Showing posts with label doodle. Show all posts
Showing posts with label doodle. Show all posts

Izinkan Aku Menyentuh Hatimu

Perasaan kasih dan sayang umpama terusan air yang terus mengalir...begitulah kasih aku terhadap seorang gadis yang sangat aku cintai...tiba2 aku teringat kembali kenangan masa mula2 dulu.....


Cika gadis yang comel...bagi aku dialah gadis pertama yang pernah berada utuh dalam hatiku...kalau ikutkan dah lama sangat aku memendam rasa...entah kenapa hati aku berkenan sangat dengan dia ni...perwatakan yang lembut dan sangat penyayang...especially bila aku selalu intai2 dia main dengan arnab dia depan laman...cair sekejap..hehe


Dua tahun aku baru berpindah dan agak jodoh aku di sini kot...selama aku berada di sini hatiku tak pernah sekali berpaling untuk terus berharap dan rasa cinta terhadap Cika semakin membuak2...rasanya sudah tiba masa aku declare kat dia


Aku memberanikan langkahku...dalam hati yang penuh debaran dan kaki yang menggeletar...aku cuba berhadapan Cika...itulah kali pertama aku bersua muka dengannya...manis sangat wajahnya...aku luahkan hasrat hati untuk berkenalan dengannya...cika menjawab "awak beri saya masa 2 hari untuk fikirkannya"...aku terdiam...aku hormat keputusannya untuk berfikir sebaiknya..sampul yang aku apit semakin erat di lenganku..sampul ini untuk Cika

Janji yang sememangnya ditepati...aku yang tak keruan dengan perasaan bercampur baur...tak sabar aku menunggu jawapannya...aku bawa Shah teman aku hari tu...lama lepas tu Cika datang...rasa dunia berhenti sekejap...dia tepati janji dia untuk jumpa aku di taman...berbunga2 hati aku masa tu...hehe...perjumpaan tu hanya sekejap je...aku tidak berborak panjang...cuma aku memberi Cika sebuah sampul putih...aku pesan supaya dia buka bila dah sampai rumah nanti

Sampai je Cika kat rumah dia terus buka sampul putih tu....ada sehelai kertas dengan ribbon merah dan sehelai tudung pink...dalam surat tu aku luahkan segala isi hatiku kat dia...mungkin aku tak pandai nak bercakap jadi aku cuba untuk menulis...mungkin apa yang tersirat dalam hatiku ni akan sampai kat dia...dalam banyak2 tu, last shout aku pesan dia pakai tudung yang aku beri tu...dan aku harap bila dia pakai nanti tanda dia balas cinta aku....dan aku harap ia bukan datang dari paksaan tapi ikhlas keranaNya

Akhirnya, impian aku terlaksana jua...Cika sememangnya bidadari yang sudah ditulis untuk menjadi seri dalam dunia percintaanku...kehadiran Cika telah memberi sinar baru dalam hidup aku untuk terus bernafas dalam jiwa yang sarat dengan kasih sayang...

P/s : mood jiwang sekarang ni...cerita ini inspirasi dari abang caer...moga2 bahagia hendaknya hingga ke anak cucu...rasa seronok dengar semuanya dah nak menuju ke gerbang perkahwinan...caer bila pulak entah..hehe...

Pengumuman : Tshirt Caerwhizz.net Bakal Diterbitkan !

STICKY POST !!

Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni caer nak berkongsi good news dengan follower,readers dan visitors kat blog ni bahawasanya caer akan menerbitkan tshirt santai keluaran caerwhizz.net...tshirt ini merupakan idea asal blogger Syafina yang bertindak sebagai pencetus idea dan membantu caer dalam menguruskan hal2 berkaitan penyiapan tshirt ni...kiranya caer dan dia akan berkolaborasi dalam urusan design dan postage bagi setiap tshirt yang ditempah...



Buat masa ini hanya 2 jenis warna sahaja (lengan pendek) dan hanya satu design sahaja dikeluarkan...harga bagi sehelai tshirt ialah rm40 termasuk harga postage...kualiti kain adalah bermutu dan mementingkan keselesaan si pemakai...tshirt akan ditempah jika sudah cukup 40 atau lebih tempahan yang diterima...diingatkan kepada serius buyer, jika berminat anda bolehlah drop komen di bawah entri ini bagi memudahkan segala urusan...jika terdapat sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi kami :

caer >> Facebook
syafina >> Facebook

P/s : segera menempah jika berminat dan jadilah yang pertama untuk menyarung tshirt keluaran caerwhizz.net..thanks =)

Wallpaper Dekstop Doodle Islamik : Percuma !!


Assalamualaikum...hari ni caer nak berkongsi salah satu sabda Nabi Muhamad saw yang telah ditashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim...

"Keredhaan Allah adalah di bawah keredhaan kedua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua ibu bapa"

Dari sabda ni terus terang lagi Nabi dah berpesan supaya kita seharusnya menghormati ibu dan bapa kerana keberkatan hidup apatah lagi keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah kita...jadi sebaiknya sebagai insan yang bergelar anak seharusnya kita menyanjung tinggi pengorbanan ibu dan ayah...bukan wang ringgit yang diharapkan sebagai pulangan..hanya secebis kasih dan kiriman doa yang tidak putus2 dari anak yang soleh dan solehah...jadi mari kita sama2 pasang wallpaper ni kat dekstop masing2 untuk kita sentiasa memperingati jasa ibu dan ayah yang tidak ternilai harganya

P/s : tak sabar rasanya nak balik kampung jenguk family especially emak...love you mom =)

Contest Cute Dolly @ Doodle


Assalamualaikum...today I would like to join a contest by CCICute Design...information for the readers out there, CCICute Design is one the blogger that talented in making doodle and she's venture in business for watermark,biskad and sticker service...yeah for sure I love to see her blog which is decorated with all the fancy of doodles...by looking at her header, I think it's more than enough and showed how cool the design she did...it's flash...awesome !

Title : Doodle Couple Row In A Snow Honeymoon

So, I made an effort to create my own doodles as I want to take a challenge and willing to have some positive competition among the bloggers...I really love to make friends and realize that contest is one of the best way to find more friends...who knows we might be able to find friends who have the same interest and sharing the same hobbies...woah !! it will be much fun

Interested to join? hit this link >> CCICute Design

Kad Hari Raya Haji (Doodle Theme)

Assalamualaikum...all muslims around the world will be celebrate hari raya korban (well known as raya haji)...all I can say it just around the corner and for sure many of us are waiting for the public holiday...hehe...the things I want to say is I should focus more on my study...lately I'm being engross with internet and frankly overstrained my eyes to keep on surfing until late night...addicted with those stuffs...*geleng2 kepala

I take this upportunity to say sorry if i've done wrong before...truely mean it...and don't forget to pray for my success...exam week already...will be slog myself in my room and cram my brain to absorb all the facts...while eat lemang...hehe

No duit raya, just a doodle card for my readers,visitors and my fellow followers...humble gift as a simple symbol of my gratitude =)

P/s : http://www.youtube.com/watch?v=9_HtKj5SfuU&feature=related...not related at all..but i love this song..just guess?? before forgotten, I'll be offline for a weeks..so do keep in touch and feel free to drop any comments...insyaAllah I'll reply soon

Study Week = Study Weak

Assalamualaikum...this week onward sangat membosankan sebab minggu exam...kalau diikutkan banyak topik kena cover balik sebab kapasiti otak caer dengan ilmu semestar ni pada level 2/10....tambah2 lagi subjek major...gosh !!..I'm stuck up !! wake up bro !! mohon sahabat2 semua doakan caer diterangkan hati waktu jawab soalan exam dan dapat result yang baik..ameen

P/s : dalam kesibukan tu caer sempat melukis gara2 kebosanan terlampau..ingat nak buat nota kaki supaya boleh baca...at last sibuk lukis doodle...why I can't focus?? please give some tips so that I can focus on my study...

Tempahan Masih Dibuka : Anda Mahu Header,Doodle & Watermark??


Assalamualaikum...alhamdulillah rezeki caer bertambah baik...syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan kesihatan yang baik...syukur juga pada kurniaan bakat dan kelapangan masa (walaupun sibuk dengan assignment) caer still mampu menyiapkan doodle permintaan sahabat2 blogger...sambutan yang sangat menggalakkan dan caer betul2 berterima kasih kat korang sebab memberi kepercayaan kat caer untuk hasilkan doodle permintaan korang...

Ini hasil doodle permintaan blogger bakal cikgu...hehe...kepada korang yang berminat nak mendapatkan khidmat caer korang boleh drop komen pada entri ni atau di facebook....


1) Make sure request adalah complete daripada atas sampai bawah...contohnya nak gadis bertudung, kucing comel, doodle raya etc...

2) Sebarang aksesori tambahan seperti kenderaan bermotor dikenakan cas tambahan...jangan khuatir harga asal doodle rm5...tambahan aksesori hanya tambah rm5...bergantung pada tahap difficulty nak design

3) Tempahan header biasa dan header doodle juga boleh ditempah...harga bagi 1 header rm10..

4) Pembayaran topup diterima hanya untuk rm5 sahaja...jika harga tempahan melebihi rm 10 hendaklah di bank in...pembayaran hendaklah tidak melebihi 2 hari dari tarikh terima doodle, header atau watermark yang telah ditempah

5) Jika berminat sila add caer di facebook dan sila lampirkan request anda berserta email...selamat menempah !!

6) Hasil air tangan caer boleh dilihat di sini >> tempahan

P/s : caer minta maaf jika terlewat menyiapkan doodle...kekangan masa yang sangat tenat...hehe...harap maklum..entri ni STICKY POST !! sila scroll ke bawah untuk membaca entri terkini =)

2 + 1 Cerita di Bulan Puasa

Assalamualaikum...syukur ke hadrat Ilahi caer masih dikurniakan kudrat untuk mencoret sedikit cerita pada bulan Ramadhan yang mulia ni...rasa macam dah lama sangat biarkan blog caer ni berhabuk...jenguk pun sekali sekala...kalau nak mengupdate post apatah lagi...tapi so far alhamdulillah sebabnya rezeki caer masih ada...semuanya hasil daripada tempahan member2 blogger untuk buat header, doodle dan edit template blog....trimas ye sebab pilih caer untuk jadi designer korang...hehe

CERITA 1 :

Header blog caer yang baru...lepas ni senang sikit hebahan boleh buat...orang jenguk2 blog dah tahu ada servis macam ni kat blog caer..hehe


Ni adalah latest blog yang caer edit termasuklah header dan full template...so pada yang berminat nak tengok hasil keseluruhan boleh klik sini >> blog mama ain

CERITA 2 :
Ceritanya mula bila caer saja2 blogwalking semalam...rasanya dah lama tak jalan2 blog orang lain...tiba2 caer terjumpa blog yang dah lama caer tak singgah...tengok blog pon dah lain...rasanya fully template dah edit...dulu caer silent reader kat blog ni...hehe


Semalam gatal tangan nak add facebook...caer takde harapan yang tinggi pun saudara Eqbalzack ni nak approve friend request...so just cuba je la dulu...blogger famous ni...


So pagi tadi caer turun library sebab kuliah takde...macam biasa caer open facebook dan blog...wow !! reaksi spontan ni...hehe...saudara Eqbalzack reply mesej kat inbox dan drop komen kat entri caer....senyum sampai ke telinga tadi...hehe...apa2 pun bulan puasa ni elok sangat kita merapatkan ukhuwah sesama insan...betul tak ? anyway trimas saudara Eqbalzack sebab sudi approve caer...


Rasanya masih belum terlambat untuk caer wish selamat menjalani ibadah Ramadhan...so pesan caer manfaatkan bulan puasa ni sebaik mungkin...sesungguhnya bulan Ramadhan menjanjikan pelbagai keistimewaan dan ganjaran buat umat yang taat kepada perintahNya...moga2 kita bakal mendapat maghfirah daripadaNya atas perbuatan yang lalu...ameen

P/s : doodle tu pakai baju melayu...agak2 korang caer tahun ni pakai baju melayu warna apa?? hehe...nantikan jawapan untuk warna baju raya tu =)

Pengumuman : Tempahan Doodle Comel

Assalamualaikum...hari ni caer bercadang nak bukak satu lembaran baru dalam perniagaan online...lately caer perasan peluang untuk berniaga macam ni sangat2 mendatangkan faedah buat diri caer sendiri...sambil cari side income caer boleh cari lebih banyak kenalan...to make it short siapa2 yang berminat untuk tempah doodle boleh add caer kat facebook atau kalau nak privacy sikit message kat inbox facebook pon ok

Ni antara contoh doodle yang caer dah buat...selamat menempah ye...!!

P/s : make sure bagi detail ciri2 doodle yang korang nak ye....perempuan bertudung , lelaki kacak ke atau apa2 je la mengikut permintaan...harga bergantung pada request anda....hanya pembeli yang serius sahaja dialu-alukan ye....so apa lagi jom tempah satu....confirm tak rugi kalau tempah...kih3


 
copyright reserved by caersasuke