Showing posts with label sains. Show all posts
Showing posts with label sains. Show all posts

Sains dan Penciptaannya

Assalamualaikum...pernah atau tidak sahabat2 semua berfikir apa kaitannya kepentingannya mempelajari Sains? ada segelintir berpendapat belajar sesuatu yang terlalu heavy menyebabkan kapasiti otak semakin mengecut...hehe tergelak caer dengar...bagi caer Sains tu berkisar tentang kehidupan dan membawa kita agar lebih mengenali siapa pencipta kita....mari sama2 kita open buku Biology dan selami kejadianNya


Manusia memerlukan udara untuk mengekalkan keseimbangan dalam badan...menghirup dan menghembus adalah perlakuan biasa dalam proses circulatory system....cuba dipekupkan atau ditutup hidung dan mulut anda secara serentak....lakukan dalam masa yang agak lama...confirm2 mulut mula berbuih lepas tu....apa perasaan anda jika Allah menarik nikmat pada hari ini dan tiadanya udara bersih di sekeliling anda?


Seperti mana yang kita tahu komposisi air adalah yang terbesar dalam tubuh badan manusia...erythrocytes atau red blood cell ialah komposisi cecair majoriti dalam badan manusia yang membawa oksigen ke dalam tisu badan...kelancaran metabolisme badan juga dipengaruhi oleh pengambilan kuantiti air....jadi cuba bayangkan jika Allah tidak menurunkan nikmat air? dan bayangkan juga jika tiada lagi terusan air dalam dunia ni...bukan setakat manusia, makhluk2 lain akan turut mati dek keperluan harian sudah lagi tidak mengalir membasahi bumi...


pernah tak sahabat2 menonton tayangan iklan sel2 otak sudah bergabung? iklan wardina dan seorang kanak2 yang mampu berfikir kritis selepas meneguk susu Dumex? hehe...mengikut pemahaman caer, Allah mengurniakan kita akal dan kita sendiri tahu akan fakta tu...secara saintifiknya, sel neuron akan bergabung semasa kita berfikir...bayangkan jika manusia yang sempurna kejadiannya ditarik nikmat akal dan tidak boleh berfikir...mesti dunia jadi kacau bilau sebab manusia hilang kewarasan dalam berfikir


Pecahan tulang terbahagi kepada 5 cabang iaitu cervical,thoracic, lumbar,sacrum,coccyx....Allah menjadikan tulang belakang kita hanya satu sahaja...tapi bila dikaji setiap bahagian tulang belakang mempunyai fungsi tersendiri...itulah asbabnya kita mampu berdiri,berlari dan melakukan sebarang aktiviti fizikal...cuba bayangkan nikmat ini ditarik apakah kita mampu duduk menghadap laptop sekarang untuk online blog?sekadar contoh sahaja...hehe

P/s : sebenarnya banyak lagi keagungan Allah dalam penciptaannya...itu sebab kita digalakkan menimba ilmu tak kira apa jenis tanpa mengehadkan sesuatu subjek pon...sedangkan lalat juga mempunyai fungsi pada kita walaupun dianggap serangga pembawa penyakit...persoalannya mana mungkin kita boleh mengenalpasti di mana kedudukan bangkai jika tidak dihurung lalat sebelumnya...fikir2 dan selamat berfikir...hehe

 
copyright reserved by caersasuke