Assalamualaikum...memandangkan hari ni merupakan ibu segala hari, jadi rasanya eloklah kiranya kalau kita dapat menambah sedikit ilmu sebagai panduan dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim dan umat Nabi Muhamad saw...Nabi Muhamad saw merupakan rasul utusan Allah yang terakhir bagi memimpin umat Islam...berbekalkan mukjizat Al Quran dan as sunnah, Nabi Muhamad saw menyampaikan dakwah kepada semua penganut agama Islam...jadi hari ni caer bercadang nak berkongsi salah satu sunnah Nabi Muhamad saw dalam perapian diri...dalam Islam dituntut untuk kita memotong kuku kerana menyimpan kuku adalah perbuatan yang tidak manis dipandang dan memberi impak buruk pada diri...jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut klik sini
Terlalu banyak info berguna ada terkandung dalam link yang caer sertakan..caer rasa tertarik untuk berkongsi hari2 memotong kuku dan khasiat dalam hari tersebut :
Hari Sabtu : nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakitHari Ahad : nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kepadanya kemiskinanHari Isnin : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sihatHari Selasa : nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk kepadanya penyakitHari Rabu : nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaanHari Khamis : nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakitHari Jumaat : nescaya keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah SWT
Diceritakan, kuku yang dipotong sunat ditanam di dalam tanah sebagai tanda menghormatinya kerana ia adalah sebahagian daripada anggota badan manusia seperti yang dilakukan oleh Umar ra...wallahualam...

