Showing posts with label teladan. Show all posts
Showing posts with label teladan. Show all posts

Cerita Teladan : Si Putih dan Si Burung Gagak

Si putih merupakan kucing yang comel. Bulunya berwarna putih dan gebu.

Oleh sebab kecantikannya, dia suka meninggi diri di hadapan teman-temannya.

Setiap petang putih akan bermain di taman.

Dia suka mengejar rama-rama yang cantik.

Si putih gigih mengejar rama-rama itu sehingga sampai di penghujung taman yang berada jauh dengan rumah tuannya. Di sana, putih ternampak ada seekor burung gagak. Burung itu sedang hinggap di dahan pokok. “Nama kamu siapa kucing comel?”,tanya burung gagak itu. “Aku si Putih”,jawab Putih.

“Kamu sudi berkawan denganku?”,tanya gagak lagi. “Ah,aku tak perlu kawan yang hodoh dan hitam seperti kamu”,balas Putih dengan nada yang sombong. Si burung gagak berasa sangat sedih

Lantas si burung gagak kembali terbang di udara.

Si putih ketawa besar. Dia merasakan

dirinya paling cantik kerana mempunyai bulu yang gebu dan cantik.

Pada suatu petang,Putih tidak dapat keluar bermain di taman kerana hujan. Tuannya melarang Si Putih agar tidak keluar sewaktu hujan agar bulunya tidak kotor. Walaubagaimanapun, dia tetap ingin keluar bermain.

Si Putih berlari keriangan kerana bulunya dibasahi air hujan. Air lopak mula mengotori bulunya yang putih

Setelah hujan reda, Si Putih pulang ke rumah dalam keadaan badannya

yang kotor dan berbau. Tuannya sedang menunggu Putih di hadapan pintu rumah.

Putih telah dimarahi tuannya kerana melanggar janji. Putih hanya mampu tertunduk

Tuannya telah menghalau Putih. Putih berasa sangat sedih.

Tuannya sudah tidak mahu menjaganya lagi.

Si Putih berjalan semula ke taman. Dia hanya mampu menangis.

Tiba-tiba muncul si burung gagak.

“Hai Putih kenapa bulu kamu kotor”,tanya si burung gagak. “Aku bermain hujan

sebentar tadi dan buluku sudah kotor”,jawab Putih sambil menangis teresak-esak.

Putih telah menceritakan segalanya kepada gagak.

Si gagak berasa kasihan melihat Si Putih.

Si gagak telah membantu Putih membersihkan bulunya.

Akhirnya, Si Putih dan Si gagak berkawan rapat.

Si Putih berterima kasih pada Si Gagak.

Dia sedar sifat sombong dan meninggi diri hanya membawa kerugian.

P/s : kronologi cerita dan watak merupakan hak cipta caer sendiri..sebarang copy tidak dibenarkan melainkan sudah mendapat keizinan caer...selamat membaca cerita teladan kanak2 ni...


 
copyright reserved by caersasuke