Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi salah satu sabda Nabi Muhamad saw yang telah ditashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim...
"Keredhaan Allah adalah di bawah keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua ibu bapa"
Dari sabda ni terus terang lagi Nabi dah berpesan supaya kita seharusnya menghormati ibu dan bapa kerana keberkatan hidup apatah lagi keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah kita...jadi sebaiknya sebagai insan yang bergelar anak seharusnya kita menyanjung tinggi pengorbanan ibu dan ayah...bukan wang ringgit yang diharapkan sebagai pulangan..hanya secebis kasih dan kiriman doa yang tidak putus2 dari anak yang soleh dan solehah...jadi mari kita sama2 pasang wallpaper ni kat dekstop masing2 untuk kita sentiasa memperingati jasa ibu dan ayah yang tidak ternilai harganya
P/s : tak sabar rasanya nak balik kampung jenguk family especially emak...love you mom =)