan terdetik bila mendengar alunan muzik instrumental...bakat pulak makin digilap dan membuatkan kita nak mengembara mencari ilham nak buat lirik lagu...sampai satu masa terbawa2 dalam mimpi dan berangan memanjang...


Update Tips : Mendapatkan Trafik Tinggi

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi satu tips untuk mendapatkan trafik yang tinggi dalam blog...bukan tu sahaja kebarangkalian bilangan angka follower bakal mencanak setiap kali terjahan blog dilakukan...yang pasti semuanya sama sekali bukan agenda software autoblogwalking tetapi usaha anda sendiri...semuanya atas inisiatif anda !!


Imagefruity.com

Imagefruity.com Pernah tak certain masa bila korang open page blog akan berada dalam situasi yang sama ? mungkin ada segelintir blogger suka meletakkan pelbagai widget di dalam blog sehingga menyebabkan load page sangat lama..situasi ni tidak menjadi masalah buat blogger2 yang mempunyai line internet yang mantap untuk membalas kujungan atau berblogwalking tetapi sebaliknya jika line internet yang slow kebarangkalian blog anda akan dibuka semakin tipis...

Imagefruity.com Kebanyakan blogger mendaftar sebagai ahli nuffnang dan tidak terkecuali bagi caer...asasnya , iklan2 nuffnang terbahagi kepada 3 yang diletakkan pada bawah header , sidebar dan antara entri...so kaitannya jika mahukan iklan anda kerap terpampang dan mendapat klik pengunjung make sure blog ringan...sebabnya kalau blog dah memang berat kebarangkalian iklan nuffnang lambat keluar...takut nanti jika blog dah terlampau banyak widget + iklan siap ni blog makin lambat nak load...


Imagefruity.com Segelintir blogger2 meletakkan url blog yang salah dalam shoutbox...jadi automatiknya sangat sukar nak balas kunjungan...in case ada pulak nak kita hit back jadi follower...url yang diberi salah..jadi masalah pulak kan...

Imagefruity.com Blogwalking ni perlu sebabnya korang boleh explore blog orang lain..masa yang sama korang boleh belajar banyak benda dan mudah nak cari member blogger yang baru...mungkin ada yang menganggap ianya sesuatu yang remeh..tapi cara ni paling berkesan kalau nak kenal blogger2...cara2 lain mungkin masuk contest atau GA..

Kalau nak menggalakkan pengunjung2 drop komen make sure penulisan entri mudah difahami...elakkan penggunaan shortform sampai sukar nak faham...in case kalau nak blogger2 luar negara nak baca entri makin bertambah sukar...kalau google translate pon tak sure boleh faham...pastikan entri sentiasa update...kalau sibuk update pada hujung minggu pon dikira bagus...hehe

P/s : kalau ada tips2 lain yang tertinggal nanti caer update lain...mengantuk la pulak..kih3...selamat menyambut tahun baru cina...

Pilot Muda Berjiwa Besar

Assalamualaikum...setiap manusia dilahirkan dengan potensi dan bakat yang berbeza2...begitulah wujudnya pelbagai ideologi dan lontaran idea bernas daripada segelintir manusia berjaya...kebanyakan daripada mereka yang berjaya sering menjadikan falsafah hidup sebagai nadi penggerak sejurusnya pencetus revolusi dalam mencipta sesuatu kelainan...bagi Jessica Cox , dia tidak menjadikan kekurangan sebagai satu halangan sebaliknya motivasi untuk lebih berjaya...

Jessica Cox dilahirkan tanpa mempunyai lengan tetapi masih mampu mencapai kejayaan di dalam hidupnya...ibunya pernah menjalani ujian kehamilan dan mendapati kebarangkalian Jessica lahir sebagai seorang bayi normal...sebaliknya kuasa pencipta lebih menjangkaui pemikiran manusia...Jessica membesar sebagai seorang kanak2 istimewa dan pada masa yang sama seorang gadis cilik yang mempunyai jiwa yang besar

Jessica menamatkan pengajiannya dalam lulusan psikologi dan mampu menguruskan dirinya dengan baik...selain hebat menulis Jessica boleh memandu kereta dan boleh menjawab panggilan telefon dengan menggunakan kakinya...gadis kelahiran Arizona , Amerika Syarikat ni juga merupakan pemakai tali pinggang hitam dalam arena Tai Kwon-Do dan merupakan bekas penari balet..

Pesawat terbangnya direka khas tanpa pedal bagi memudahkan Jessica mengawal dengan kaki...pesawat ni diberi nama Ercoupe dan impressivenya Jessica sudah mendapat lesen aircraft pada 3 tahun berikutnya...hanya berbekalkan 3 jurulatih terbang dan latihan selama 89 jam di udara Jessica sudah mampu menggapai awan dengan penuh bangga...caer respect dan kagum dengan semangat juang pilot muda ni..

P/s : sesungguhnya kejadian Tuhan adalah sesuatu yang sangat bernilai dan bersebab...mungkin kita sering berfikir kekurangan tu hanya menjadi halangan besar untuk terus maju...sebaiknya kita muhasabah diri dan bersyukur atas nikmat yang diberi..belajarlah mengatasi psikologi sebelum semua impian menjadi realiti...=)

Pengumuman : Tempahan Header Biasa & Flash


Assalamualaikum...memandangkan permintaan untuk menghasilkan header semakin meningkat caer sukacitanya nak buat bisnes untuk korang buat tempahan...bagi caer header memainkan peranan yang penting dan mempengaruhi first impression pengunjung2 yang datang ke blog...kalau nak open blog benda first yang kita akan tengok ialah header barulah disusuli entri dan content2 pada sidebar...sebelum tu scroll down dan baca syarat2 tempahan dulu...




Name:




Email Address:




Jenis Header




Berikan keterangan berkenaan Header yang anda inginkan.




URL Blog







Jika berminat sila membuat tempahan sekarang dan lengkapkan form yang telah disediakan...sebarang pertanyaan sila drop komen di post entri ni bagi memudahkan caer untuk reply...bisnes tempahan header ni ialah kolaborasi 3 blogger iaitu LAMAN TEMAN , KUNCI LOCKER dan CAER sendiri

Kursus Kepimpinan Merdeka Beach Resort

Assalamualaikum...seperti yang inform pada entri lepas caer mengikuti kursus kepimpinan di Merdeka Beach Resort..frankly kursus under Hal Ehwal Pelajaran ( HEP ) dengan kolaborasi barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ( JPP ) memang cambest...boleh kata kursus paling santai caer pernah follow...jom check it out gambar2 pulak...

Tempat kursus terletak kat area Sungai Petani , Kedah dan kitorang stay 3 hari 2 malam kat Merdeka Beach Resort...sangat kondusif dan servis kemudahan yang memang patut dipuji..hehe


Sesi kursus berjalan pada hari first malam...so semua pull out stay depan laptop untuk siapkan buku program

Antara barisan JPP yang memang sempoi



Dah penat jalan2 kitorang singgah kat gerai makan...seronok jugak lepak sama2...last time lepak waktu cuti sem lepas...

Pergh ABC ni terbaik dari ladang..harga dia rm5 dan memang puas la kalau makan...ni pon kongsi dengan member2...kalau tak masak la nak habiskan sorang...kih3

Petang2 riadah sikit...selalunya senior2 suka mandi kolam...lepas tu je terus turun padang main bola kat tepi pantai...best sebab angin pantai sejuk...


Ni kitorang baru je habis sembahyang jumaat...then terus gerak jalan kaki ke area gunung jerai...macam biasa laluan nak ke sini kena merentasi pantai...so kena naik bot...



Muka2 excited nak naik bot..kih3..


Snap gambar sekitar resort...frankly tempat memang cantik dan udara yang sangat segar...

Aktiviti malam kat taman permainan...kih3...rasa cam kembali zaman budak2 pulak time ni...dari papan jongket sampai papan gelongsor caer belasah main...kesian budak2 tak dapat main...haha

Dah penat singgah kedai makan...haus kot asyik main je...hehe




Hari last kat resort dan snap gambar kenang kenangan kat sana...


P/s : overall kursus yang menyeronokkan dan sangat berbaloi caer join...tapi by now caer sangat penat dan banyak assignment still tergendala...harap2 dapat siapkan kerja2 dan rest secukupnya...=p

Alangkah Indahnya Dunia !!


Assalamualaikum...hari ni caer dapat satu lagi buffered earning...horrey !! seronok sangat2 sebab rezeki caer sangat murah sekarang...alhamdulillah nuffnang dah masukkan kempen Digi Happy LB dalam blog caer...so lepas ni ada muncul iklan baru kat banner nuffnang...jadi mohon kawan2 semua klik banyak2...boleh beli subaru lepas ni...kih3...apa2 pon trimas nuffnang sebab selalu buat caer happy...

Oh ye lately caer sangat sibuk design baju kelas...dah macam2 idea keluar dan at last hanya 3 design ni je yang terpilih...agak2 korang mana yang paling cambest ?

Design mula2 sekali...warna kroma pilihan hijau pucuk pisang..horizontal line kat bahagian depan baju dan trademark kat belakang baju...

Design kedua warna kroma kuning ala2 harimau malaya...kih3...font belakang horizontal dan sulam kat bahagian belakang kolar...

Design ketiga diolah semula dan hanya bermain dengan kedudukan font belakang baju je...kusut2...kih3

Start esok ( khamis 20/1/2011 ) caer akan bercuti dan bakal berehat berblogging sehingga hari sabtu ( 22/1/2011 ) kerana terlibat dengan kursus kepimpinan...hurm jadual yang makin padat tapi still nak berblogging...kih3...apa2 pon jenguk2 la blog caer...insyaAllah kalau berkesempatan nanti caer akan terjah kembali blog korang...

P/s : excited nak main tepi pantai ni...mesti syok dan havoc kat sana nanti...hehe...

 
copyright reserved by caersasuke