My Day , Teachers Day !!

Assalamualaikum...alhamdulillah masuk hari ni genap 2 tahun caer berada di bumi Pulau Mutiara Penang...pejam celik pejam celik caer dah pun berada kat level 1st sem degree....soon akan lebih mencabar lagi once dah masuk praktikum...ahaha...kita switch pada tajuk utama balik...seperti yang korang semua tahu, hari ni merupakan hari paling bermakna khususnya buat para pendidik...ini bermakna hari ni segala penat lelah para pendidik will be paid off...so pada insan2 yang bergelar pendidik caer ucapkan selamat hari guru !!

Memandangkan caer pun sekarang further study kat maktab so ada la bau2 bacang dengan profesion cikgu ni....selalunya bila time birthday je baru kawan2, family dan saudara mara wish...tapi sekarang ni dah ada 2 special date dalam setahun...haha...

Since kelmarin dah dapat mesej kat phone dan wall facebook...haha...rasa macam dah lama berbakti pulak...frankly rasa terharu sebab belum jadi cikgu lagi orang sekeliling dah appreciate...sebenarnya insan pendidik paling bermakna dalam hidup caer ialah lelaki dalam lensa kubisme kat bawah ni...

To my beloved sir,

Thanks for all the good deeds that you've been done...gratitude with you...always remember the memorable days in school and the day last in school...thank you because always take a good care for me...HAPPY TEACHER'S DAY !!




Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
Puisi ni dedicated kat semua yang bergelar guru...jasamu dikenang sampai bila2

 
copyright reserved by caersasuke