Info : Racing Mesin Pemotong Rumput

Assalamualaikum...dahulunya mesin rumput hanya digunakan untuk tujuan memotong rumput di atas padang je...tapi berlainan pula di United Kingdom , mereka menjadikan mesin tu sebagai kenderaan dalam pertandingan racing...agak2 korang ini boleh dikategorikan sebagai motorsport ke ? tepuk dahi fikir sendiri...hehe...jom roll action untuk menyaksikan racing cambest ni....




Racing ini ditemui pada tahun 1973 di Wisborough Green di West Sussex , United Kingdom...anak2 muda masa tu yang jadi pioneer bagi racing ni dan sanggup mengeluarkan duit yang banyak semata2 nak terlibat dalam setiap jenis motorsport...



So , kepada yang jenis jiwa kelajuan dan minat aktiviti macam ni korang boleh main jugak race macam ni...tapi make sure ada pengawalan dan bimbingan daripada orang-orang yang pakar supaya korang tak terhumban masuk ke gaung nanti..hehe

P/s : sekarang caer sangat sibuk untuk menyiapkan assignment dan persediaan untuk pergi camping BIG ( bina insan guru )...so jadual caer agak padat minggu ni sampai minggu depan...pada yang ada ziarah blog caer sebelum dan bakal singgah , caer dahulukan maaf sebab tak dapat balas kunjungan korang semua...apa2 pon trimas ye =)

Fenomena Alam Yang Memukau : Pantai Cappucino

Assalamualaikum...lazimnya , fenomena alam sering menjadi kerisauan buat komuniti setempat...tetapi berlainan pula di Cape Town...fenomena alam ini bukan sahaja memukau pandangan mata bahkan membuatkan kita bertambah haus nak minum cappucino...kih3...kalau tak percaya jom check it out gambar2 kat bawah ni...






Menarik bukan ? kawasan ini disebut sebagai pantai Cappucino...ianya tidak kerap berlaku dan hanya pada masa2 tertentu sahaja akan terhasil dek kerana badai yang kuat ke pantai...


Fenomena ini berlaku ketika air garam bertindak balas dengan dekomposisi hidupan bawah air dan semuanya bergabung bersama2 oleh arus yang kuat sehingga menyebabkan air membentuk gelembung...pantai Cappucino ini terletak di Cape Town , Afrika Selatan

P/s : sesungguhnya setiap kejadianNya pasti ada sahaja sebab musababnya...jadi kita sebagai khalifah di muka bumi ni perlulah menghayati setiap penciptaanNya dengan penuh rasa syukur...serius cakap pantai ni memang cantik...=)

10 Gua Tercantik Dalam Dunia

Assalamualaikum...hari ni caer nak review tentang 10 gua2 tercantik di dalam dunia...pemandangan dalam gua ni bakal memukau pandangan sesiapa saja yang menyaksikan panorama alam yang sungguh mempesonakan ni..hehe..check it out !!

Gua Onondaga terletak di Leasburg , Messouri...gua ni merupakan state park yang ditubuhkan pada tahun 1982..menariknya taman ni menawarkan pelbagai aktiviti termasuk pelancongan gua , perkhemahan , memancing , hiking , perkelahan dan berenang

Gua Fingal merupakan gua laut yang terletak di kepulauan Staffa , Scotland...gua ni terbentuk seluruhnya dari medan hexagon basal yang bercantum...ini merupakan sebahagian dari aliran lava seperti di Giant Causeway di Ireland Utara...gua ni menghasilkan gema gelombang bunyi yang menakutkan sehingga diberi jolokan "uamh-binn (gua melodi)

Gua Underwater ni terletak di Fiji...menariknya gua ni mengandungi pelbagai ciri2 fizikal unik seperti stalaktit dan stalagmit dan mengandungi pelbagai flora dan fauna yang tidak pernah ditemui di tempat lain..walaupun berisiko kalau nak menyelam dan menyusur masuk dalam gua ni , penyelam skuba dan speleogist tetap berminat untuk mengkaji gua yang unik ni..cantik kan ?

Gua Kristal ni adalah antara yang paling terkenal dari gua Bermuda bawah tanah...gua ni terletak di Hamilton Parish , berhampiran dengan Castle Harbor...spesifiknya , gua ni terletak di Ave Wilkinson..gua ni terhasil daripada batu kapur dan mempunyai banyak saliran air bawah tanah sehingga membentuk kolam jernih yang sangat dalam..

Gua Lechuguilla merupakan gua kelima terpanjang (1261 batu , 203km) dalam dunia dan terdalam di Amerika Syarikat (1604 kaki , 489m)...gua ni terletak di Taman Nasional Carlsbad Caverns , Mexico..akses untuk masuk hanya dibenarkan bagi pengkaji saintifik yang diluluskan , penyelidik dan pasukan eksplorasi serta pengurus perkhidmatan Taman Nasional sahaja...

Gua Ice ni mengandungi sejumlah besar ais sepanjang tahun yang meliputi permukaan dinding gua...minimumnya sebahagian dari gua mesti mempunyai suhu di bawah 0° C (32 ° F) sepanjang tahun dan air mesti melalui zon sejuk gua...

Gua The Reed Flute adalah mercu tanda dan tarikan pengunjung di Guilin , Guangxi , China selama lebih dari 1200 tahun...gua ni merupakan gua batu kapur semulajadi dengan pencahayaan warna warni...nama gua ni diberi sempena nama buluh yang boleh dibuat menjadi seruling merdu...gua ni mengandungi sejumlah besar stalaktit , stalagmit dan bentuk batuan yang unik...istimewanya , dalam gua ni terkandung 70 inskripsi yang ditulis dengan dakwat di zaman Dinasti Tang...

Gua Skocjan Regional Park terletak di Karst Skocjan...pemandangan datar luas yang berada pada ketinggian antara 420-450m di bahagian tenggara daerah Karst...selepas mencapai kemerdekaan , Slovenia telah menjadikannya salah satu tempat kuasa pengelola iaitu badan layanan umum...

Gua Eisrisenwelt merupakan gua ais batu kapur semulajadi yang terletak di Werfen , Austria , sekitar 40km selatan Salzburg..gua ni terbentuk di dalam gunung Hochkogel di bahagian pergunungan Alp..ianya merupakan gua ais paling besar dalam dunia kerana jarak yang lebih 42km dan dikunjungi oleh sekitar 200 000 pelancong setiap tahun

Gua Giant Crystal adalah sebuah gua yang terletak di Mexico..ruangan utama gua ni mengandungi kristal selenite yang sangat besar pernah ditemui...gua ni kalau mengikut skala ialah berukuran 27m (89 ft) ketinggiannya dan 9 meter (30 kaki) lebarnya...gua ni sangat panas dengan suhu udara mencapai dan 58° C (136 ° F) kelembapan 90-99 %...gua ni masih belum diselidik kerana suhunya yang sangat ekstrem dan tahap kelembapan yang sangat tinggi...so orang2 yang masuk dalam gua ni hanya mampu bertahan kurang dari 10 minit sahaja jika tidak mempunyai sebarang alat perlindungan

P/s : sumber ni semuanya caer refer wikipedia kat search google engine..jadi kalau ada sebarang kesilapan pada fakta sila inform ye..insyaAllah caer akan betulkan..hehe...selamat membaca dan menambah ilmu...

Pengumuman : Tawaran Hebat Untuk Semua


Assalamualaikum...alhamdulillah pada hari jumaat yang mulia ni caer ada berita baik untuk semua...jika anda sedang seorang addicted gamers dan mencari2 external hard disc yang murah , caer ada penyelesaiannya...kepada yang berminat untuk mendapatkan gadget2 di bawah anda boleh menghubungi saudara ATIF di talian ni >> 019-4634462

Imagefruity.com Dekstop gaming ( Cooler Master) core i3 (3.2ghz) , Asus motherboard , 2 gb ddr 3 gaming ram , 500 gb hdd , 1 gb ddr5 graphic card , casing cooler master , 550w cooler master GX yang hanya berharga RM2000

Imagefruity.com Dekstop gaming ( Cooler Master ) core i5 (3.3ghz) , 2 gb ddr3 gaming ram , 1 terabyte hdd , casing dan power supply cooler master , 1 gb ddr5 graphic card , casing cooler master , 550w cooler master GX cuma berharga RM3050

Imagefruity.com External hard disc untuk western digital 500 gb 5400 rpm RM200 termasuk hantaran pos
Imagefruity.com External hard disc buffalo 500 gb sama ada 5400 rpm RM200 termasuk hantaran pos atau 7200 rpm RM260 termasuk hantaran pos ( mengikut stok yang ada )

Imagefruity.com Promosi internal hard disc western digital 3.5" , 1 terabyte untuk PC RM190 minimum 10 unit

P/s : sebarang pertanyaan boleh tinggalkan mesej pada ruangan komen..insyaAllah caer akan balas...lebih mudah lagi jika anda membuat panggilan terus ke talian saudara ATIF..=)

Percutian Ke Teluk Batik Bersama Family

Assalamualaikum...cuti raya cina lepas ( 4/2/2011 ) caer dengan family plan trip santai ke Teluk Batik , Perak...kalau diikutkan kawasan peranginan ni terletak 7km dari pelabuhan Jeti , Lumut...so lepas solat jumaat kitorang terus bergerak dari rumah...frankly trip ni rasa macam lama je gara2 traffic jam...rasanya dalam 2 jam jugak kitorang terperangkap kat tengah2 jalan...boleh migrain caer dibuatnya...

Ain waktu dalam kereta...excited nak mandi laut tapi tak tahu laut dalam mana...still dalam mood blur...kih3...

Penantian yang sangat berbaloi...kaki yang kebas stay lama sangat dalam kereta kembali pulih...darah pun start mengalir balik ke kaki menandakan caer dah tak sabar nak terjun laut...haha...

Sampai je terus salin baju dan terjun laut...selalunya kalau lepas mandi ni mood nak makan ni makin mencanak sikit...jadi kakak caer belanja kitorang semua makan aiskrim...pergh satu aiskrim kon RM1.50...kalau double kon RM2.00...lapar punya pasal beli je terus...tapi still tak kenyang pun...hehe

Waktu kitorang tengah layan makan aiskrim ada pulak beruk 2 ekor ni atas pokok...beruk2 ni suka ambil makanan orang...hari tu beruk ni sempat rembat aiskrim dengan pisang...haha...kesian pak cik yang beli pisang tu..hajat baru nak makan tapi dah kena kebas...kempunan pak cik tu nak makan pisang...

Lepas makan aiskrim emak pulak belanja burger...serius kenyang...mulut masin2 jadi pedas sikit...rasa macam pizza pun ada..haha...layan betul makan burger lepas mandi laut...
Last session kakak , emak dan ain snap gambar sekitar kawasan Teluk Batik...sesungguhnya percutian macam ni sememangnya baik sebab dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan...biasa la abang dengan kakak duduk berjauhan dan sekali sekala je boleh luangkan masa bersama2...caer pun sekarang hanya jumpa family bila ada cuti je...overall percutian ni memang best dan sangat berbaloi pergi bercuti kat sini...



P/s : caer minta maaf sebab lately jarang update blog...kalau ada masa terluang insyaAllah caer akan bercoleteh lagi...almaklumlah caer sekarang sibuk nak siapkan assignment...hehe

Maptor : Pemancar Peta Alaf Baru


Assalamualaikum..kalau dahulunya kita selalu perlukan tourist untuk guide jalan...tapi revolusi terus berlaku sehingga terciptanya gadget2 penunjuk arah seperti GPS...terkini pasaran dunia didatangi gadget terbaru iaitu maptor...istimewanya maptor ni kerana ianya pemancar peta yang mudah dibawa , ringkas dan sistematik...

Maptor ni didatangi dengan on-board GPS...jadi walau kat mana korang berada confirm mudah sebab tertera ikon "You Are Here"...spesifikasi bluetooth juga dimuatkan dalam maptor ni bagi membolehkan peta baru mudah nak download tanpa mengggunakan kabel...


Paling best korang boleh pancarkan peta ni mana2 contohnya dinding , baju , lantai dan permukaan rata even tapak tangan pun boleh...menariknya korang boleh zoom in dan zoom out laluan serta boleh memperbesarkan skala peta tu....cool kan ?

P/s : pada yang berminat sila check it out di pasaran berhampiran...lately , in case caer tak balas kunjungan sebabnya line internet sangat slow...hopefully korang maafkan caer ye...even nak bukak page sendiri pun lambat nak loading...=)

 
copyright reserved by caersasuke