Home » » Pemakanan Seimbang

Pemakanan Seimbang

Assalamualaikum..memandangkan cuti2 Malaysia ni caer bakal berhibernasi terlalu lama di rumah, risau pulak lemak tepu di perut semakin membusung..hehe..so hari ni caer akan ceritakan secara ringkas pemakanan seimbang..kita selalu diuarkan bahawa pemakanan seimbang selalunya dikontekstualkan kepada pecahan komposisi pemakanan melalui piramid makanan..rasanya korang sendiri sedia maklum makanan berkhasiat datangnya daripada pengambilan kuantiti pemakanan yang ideal dan seimbang.
        Sumber gambar : ilanmie

Piramid makanan umumnya merangkumi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, serat dan garam galian..caer refer wikipedia untuk mengesahkan elemen2 yang terdapat dalam piramid makanan ni sebab dah lama sangat tinggalkan dunia sains ni..hehe
  • Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubi kayu dan kanji tulin koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin. Karbohidrat banyak terdapat dalam bijiran seperti beras, gandum
  • Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada haiwan. Sementara protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama
  • Lemak berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan dan membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan saluran arteri tersumbat dan menyebabkan penyakit jantung koronari
  • Vitamin membantu tubuh mengurai dan menggunakan unsur asas makanan, protein, karbohidrat dan lemak. Sesetengah vitamin turut terbabit dalam penghasilan sel darah, hormon, bahan genetik dan kimia dalam sistem saraf. 
  • Serat  membantu penghadaman dan mengelak sembelit. Sayuran dan buah segar (termasuk buah kering) dan bijiran merupakan sumber serat penting. Kuantiti dan kekerapan minum air penting bagi memudahkan proses serat untuk dihadam
(credit : wikipedia google)
Sumber gambar : asamgaram2puteri
Hasil carian google tadi caer jumpa jadual pemakan seimbang untuk korang yang mahu mengekalkan badan yang sihat dan dalam planning untuk berdiet..diet bukan bermakna anda perlu mengikat perut tanpa menjamah makanan tetapi mengawal kunatiti pengambilan dalam komposisi pemakanan..korang boleh meminta dietitian untuk prescribe apa jenis pemakanan ideal yang perlu diambil bagi mengekalkan kestabilan BMI anda..selamat berusaha dan selamat mengekalkan tubuh badan yang sihat

P/s : ramai yang gagal kerana tidak diselarikan dengan amalan bersenam..jika mahukan impak yang positif seharusnya amalan senaman seharian perlu dilakukan secara constant..jadi,mulai hari ini sama2 kita bersukan dan mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk kesejahteraan bersama

 
copyright reserved by caersasuke