Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Kehebatan Photo Manipulation

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi mengenai salah satu medium dalam arena editing gambar...caer pasti ramai kat luar sana yang dah klise dengan software2 editing ni terutamanya software photoshop...bagi caer banyak benda yang kita boleh buat once dah mahir dalam bidang editing gambar ni...antaranya ialah photo manipulation...jom baca selanjutnya...

Percikan susu yang menampakkan figura manusia dan haiwan

Figura wanita pegang susu yang jadi dust / pecah2

Abu rokok yang membentuk bangunan

Photo manipulation ni terhasil apabila elemen rekabentuk grafik berkolaborasi dengan fotografi...gabungan elemen yang pelbagai diterapkan bagi menghasilkan karya imej yang unik...frankly , kemahiran dan kekreatifan sangat penting sebabnya bukan senang untuk menghasilkan gambar2 yang nampak rare...kalau diikutkan kebanyakan photo manipulation ni mempamerkan imej fantasi...so kena berfikiran terbuka sikit apabila mengumpul idea2 untuk tonjolkan imej yang seakan-akan wujud

Geng grafiti cap kaki lima..hehe

Jalan raya yang dah tersimpul

Bertapa atas buku not muzik

Payung awek terbang melayang

Figura manusia replace dengan elemen air

Figura manusia dengan kuda stylo

Sememangnya photo manipulation merupakan sumber inspirasi buat designer bagi meluahkan kreativiti dorang melalui pelbagai aspek reka bentuk...daripada imej asal bertukar kepada ilustrasi telah menjelaskan betapa kreatifnya designer dalam menghasilkan kelainan pada karya mereka...


P/s : lately caer rajin jugak explore tapi rasanya tak sampai tahap lagi...sekarang seronok buat doodle guna adobe illustrator...haha

Aurora : Keajaiban Dunia

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi fenomena alam yang sangat memukau...frankly caer rasa fenomena ini sangat menarik untuk ditonton...silap2 kalau berduit lebih boleh kumpul untuk buat album...caer berani jamin freelancer photographer kat luar sana mesti mengidam nak snap fenomena aurora ni...so jom semua kita baca selanjutnya...



Northern Light (aurora) ni kebiasaannya terjadi pada waktu malam terutamanya kat kawasan kutub...secara saintifik fenomena ini dipanggil sebagai aurora polaris ataupun aurora borealis...Aurora borealis juga dipanggil sebagai cahaya utara dan selalunya terjadi antara bulan September dan Oktober serta Mac dan April....




Selalunya aurora ni tidak dapat dilihat dengan mata kasar...kalau lihat dari jauh aurora ni berwarna kehijauan dan kadang2 berwarna merah samar...so wujudnya andaian mengatakan seolah-olah matahari terbit pada arah yang berbeza dari kebiasaannya...apa2 pun semua ni merupakan kuasa Allah yang lebih mengetahui apa yang tersirat di langit dan di bumi....


P/s : bagi korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena aurora ni boleh klik sini >> AURORA

Tutorial : Melajukan Open Page Facebook


Assalamualaikum...hari ni nak berkongsi 1 tutorial bagi melajukan sistem processing untuk open page laman web sosial facebook...specialnya sebab korang masih boleh aktif ber"facebooking" though wireless connection agak slow...tapi sebelum tu make sure korang menggunakan browser google chrome sebelum follow step di bawah...

1) klik link >> facebook software


2) Web page akan keluar...klik button install untuk deactivated semua adds yang wujud kat wall facebook anda


3) So resultnya bakal jadi macam ni...sebenarnya page loading terlalu lama sebab adds ni sangat berat...so kalau connection slow memang lambat nak tunggu open page...finished !!


In case nak kembalikan page facebook macam sebelum install just klik new tab (ctrl + T)


1) Bila dah open just klik pada ikon spanar >> tools >> extensions

2) So anytime bila rasa dah rindu sangat nak tengok wall facebook macam sebelumnya korang bolehlah klik button uninstall tu...

Tutorial : Download Application Percuma di Android Market

Assalamualaikum...hari ni caer nak bercerita tentang android yang sudah mula mendapat kepercayaan user yang cintakan teknologi terkini....apa yang caer boleh cakap android memang friendly user dan sangat mudah nak download...dalam beberapa minit je macam2 application kita boleh download...ianya satu kepuasan bagi penggemar social network, kaki gamers, kaki baca manga untuk attach dengan gadget dorang sebabnya application ini menawarkan beribu2 application yang sememangnya cambest


Check out info mengenai Android 1 dan Android 2


1) Kalau anda menggunakan pc make sure korang dah buat connection dengan handphone atau ipad yang menggunakan application yang sama (android)....maksudnya kalau nak sign in gunakan id dan password yang sama...in case dah sign up sebelum ni korang just sign in macam biasa....



Antara application yang ditawarkan untuk user android...serius banyak


Specialnya browser ini menawarkan link dengan hasil search keyword yang sama....kalau select angry bird mesti ada je list game angry bird versi yang lain...so kita boleh decide nak download yang mana...sangat mudah kan !!


Selamat Mencuba !!

Info : Racing Mesin Pemotong Rumput

Assalamualaikum...dahulunya mesin rumput hanya digunakan untuk tujuan memotong rumput di atas padang je...tapi berlainan pula di United Kingdom , mereka menjadikan mesin tu sebagai kenderaan dalam pertandingan racing...agak2 korang ini boleh dikategorikan sebagai motorsport ke ? tepuk dahi fikir sendiri...hehe...jom roll action untuk menyaksikan racing cambest ni....




Racing ini ditemui pada tahun 1973 di Wisborough Green di West Sussex , United Kingdom...anak2 muda masa tu yang jadi pioneer bagi racing ni dan sanggup mengeluarkan duit yang banyak semata2 nak terlibat dalam setiap jenis motorsport...



So , kepada yang jenis jiwa kelajuan dan minat aktiviti macam ni korang boleh main jugak race macam ni...tapi make sure ada pengawalan dan bimbingan daripada orang-orang yang pakar supaya korang tak terhumban masuk ke gaung nanti..hehe

P/s : sekarang caer sangat sibuk untuk menyiapkan assignment dan persediaan untuk pergi camping BIG ( bina insan guru )...so jadual caer agak padat minggu ni sampai minggu depan...pada yang ada ziarah blog caer sebelum dan bakal singgah , caer dahulukan maaf sebab tak dapat balas kunjungan korang semua...apa2 pon trimas ye =)

Fenomena Alam Yang Memukau : Pantai Cappucino

Assalamualaikum...lazimnya , fenomena alam sering menjadi kerisauan buat komuniti setempat...tetapi berlainan pula di Cape Town...fenomena alam ini bukan sahaja memukau pandangan mata bahkan membuatkan kita bertambah haus nak minum cappucino...kih3...kalau tak percaya jom check it out gambar2 kat bawah ni...






Menarik bukan ? kawasan ini disebut sebagai pantai Cappucino...ianya tidak kerap berlaku dan hanya pada masa2 tertentu sahaja akan terhasil dek kerana badai yang kuat ke pantai...


Fenomena ini berlaku ketika air garam bertindak balas dengan dekomposisi hidupan bawah air dan semuanya bergabung bersama2 oleh arus yang kuat sehingga menyebabkan air membentuk gelembung...pantai Cappucino ini terletak di Cape Town , Afrika Selatan

P/s : sesungguhnya setiap kejadianNya pasti ada sahaja sebab musababnya...jadi kita sebagai khalifah di muka bumi ni perlulah menghayati setiap penciptaanNya dengan penuh rasa syukur...serius cakap pantai ni memang cantik...=)

10 Gua Tercantik Dalam Dunia

Assalamualaikum...hari ni caer nak review tentang 10 gua2 tercantik di dalam dunia...pemandangan dalam gua ni bakal memukau pandangan sesiapa saja yang menyaksikan panorama alam yang sungguh mempesonakan ni..hehe..check it out !!

Gua Onondaga terletak di Leasburg , Messouri...gua ni merupakan state park yang ditubuhkan pada tahun 1982..menariknya taman ni menawarkan pelbagai aktiviti termasuk pelancongan gua , perkhemahan , memancing , hiking , perkelahan dan berenang

Gua Fingal merupakan gua laut yang terletak di kepulauan Staffa , Scotland...gua ni terbentuk seluruhnya dari medan hexagon basal yang bercantum...ini merupakan sebahagian dari aliran lava seperti di Giant Causeway di Ireland Utara...gua ni menghasilkan gema gelombang bunyi yang menakutkan sehingga diberi jolokan "uamh-binn (gua melodi)

Gua Underwater ni terletak di Fiji...menariknya gua ni mengandungi pelbagai ciri2 fizikal unik seperti stalaktit dan stalagmit dan mengandungi pelbagai flora dan fauna yang tidak pernah ditemui di tempat lain..walaupun berisiko kalau nak menyelam dan menyusur masuk dalam gua ni , penyelam skuba dan speleogist tetap berminat untuk mengkaji gua yang unik ni..cantik kan ?

Gua Kristal ni adalah antara yang paling terkenal dari gua Bermuda bawah tanah...gua ni terletak di Hamilton Parish , berhampiran dengan Castle Harbor...spesifiknya , gua ni terletak di Ave Wilkinson..gua ni terhasil daripada batu kapur dan mempunyai banyak saliran air bawah tanah sehingga membentuk kolam jernih yang sangat dalam..

Gua Lechuguilla merupakan gua kelima terpanjang (1261 batu , 203km) dalam dunia dan terdalam di Amerika Syarikat (1604 kaki , 489m)...gua ni terletak di Taman Nasional Carlsbad Caverns , Mexico..akses untuk masuk hanya dibenarkan bagi pengkaji saintifik yang diluluskan , penyelidik dan pasukan eksplorasi serta pengurus perkhidmatan Taman Nasional sahaja...

Gua Ice ni mengandungi sejumlah besar ais sepanjang tahun yang meliputi permukaan dinding gua...minimumnya sebahagian dari gua mesti mempunyai suhu di bawah 0° C (32 ° F) sepanjang tahun dan air mesti melalui zon sejuk gua...

Gua The Reed Flute adalah mercu tanda dan tarikan pengunjung di Guilin , Guangxi , China selama lebih dari 1200 tahun...gua ni merupakan gua batu kapur semulajadi dengan pencahayaan warna warni...nama gua ni diberi sempena nama buluh yang boleh dibuat menjadi seruling merdu...gua ni mengandungi sejumlah besar stalaktit , stalagmit dan bentuk batuan yang unik...istimewanya , dalam gua ni terkandung 70 inskripsi yang ditulis dengan dakwat di zaman Dinasti Tang...

Gua Skocjan Regional Park terletak di Karst Skocjan...pemandangan datar luas yang berada pada ketinggian antara 420-450m di bahagian tenggara daerah Karst...selepas mencapai kemerdekaan , Slovenia telah menjadikannya salah satu tempat kuasa pengelola iaitu badan layanan umum...

Gua Eisrisenwelt merupakan gua ais batu kapur semulajadi yang terletak di Werfen , Austria , sekitar 40km selatan Salzburg..gua ni terbentuk di dalam gunung Hochkogel di bahagian pergunungan Alp..ianya merupakan gua ais paling besar dalam dunia kerana jarak yang lebih 42km dan dikunjungi oleh sekitar 200 000 pelancong setiap tahun

Gua Giant Crystal adalah sebuah gua yang terletak di Mexico..ruangan utama gua ni mengandungi kristal selenite yang sangat besar pernah ditemui...gua ni kalau mengikut skala ialah berukuran 27m (89 ft) ketinggiannya dan 9 meter (30 kaki) lebarnya...gua ni sangat panas dengan suhu udara mencapai dan 58° C (136 ° F) kelembapan 90-99 %...gua ni masih belum diselidik kerana suhunya yang sangat ekstrem dan tahap kelembapan yang sangat tinggi...so orang2 yang masuk dalam gua ni hanya mampu bertahan kurang dari 10 minit sahaja jika tidak mempunyai sebarang alat perlindungan

P/s : sumber ni semuanya caer refer wikipedia kat search google engine..jadi kalau ada sebarang kesilapan pada fakta sila inform ye..insyaAllah caer akan betulkan..hehe...selamat membaca dan menambah ilmu...

 
copyright reserved by caersasuke