Assalamualaikum...apa kabar sahabat2 semua...lately banyak sangat masalah sampai caer pon rasa payah sangat nak handle sorang2...agaknya memang ni je la medium caer untuk luahkan perasaan terpendam ni..mula2 sekali caer memohon sahabat2 semua sedekahkan Al-Fatihah buat sahabat caer yang sudah kembali ke rahmatullah pada hari khamis yang lepas...mungkin sudah tertulis arwah akan pergi meninggalkan kami terlebih dahulu...arwah selamat dikuburkan di tanah perkuburan islam Gurun,Kedah...mungkin itulah lumrah dunia..setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya satu hari nanti..kenangan terus tinggal kenangan sehingga meninggalkan parut yang sangat mendalam...
Bercerita mengenai arwah,sebenarnya arwah ni senior caer...kitorang rapat pon sebab berkongsi minat yang sama...muzik...kalau nak diikutkan banyak dah event yang arwah dah jayakan...last sekali tahun lepas arwah join battle of the band...suara power dan self confident yang memang padu...tahun lepas jugak arwah dah menjayakan satu lagi event "Music D'Armor"...ni sebenarnya anjuran jabatan muzik..tapi bakat dah ada pensyarah pon panggil arwah untuk nak meriahkan lagi event tu..sebenarnya ramai lagi yang berbakat tapi arwah satu dalam seribu..arwah ada bakat,ada rupa,ada suara dan paling penting ada inisiatif nak majukan diri sendiri...tapi esok event "Not Music D'Armor" akan berlangsung..ni merupakan kesinambungan event yang lepas..
Walau sehebat mana kita,walau setinggi mana kita berdiri,kita masih lagi hambaNya...Alhamdulillah kurniaan Tuhan digunakan sebaiknya..dengar2 cerita dari kawan terdekat,arwah rajin melaungkan azan bila pulang ke kampung halaman..supaya ibadah yang dilakukan bakal menjadi peneman arwah semasa di sana...amin
Bila teringat akan kematian caer mesti teringat arwah ayah...moga2 roh mereka sentiasa dalam peliharaanNya...mungkin Allah lebih sayangkan mereka...
3 comments:
This comment has been removed by the author.
Al-Fatihah :)
al fatihah
Post a Comment