Tutorial : Meringankan Blog Menggunakan Jquery Lazy Load

Assalamualaikum...hari ni mood yang baik untuk share satu lagi ilmu untuk meringankan blog kesayangan korang...

Penyelesaiannya ialah dengan memasang jquery lazy load...pada yang baru first time dengar jquery lazy load ni merupakan plugin jquery yang berfungsi untuk menangguhkan proses loading image yang terdapat dalam blog...mudahnya , pada korang yang suka letak banyak gambar dalam entri dan pada ruangan sidebar bolehlah menggunakan tutorial ni terutama sekali jika anda menggunakan imej bersaiz besar....

1) Dashboard >> design >> add gadget >> HTML javascript

2) Copy koding di bawah ni

<script type="text/javascript" src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4/jquery.min.js"></script>
<script type='text/javascript' src='https://sites.google.com/site/jquery01/jquery.lazyload.mini.js?ver=1.5.0'></script>
<script type="text/javascript">
jQuery(document).ready(function($){
if (navigator.platform == "iPad") return;
jQuery("img").lazyload({
effect:"fadeIn",
placeholder: "http://3.bp.blogspot.com/_LZtXSNcp76A/
THkEtEOZfrI/AAAAAAAABRo/IARVMD_8TwA/s1600/grey.gif"
});
});
</script>

3) Paste dalam kotak HTML

4) Save

P/s : pada yang dah jadi caer ucapkan tahniah ye...kalau still tak menjadi atau memerlukan bantuan berkenaan tutorial ni sila inform caer ye...nanti caer akan tunjukkan tutorial meringankan blog pada part 2...ok credit pada blogger ni >> silampuneon

Contest Header Cantik Anjuran Adamainaa

Assalamualaikum...Ok tujuan caer masuk contest ni untuk melebarkan sayap dan pengaruh caer dalam dunia maya ni...dalam masa yang sama caer nak kenal ramai lagi sahabat2 blogger di luar sana...frankly this is the best way untuk caer untuk lebih mendekati blogger2 lain especially pihak penganjur contest...so hari ni caer nak join satu lagi contest anjuran blogger Adamainaa....tapi sebelum tu jom kita baca term and condition...jom klik sini >> Contest Header Cantik


Menepati kehendak contest caer decide untuk pilih header yang caer baru je siapkan 2 hari lepas...istimewanya header ni bagi caer sebabnya ia melambangkan bagaimana perwatakan caer yang sukakan gaya hidup yang ceria...jadi macam satu gaya hidup jugak sebab caer memang addicted dengan photoshop dan illustrator dan menjadikan hobi di masa lapang...memandangkan caer student seni brushes dan software2 tu semua melambangkan kecenderungan minat caer ke arah seni digital dan editing....

Klik untuk tumbesaran

Gadget macam PSP dan kamera DSLR klasik tu sebagai pelengkap gaya hidup caer yang sukakan koleksi gadget...sebab bagi caer gadget2 ni antara yang mudah nak dibawa pergi travel dan boleh memberi inspirasi kat caer dalam berkarya....arnab tu pulak caer suka sebab nampak kawai....hehe...pelangi tu pulak memberi mood ceria dan boleh membawa membawa efek emosi tenang sebab banyak variasi warna...lastly , gambar caer meloncat sambil letak jari kat bibir tu ada maksud jugak..."just read in silent mode and then you decide"...hah macam tu la maksud dia...hehe...

P/s : harap2 penyertaan caer diterima...selamat maju jaya blogger2 Malaysia



Ceritera Header Caerwhizz.net

Assalamualaikum...pertama sekali caer nak ucapkan puluhan , ribuan dan jutaan trimas kat sahabat2 semua sebab sudi singgah dan jadi follower blog caer...tak kurang juga pada silent reader yang selalu tinggalkan jejak kat entri2 malar segar yang caer dah karang...haha...frankly , caer appreciate sangat2 korang semua...




Kalau nak diikutkan it's been 1 year and 3 weeks already caer berkecimpung dalam dunia blogging ni...dari kosong jadi satu...dari tak tahu jadi tahu...dari koding mudah sampai koding yang kompleks sikit semuanya caer explore...paling menyeronokkan bila caer buat header blog...last time nak cari saiz header pon tak tahu apatah lagi nak mengedit header tu...tapi caer percaya kalau kita berusaha kita pasti dapat buat...so entri ni dedicated untuk header2 yang pernah berjasa dari dulu sampai sekarang...




Ada sesetengah header caer buat masa kebosanan melampau dan ada yang caer buat masa mood berkarya terlampau...haha...jadi hasilnya ada yang memuaskan hati dan ada yang sebaliknya...so far caer rasa seronok sebab header caer menjadi tarikan pengunjung2 untuk terjah blog caer...ye ke ? terpulang pada hemah anda sendiri...tepuk dahi fikir sendiri...hehe

P/s : kalau bosan layan photoshop pon best...hehe

Info : Reka Bentuk Jambatan Tercantik Di Dunia

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi info mengenai aset yang menjadi salah satu perlambangan buat sesebuah negara yang mementingkan estetika dalam pembinaan infrastruktur....kebanyakan negara sangat mementingkan reka bentuk yang unik termasuklah kepada fasiliti penghubung jalan laluan kenderaan mereka...

Kintaikyo Bridge ( Iwakuni City , Japan )

Humber Bridge ( Kingston upon Hull , England )

Golden Gate Bridge ( San Francisco , California , USA )

Jambatan hari ni bukan sahaja melambangkan kemajuan dari aspek reka bentuk tetapi kemajuan dalam teknologi moden...jadi para arkitek dan jurutera telah menggabungkan elemen reka bentuk serta teknologi untuk mewujudkan jambatan yang lebih gah , hebat dan sedap mata memandang....

Gateshead Milennium Bridge ( Gateshead to Newcastle , UK )

Forth Railway Bridge ( Fife , Scotland )

Coronado Bridge ( San Diego , California , USA )

Brooklyn Bridge ( Brooklyn , New York , USA )

Bixby Creek Bridge ( Big Sur , California , USA )

Frankly , caer sangat sukakan keunikan reka bentuk jambatan yang dihiasi keindahan pantulan cahaya dari panorama laut....rasanya boleh memberi ketenangan dan inspirasi untuk berkarya...haha

P/s : pada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang info jambatan kesukaan korang boleh search kat google...banyak info menarik bagi setiap jambatan2 ni...so bolehlah tambah general knowledge dan boleh dijadikan bahan rujukan kepada sapa2 yang belajar bidang architecture ni...

Tutorial : Alternatif Follower Blog Hilang

Assalamualaikum....hari ni blog caer mengalami masalah pada ruangan list thumbnail follower...semua follower merangkap reader blog caer sudah hilang...boleh kata sedikit sebanyak mempengaruhi pandangan mata bila tengok blog caer jadi macam ni...caer rasa problem ni jadi berkemungkinan google sedang membuat configuration semula bagi memantapkan sistem search engine...ok bagi korang yang hadapi masalah yang sama jangan khuatir dan teruskan pembacaan...


1) Korang tekan dashboard dan akan keluar reading list...pada sudut kiri korang akan nampak semua blog yang korang sudah follow...klik pada button manage


2) Page manage blog i'm following akan muncul


3) Scroll ke bawah sehingga korang nampak button add...


4) Pop up box akan keluar...jadi isikan ruangan url blog yang korang berkenan dan tekan button next

5) Seperti biasa pop up box sama ada korang nak follow publicly atau anonymously akan keluar...so korang decide la sendiri nak follow macam mana pon asalkan korang bahagia...haha


P/s : rasanya masih terlalu awal untuk caer mengeluh...tengok la dalam masa 3,4 hari kemudian...pada yang senasib dengan caer korang just bersabar , berusaha mencari penyelesaian dan tawakkal banyak2....kalau masalah ni still belum settle insyaAllah caer akan cari inisiatif lain...till then ketemu kembali

Contest Menang Perfume Lancome

Assalamualaikum...rasanya dah lama sangat menyepi dari berblogging...last time caer kerap jugak masuk contest dan memang seronok dapat kenal ramai kenalan blogger...dari contest sampai la jadi member rapat...frankly , contest macam ni menarik minat caer sebabnya for sure blogger2 lain akan lebih mengenali caer especially pihak penganjur...so hari ni caer nak join satu contest oleh sahabat blogger iaitu saudara Poyoness

( ambil feel sikit kalau letak gambar haha )

Ok masa untuk review pasal blog Poyoness......blog Poyoness best sebab

1) Banyak info :

Bagi caer info sangat penting...setahu caer kebanyakan blogger lebih sukakan info yang pelbagai...so dari budak kecik sampai yang dewasa semuanya boleh baca...jadi tak ada batasan untuk menyekat reader untuk feel free nak layan setiap entri...personally caer sukakan lontaran entri yang jujur...caer suka sangat baca entri pasal JUST BE YOURSELF...simple tapi penuh makna...frankly , caer lebih suka layan entri yang pendek2 dan boleh menyuntik inpirasi serta motivasi dalam diri...

2) Entri mudah difahami :

Entri yang simple dan menarik...paling penting bagi caer tiada penggunaan perkataan short form yang susah nak difahami...rasanya lebih puas untuk teruskan pembacaan

3) Load page laju :

Rasanya semua bersetuju dengan caer...load page laju lebih mudah nak terjah...haha

4) Kedudukan widget :

Tahniah ye Poyoness sebab blog anda tak banyak gunakan widget dan semuanya tersusun kemas pada ruangan sidebar...tapi sebagai suggestion anda boleh simplify pada blog archieve dan friends update dengan menggunakan blogroll atau show / hide button...kalau berminat caer ada buat tutorial dan harap2 boleh guide sikit2...klik link >> tutorial blogroll atau show / hide button


P/s : pada yang berminat untuk join contest ni sila terjah blog Poyoness...lagi ramai join lagi meriah...haha

Kehebatan Photo Manipulation

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi mengenai salah satu medium dalam arena editing gambar...caer pasti ramai kat luar sana yang dah klise dengan software2 editing ni terutamanya software photoshop...bagi caer banyak benda yang kita boleh buat once dah mahir dalam bidang editing gambar ni...antaranya ialah photo manipulation...jom baca selanjutnya...

Percikan susu yang menampakkan figura manusia dan haiwan

Figura wanita pegang susu yang jadi dust / pecah2

Abu rokok yang membentuk bangunan

Photo manipulation ni terhasil apabila elemen rekabentuk grafik berkolaborasi dengan fotografi...gabungan elemen yang pelbagai diterapkan bagi menghasilkan karya imej yang unik...frankly , kemahiran dan kekreatifan sangat penting sebabnya bukan senang untuk menghasilkan gambar2 yang nampak rare...kalau diikutkan kebanyakan photo manipulation ni mempamerkan imej fantasi...so kena berfikiran terbuka sikit apabila mengumpul idea2 untuk tonjolkan imej yang seakan-akan wujud

Geng grafiti cap kaki lima..hehe

Jalan raya yang dah tersimpul

Bertapa atas buku not muzik

Payung awek terbang melayang

Figura manusia replace dengan elemen air

Figura manusia dengan kuda stylo

Sememangnya photo manipulation merupakan sumber inspirasi buat designer bagi meluahkan kreativiti dorang melalui pelbagai aspek reka bentuk...daripada imej asal bertukar kepada ilustrasi telah menjelaskan betapa kreatifnya designer dalam menghasilkan kelainan pada karya mereka...


P/s : lately caer rajin jugak explore tapi rasanya tak sampai tahap lagi...sekarang seronok buat doodle guna adobe illustrator...haha

Sila Alert Pada Keselamatan Blog Anda !!


Assalamualaikum...hari ni caer dapat berita kurang menyenangkan once dapat info yang ura2 mengatakan blog caer antara ribuan blog yang bakal di 'HACK'...


paling menyedihkan ramai lagi member2 seperjuangan blogger menjadi sasaran dan berkemungkinan kalau caer lambat dapat tahu silap2 mungkin kebarangkalian blog caerwhizz.net bakal berkubur macam tu je...apa2 pon korang semua boleh ambil langkah berjaga2...sila follow step kat bawah..insyaAllah blog kesayangan korang akan terpelihara hendaknya....


1) Firstly klik link ni >> blog yang bakal di hack


2) Klik button ctrl + F dan masukkan link url blog korang untuk check sama ada blog korang ada dalam listing url tu...in case url korang tersenarai dinasihatkan supaya cepat2 tukar password ye...


3) Open google account setting dan klik pada "changing your password"


4) Step terakhir sila ubah pasword anda yang asal...sekali lagi caer nak tegaskan sila ubah password anda dan make sure ianya bukan password yang diguna pada laman2 sosial yang lain macam facebook , twitter dan lain2...


Kredit pada blogger prihatin ni >> Princessyuyue


P/s : moga2 semuanya ok...pada yang url blog dia telah dilistkan sila take an action...rasanya tak salah kalau kita mencegah sebelum terkena walaupun berkemungkinan ini hanya khabar angin...sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui segala sesuatu

Aurora : Keajaiban Dunia

Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi fenomena alam yang sangat memukau...frankly caer rasa fenomena ini sangat menarik untuk ditonton...silap2 kalau berduit lebih boleh kumpul untuk buat album...caer berani jamin freelancer photographer kat luar sana mesti mengidam nak snap fenomena aurora ni...so jom semua kita baca selanjutnya...



Northern Light (aurora) ni kebiasaannya terjadi pada waktu malam terutamanya kat kawasan kutub...secara saintifik fenomena ini dipanggil sebagai aurora polaris ataupun aurora borealis...Aurora borealis juga dipanggil sebagai cahaya utara dan selalunya terjadi antara bulan September dan Oktober serta Mac dan April....




Selalunya aurora ni tidak dapat dilihat dengan mata kasar...kalau lihat dari jauh aurora ni berwarna kehijauan dan kadang2 berwarna merah samar...so wujudnya andaian mengatakan seolah-olah matahari terbit pada arah yang berbeza dari kebiasaannya...apa2 pun semua ni merupakan kuasa Allah yang lebih mengetahui apa yang tersirat di langit dan di bumi....


P/s : bagi korang yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena aurora ni boleh klik sini >> AURORA

 
copyright reserved by caersasuke