Assalamualaikum...seiring teknologi yang semakin membangun , negara matahari terbit ( Jepun ) ni giat mengusahakan pelbagai macam cara bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam setiap hasil pengeluaran mereka...justeru Syarikat Yasukawa telah mengambil inisiatif mencipta robot yang diberi nama Robot Yaskawa-kun....menariknya robot ni dicipta bagi menghasilkan aiskrim sekaligus menarik minat komuniti tempatan terutama golongan sasaran kanak2 untuk membeli aiskrim...

Robot ni beroperasi di kawasan luar bandar Tokyo...dek kerana fizikal luaran robot ni sentiasa tersenyum girang jadi budak2 makin excited nak membeli aiskrim...kih3...frankly , caer pon rasa excited jugak nak beli kalau jadi budak2 tu... Video ni menunjukkan macam mana robot ni bekerja...sangat rajin mencari rezeki demi sesuap nasi...kih3

Nyum3...tengok je dah boleh meleleh air liur...petang ni caer nak makan aiskrim la...korang nak tak ? kih3
P/s : caer rasa kagum dengan teknologi zaman sekarang...dek kerana inovasi , kreativiti dan pemikiran yang long sighted maka terwujudlah semua ciptaan ni...hebat kan ? kagum2


