Showing posts with label oversea. Show all posts
Showing posts with label oversea. Show all posts

Info : Reka Bentuk Jambatan Tercantik Di Dunia

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi info mengenai aset yang menjadi salah satu perlambangan buat sesebuah negara yang mementingkan estetika dalam pembinaan infrastruktur....kebanyakan negara sangat mementingkan reka bentuk yang unik termasuklah kepada fasiliti penghubung jalan laluan kenderaan mereka...

Kintaikyo Bridge ( Iwakuni City , Japan )

Humber Bridge ( Kingston upon Hull , England )

Golden Gate Bridge ( San Francisco , California , USA )

Jambatan hari ni bukan sahaja melambangkan kemajuan dari aspek reka bentuk tetapi kemajuan dalam teknologi moden...jadi para arkitek dan jurutera telah menggabungkan elemen reka bentuk serta teknologi untuk mewujudkan jambatan yang lebih gah , hebat dan sedap mata memandang....

Gateshead Milennium Bridge ( Gateshead to Newcastle , UK )

Forth Railway Bridge ( Fife , Scotland )

Coronado Bridge ( San Diego , California , USA )

Brooklyn Bridge ( Brooklyn , New York , USA )

Bixby Creek Bridge ( Big Sur , California , USA )

Frankly , caer sangat sukakan keunikan reka bentuk jambatan yang dihiasi keindahan pantulan cahaya dari panorama laut....rasanya boleh memberi ketenangan dan inspirasi untuk berkarya...haha

P/s : pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang info jambatan kesukaan korang boleh search kat google...banyak info menarik bagi setiap jambatan2 ni...so bolehlah tambah general knowledge dan boleh dijadikan bahan rujukan kepada sapa2 yang belajar bidang architecture ni...

Aurora : Keajaiban Dunia

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi fenomena alam yang sangat memukau...frankly caer rasa fenomena ini sangat menarik untuk ditonton...silap2 kalau berduit lebih boleh kumpul untuk buat album...caer berani jamin freelancer photographer kat luar sana mesti mengidam nak snap fenomena aurora ni...so jom semua kita baca selanjutnya...



Northern Light (aurora) ni kebiasaannya terjadi pada waktu malam terutamanya kat kawasan kutub...secara saintifik fenomena ini dipanggil sebagai aurora polaris ataupun aurora borealis...Aurora borealis juga dipanggil sebagai cahaya utara dan selalunya terjadi antara bulan September dan Oktober serta Mac dan April....




Selalunya aurora ni tidak dapat dilihat dengan mata kasar...kalau lihat dari jauh aurora ni berwarna kehijauan dan kadang2 berwarna merah samar...so wujudnya andaian mengatakan seolah-olah matahari terbit pada arah yang berbeza dari kebiasaannya...apa2 pun semua ni merupakan kuasa Allah yang lebih mengetahui apa yang tersirat di langit dan di bumi....


P/s : bagi korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena aurora ni boleh klik sini >> AURORA

Fenomena Alam Yang Memukau : Pantai Cappucino

Assalamualaikum...lazimnya , fenomena alam sering menjadi kerisauan buat komuniti setempat...tetapi berlainan pula di Cape Town...fenomena alam ini bukan sahaja memukau pandangan mata bahkan membuatkan kita bertambah haus nak minum cappucino...kih3...kalau tak percaya jom check it out gambar2 kat bawah ni...






Menarik bukan ? kawasan ini disebut sebagai pantai Cappucino...ianya tidak kerap berlaku dan hanya pada masa2 tertentu sahaja akan terhasil dek kerana badai yang kuat ke pantai...


Fenomena ini berlaku ketika air garam bertindak balas dengan dekomposisi hidupan bawah air dan semuanya bergabung bersama2 oleh arus yang kuat sehingga menyebabkan air membentuk gelembung...pantai Cappucino ini terletak di Cape Town , Afrika Selatan

P/s : sesungguhnya setiap kejadianNya pasti ada sahaja sebab musababnya...jadi kita sebagai khalifah di muka bumi ni perlulah menghayati setiap penciptaanNya dengan penuh rasa syukur...serius cakap pantai ni memang cantik...=)

Lubang Terbesar Di Dunia !!

Assalamualaikum...klisenya banyak bencana alam dah berlaku dan kebanyakannya telah meragut ribuan bahkan jutaan nyawa...impaknya negara terlibat telah menjadi tumpuan dunia dan segelintir negara menyalurkan bantuan drastik...begitulah juga situasi yang berlaku apabila sesuatu negara tu mempunyai hasil bumi yang pelik lagi aneh...so , hari ni caer nak berkongsi berkenaan perkara2 pelik dan ganjil dalam dunia ni...pernah tak korang membayangkan lubang yang besar berada tepat pada titik fokal anda ? kalau belum jom tengok sama2...

Lubang di Mirny Diamond Mine , Siberia...dipercayai ia merupakan lombong diamond paling besar di dunia iaitu 525 meter kedalamannya dan diameternya ialah 1200 meter..

( Sumber tidak diketahui )

Glory Hole - Monticello Dam ( California ) digunakan apabila empang dipenuhi kapasiti air yang banyak dan sangat berguna untuk menyalurkan lebihan air ke longkang...hebatnya lubang ni sebab ia mampu menyerap 14'400 air setiap saat..

Kimberley Big Hole - South Africa yang kedalamannya 1097 meter...sangat dalam tu hand-dug excavation ni...dahsyat2

Diavik Mine terletak pada 300km utara dari kawasan Yellowknife , Kanada..kawasan ini sangat sejuk ketika air laut di sekitarnya mula membeku

Sinkhole ni terdapat di Guatamela dan dipercayai ia terhasil gara2 air hujan dan air kumbahan mulai mendak pada permukaan bawah tanah dalam skala yang sangat besar...jadi dalam jangka masa yang panjang berlakunya tanah runtuh sehingga menelan beberapa buah rumah dan dipercayai lebih kurang 3 orang penduduk tempatan terbunuh...

Great Blue Hole terletak 60 batu dari daratan Belize dan telah mencetuskan fenomena geografi yang sangat indah...lubang biru seperti ni ada banyak di seluruh dunia tetapi ianya antara yang paling cantik..

Bingham Canyon Mine ni terletak di Utah...saiz lubang ni terus menerus bertambah 3/4 batu dalam dan 2.5 batu lebar...

Jadi apa pendapat korang ? cool kan..hehe

P/s : maaf caer tak dapat cari sumber lubang2 ni semua ada di kawasan mana...dah puas belek wikipedia dan macam2 keyword guna kat search engine google...tapi tak jumpa..kih3..credit kepada saudara AYIE sebab dah inform kat caer tentang info pasal lubang ni..good job dan trimas ye !!

Robot Penjual Aiskrim !!

Assalamualaikum...seiring teknologi yang semakin membangun , negara matahari terbit ( Jepun ) ni giat mengusahakan pelbagai macam cara bagi meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam setiap hasil pengeluaran mereka...justeru Syarikat Yasukawa telah mengambil inisiatif mencipta robot yang diberi nama Robot Yaskawa-kun....menariknya robot ni dicipta bagi menghasilkan aiskrim sekaligus menarik minat komuniti tempatan terutama golongan sasaran kanak2 untuk membeli aiskrim...


Robot ni beroperasi di kawasan luar bandar Tokyo...dek kerana fizikal luaran robot ni sentiasa tersenyum girang jadi budak2 makin excited nak membeli aiskrim...kih3...frankly , caer pon rasa excited jugak nak beli kalau jadi budak2 tu...


Video ni menunjukkan macam mana robot ni bekerja...sangat rajin mencari rezeki demi sesuap nasi...kih3

Nyum3...tengok je dah boleh meleleh air liur...petang ni caer nak makan aiskrim la...korang nak tak ? kih3
P/s : caer rasa kagum dengan teknologi zaman sekarang...dek kerana inovasi , kreativiti dan pemikiran yang long sighted maka terwujudlah semua ciptaan ni...hebat kan ? kagum2

Pixie Bike : Kecil Tapi Menarik !!


Assalamualaikum...lately banyak sukan yang telah dipertengahkan dan menariknya majoriti golongan belia selalunya menceburi sukan2 pelik ni...salah satu sukan yang pelik ni ialah pixie bike...sebagai info , pixie bike merupakan aktiviti berbasikal yang completely berbeza dan sangat pelik...kalau berani cubalah...kih3


Disebabkan saiz pixie bike yang kecil berbanding penunggangnya , kaedah kayuhan dan tunggangan lebih mencabar...so secara tidak langsung ia menguji daya ketahanan kaki dan tulang belakang...tangan pon boleh pedih...jadi make sure pakai glove sebelum mengayuh...

Sesi berlumba merupakan major aktiviti dalam sukan pixie bike ni...

Cuba kayuh basikal atas titian macam time nak ambik lesen motor...kih3

Salah balance maka menyembah bumilah jawabnya... !!

Mengayuhlah seperti kanak2 riang dan have fun !!

INFO : Sebenarnya pixie bike popular di Kanada dan sudah menjadi salah satu aktiviti berbasikal paling popular...atas alasan tu , ia telah dijadikan acara sukan tahunan...tapi di Malaysia penerimaan sukan ni belum lagi diperkenalkan...so ada siapa2 nak jadi pioneer dipersilakan...kih3

P/s : entri ni caer lebih banyak menggunakan visual gambar kerana tangan masih sakit gara2 accident...alhamdulillah kaki caer sudah bertambah baik...diharap supaya teman2 semua mendoakan kesembuhan buat caer...trimas ye !!

Jepun Menewaskan China ?

Assalamualaikum...hari ni caer ingin berkongsi dengan sahabat2 semua mengenai pertandingan yang melibatkan antara Jepun dan China...dua2 ni merupakan negara gergasi yang masing2 menguasai teknologi seiring dengan peredaran masa...dijadikan cerita dua buah negara ni telah mengadakan pertandingan ujian larut kertas tandas...hehe......objektifnya dorang nak pastikan kertas tandas mana paling cambest...kih3





Kertas tandas dari Jepun telah membuktikan ianya lebih baik kerana mudah larut dengan cepat di dalam air...pertubuhan standard Jepun telah menetapkan bahawa ia harus larut dalam masa lebih kurang 100 saat jika dibuang ke dalam mangkuk tandas....dalam eksperimen yang dibuat dengan produk Jepun vs China , kertas tandas buatan China tidak terlerai seperti kertas tandas buatan Jepun...hal ini membuktikan ianya lebih dijamin tidak akan berlakunya tangki tandas sumbat di rumah..hehe

P/s : caer sengaja tak habiskan tajuk entri ni...kih3...sebenarnya tajuk entri kali ni "Jepun Menewaskan China Dalam Ujian Larut Kertas Tandas"...tapi macam panjang sangat la pulak...hehe...a'ah caer tertanya2 ada tak sukarelawan untuk membuat eksperimen dengan kertas tandas tempatan ? hehe...teringin jugak nak tengok macam mana hasilnya...ada berani ?

Bebaskan Bumi Gaza Ya Allah !!!

Assalamualaikum...petang ni caer nak membangkitkan isu kemanusiaan yang sudah semakin parah....apakah dengan keganasan dan peperangan merupakan solusi terbaik bagi kita sebagai khalifah di muka bumi ni bagi menyelesaikan masalah ? jawapannya tidak sama sekali....isu peperangan di Gaza dan penyeksaan terhadap rakyat2 Palestin telah menimbulkan amarah hampir jutaan penduduk dunia yang rata2 menentang dan membantah perbuatan zionis Israel yang merosakkan majoriti besar kota Gaza....caer juga menentang sebulat suara dan berharap golongan laknatullah ni akan mendapat balasan yang setimpal....

Tataplah anak kecil ni yang terpaksa mengharungi rakusan syaitan yang bertopengkan manusia....:lamagawa:

Apakah dosa mereka hingga diperlakukan macam ni ? :lamagawa:


Semalam kampus caer didatangi oleh aktivis yang sama2 turun sewaktu menaiki kapal mavi marmara....pendedahan satu persatu yang disampaikan dengan penuh semangat oleh saudara Mustapa Mansor telah membuka mata caer agar lebih peka pada isu kemanusiaan ni....

Kapal Mavi Marmara yang membawa segala bentuk penghantaran sumber makanan dan perubatan bagi penduduk Gaza

>> Klik banner untuk ke blog saudara Mustapa Mansor


Sukar untuk kita berhentikan sesuatu yang dah bermula...sukar juga kalau nak berakhir jika tidak ada noktah penghujungnya...fikirkan sejenak dan fahamilah penderitaan mereka di sana...



Mungkin kita tidak dapat membantu dari segi kewangan...mungkin juga kita tidak mampu mengerah tenaga bersama berjuang membela mereka...tapi ingatlah bahawa kita boleh menyumbangkan sesuatu yang lebih bermakna daripada tu....sesungguhnya doa adalah senjata bagi orang mukmin...mudah-mudahan kita bakal mendapat syafaat dari apa yang kita perlakukan di akhirat kelak....

 
copyright reserved by caersasuke