Showing posts with label Cerita. Show all posts
Showing posts with label Cerita. Show all posts

Unexpected Weekend

Assalamualaikum...hari ini seronok sangat2..senyum sampai ke telinga kata orang..hehe..bertuah sungguh badan bila outing tadi abang hadiahkan caer something..ingatkan saja nak teman abang window shopping..standard student mana ada duit lebih nak shopping bagai ni semua..dijadikan cerita rezeki di hari minggu, abang caer belanja dua stuff baru iaitu kelengkapan diri..yeay..nak je menjerit kegirangan dalam mall tadi..hehe..anyway thanks sangat2..dapat hadiah walaupun bukan pada hari ulangtahun..
Yeay..dalam bungkusan paper bag tu caer letakkan kasut everlast charcoal dengan baju ala2 barcode dari kedai baju apa entah..terlupa pulak..hehe..apa2 pun caer appreciate sangat2 hadiah ni semua..insyaAllah caer akan jaga baik2 hadiah ni semua..tak sangka sayang jugak abang caer kat adik bongsu dia..haha..

P/s : tak lama lagi abang dah nak berkahwin..agaknya mungkin abang hadiahkan ni semua sebelum dia nak duduk berjauhan..hurm tiba2 rasa sedih..huhu..moga2 abang bahagia dan ada family yang baik serta beriman..amin

Social Network : Adaptasi Cerita Mark Zuckerberg?

Assalamualaikum...social network ni semakin berkembang pesat hari demi hari..bilangan user semakin bertambah dan aplikasi dalam social network semakin bergerak mengikut kehendak dan keperluan user...thats why ramai di antara kita memanfaatkan social network macam facebook,blogspot,twitter etc untuk berchatting, mempromosi jualan dan macam2 lagi...ok review hari ni caer akan ceritakan satu movie yang baru beberapa bulan lepas caer tonton dan baru berkesempatan nak menaip di blog.."Social Network" ni merupakan adaptasi daripada kehidupan Mark Zuckerberg dan bagaimana Mark mencipta Facebook sebagai medium untuk jutaan user berinteraksi tanpa ada halangan tempat untuk berkomunikasi...
Gambar ini merupakan salah satu scene dalam cerita Social Network ni dimana Mark mengumpulkan beberapa tenaga pakar untuk membina sebuah produksi social network iaitu Facebook..overall golongan cerdik pandai ni masing2 ada kelebihan dan dorang antara kroni2 Mark dalam pembinaan Facebook..

Really? inilah plot yang menimbulkan kekacauan dalam movie ni..so korang kena layan movie ni dulu dan decide sendiri..thats how this movie flow..caer bagi rating 4/5 sebab movie ni nampak macam educated pulak..hehe..suka movie santai2 dan boleh gelak sampai pecah perut je..anyway bagus untuk general knowledge =)

credit to this sources >> Facebook 1 , Facebook 2

The Snow Queen : Drama Sweet Sour

Assalamualaikum..memandangkan cuti yang terlalu panjang bakal membuatkan caer bertambah bosan gara2 ketiadaan internet..nak ambil order untuk editing blog pun terbantutsebab kat rumah tiada line connection..so kebanyakan masa terluang caer akan layan televisyen, editing photoshop dan apa2 kerja yang boleh buat selain tidur..hehe...ok2 back to story, caer minat betul dengan drama korea ni..ok caer bukan peminat tegar drama korea tapi yang ni special case..jalan cerita simple dan pelakon not bad..tambah seung yu ri yang comel tu..hehe..cerita ni pun dah lama ditayangkan..kalau korang berminat kita review sinopsis sikit dari caer sendiri


Cerita ni mengisahkan Tae Wong (Han Deuk Gu) nama samaran dalam cerita ni seorang jenius matematik..dia ada close friend dan selalu bersaing dengan kawan baik dia sampailah satu masa kawan dia meninggal...so dia rasa bersalah dan mula memencilkan diri..at last dia jumpa Bora (Seung Yu Ri) iaitu adik kepada kawan baik dia tu..dorang bercinta tapi mendapat halangan daripada ayah Bora ni..overall korang boleh layan cerita ni..cerita semua habis hilang feel nak tengok nanti..hehe

Boleh download kat link ni >> http://luphasiadrama.blogspot.com/2010/05/snow-queen.html

P/s : jom layan sambil makan popcorn..yahooo

Untitled : Jalan-Jalan Cari Makan

Assalamualaikum...hari ni mood saja seronok2 nak post makanan..sebenarnya gambar ni dah lama dalam folder..rindu pulak nak makan kat foodcourt Alamanda..hehe..siapa2 ada duit lebih dan baru dapat gaji boleh belanja saya makan..hehe..perut berbunyi tanda lapar sangat dah ni...jom santap makanan ni



P/s : korang  dah makan belum? hehe jom siap2 keluar makan

Am I Annoying?


Assalamualaikum...started my entry with discomfort feeling...feel guilty as my intention to deliver good things are not treated well...it's been a few weeks I'm not having a good mood to write my new posting here..because I'm not feeling well...today I opened my blog to get the new update, get to know new visitors and new commentators in my blog...and not forgotten to check my chatbox which is the friendly way to have some chat among bloggers...read through chatbox and for sure it offend me...let's make it clear..but before I let myself to explain, I wanna say sorry as it not my intention to snatch, stealing or anything bad as I just want to deliver good info for my readers...so sorry

Ok, let me explain..
1) I never copycat my posting before I made an effort to read through from any reliable sources...namely, google for sure, magazine, wikipedia, academic books for finding the real fact and so on

2) I never copycat images or the other blogger's writing without credit them at the end of my posting...if it happened, I'm sorry as I'm just ordinary human and always do a lots of mistakes...

3) I never write bad posting as I'm not going to hurt or offending the others...if it happened or will be happen I will close my blog because it bring harm to the readers...

Lastly, I just wanna say sorry for readers, followers, commentators and visitors if I have done bad things to all of you...next time, I'll be more careful and always respect the others right...once again, sorry for my mistakes...just only one thing I just want let all of you to know, I just want to deliver good things

Sincerely from bottom of my heart,
caersasuke

Coklat Tanda Persahabatan

Assalamualaikum...alhamdulillah caer masih dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk mencoret bingkisan kata hati yang terlintas di hati...hanya tulisan yang mampu menterjemah apa yang terbuku di hati..semuanya bermula setahun lepas..masa tu baru sangat2 berkenalan dan tidak menyangka terlalu cepat masa berputar akhirnya genap setahun lebih we have been friend..tanggapan "friend" sangat universal sebab boleh jadi kawan, boleh jadi awek, boleh jadi abang atau adik angkat dan boleh jadi ayah dan emak angkat..apa pun tanggapan tu istilah kawan merangkumi semuanya...terima kasih untuk 5 keping coklat ni tanda persahabatan yang telah terjalin
sumber gambar : google
P/s : sayang betul nak habiskan 3 keping lagi..hehe..tapi sedap sangat2 vochelle ni..so makan je sampai kenyang..hehe

Gara-Gara Menjadi Football Freestyler

Assalamualaikum..alhamdulillah rasa seronok sangat2 hari ni..walaupun badan agak penat dan kaki agak longgar sendi2, tapi ada kenangan juga untuk hari ni...masa lepak kat Jusco tadi ada pertunjukan berkenaan dengan suzuki..ala2 exhibition permotoran dan dimeriahkan lagi dengan macam2 aktiviti..standard sekarang ada aktiviti baru dapat tarik orang lalu lalang dalam mall tu singgah menjenguk sekejap...so caer dengan abang antara manusia yang suka window shopping tapi jarang membeli..kitorang singgah kat exhibition di tengah2 laluan dalam mall ni..dijadikan cerita ada freestyler bola yang memang super duper hebat mengimbang bola..1 jam imbang pun tak ada masalah..macam2 jenis skill sampai meleleh air liur tengok..awesome
Dijadikan cerita, caer dapat hadiah ni...nak tau pasal apa caer dapat hadiah ni? sebabnya caer ditarik oleh MC hari tu untuk mengimbang bola..lama sudah tak memijak,menyepak apatah lagi mengimbang bola berbentuk bulat ni...at last paling tinggi score caer 11 imbangan je..hehe..tak boleh nak beat orang lain..tapi atas effort yang tak berbelah bahagi nak mengimbang bola tu caer dapat la saguhati dari suzuki ni...yeay
Dapat botol air warna hijau dan 2 leping sticker...meletup!! hehe..lepas ni ada event kena join lagi..mana tau lepas ni menang motor suzuki pulak..yeay

Exam : Semestar 4 Will Be Closing Soon

Assalamualaikum...towards this monday caer akan menamatkan sesi semestar 4 degree...tapi satu benda perlu diharungi lagi iaitu EXAM fever..seriously badan memang terasa penat gara2 assignment untuk sem ni sahaja memerlukan modal yang banyak dan kerahan tenaga yang berlebihan..lepas je assignment submit terus sambung dengan exam..sempat ke nak study? itulah persoalan major yang bermain2 dalam kepala otak ni..
credit gambar : Langitilahi.com
Apa2 pun caer akan cuba usaha dan kemudiannya tawakal..kadang2 bila kita diuji sebegini barulah kita sedar untuk lebih menghargai masa..so moral of the story, kita perlulah bijak untuk membahagikan masa asbab masa terlalu 'jeles' dengan kesenggangan masa tidur anda..hehe..anyway good luck kawan2 semua yang menduduki peperiksaaan..study smart dan jangan study hard sampai tak tidur ye...

P/s : yeay..tak sabar nak balik hometown..rindu bauan kampung halaman yang segar menghijau..proud to be villagers...

Here We Come Dominos

Assalamualaikum...lama betul rasanya tak mengarang entri kat blog ni..sebenarnya banyak benda nak diceritakan..asbab kekangan masa terpaksalah diriku ini akur dengan kehendak kerja...anyway cuti hari tu sangat2 best sebab abang caer dapat voucher Dominos..so kitorang satu family pergi mencekik makanan berlemak tepu ni..hehe..memang terangkat

Standard biasa la..kalau berjalan, outing atau pun pergi keluar makan semuanya mesti kena tangkap gambar..so masa ni la nak menguji kredibiliti nak posing bagai..hehe
Semua muka kelaparan gara2 sehari suntuk berjalan sini sana..sebenarnya masa kitorang outing ni adalah padahari raya haji yang lepas...orang sibuk beraya kitorang sibuk berjimba dan jalan2 cari makan..hehe..anyway Dominos memang lazat especially kalau orang belanja =p

When Examination Kills My Mood

Assalamualaikum..adakah korang pernah berada dalam situasi mengguris hati ni masa menjawab exam??


Yes..caer antara salah seorang daripada korang2 yang terlibat...huhu

P/s : next time be well prepared dan focus more on study...semangat2 untuk paper yang seterusnya..doakan kejayaan caer =)

Al Fatihah Buat Atuk

Assalamualaikum..minggu lepas caer terlibat dengan perkhemahan untuk unit beruniform..alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik walaupun sepanjang hari hujan lebat dan ketiadaan air...pada hari selasa, 25 September 2012 caer mendapat perkhabaran bahawa Tok Cu caer telah menyambut seruan Ilahi..hati hiba seusai membalas mesej ringkas yang dihantar kakak..satu persatu kenangan bersama arwah mula terbayang...tidak sama sekali caer menyangkakan pertemuan pada kenduri abang yang lepas adalah yang terakhir...masa tu caer papah arwah sampai ke meja makan asbab rasa sayu tengok Tok Cu pakai tongkat terketar2 berjalan seorang diri...

Kalau diikutkan terlalu banyak untuk dinukilkan tapi caer rasa biarlah kenangan abadi bersama arwah tersemat indah dalam kiriman doa berlagu syahdu...Al Fatihah buat arwah Tok Cu yang dikasihi selalu


P/s : kadang2 teringat arwah bagi duit raya seorang rm100 masa kecik2 dulu..moga bahagia arwah di sana dan tergolong dalam orang2 yang beriman..

Poster : IPG Lestari

Assalamualaikum...memandangkan jadual sem ni sangat pack dengan assignment caer agak kurang update apatah lagi nak berblogwalking...masa terlalu 'jeles' barangkali...hehe..since hari ni agak kelapangan masa, dapatlah nak selitkan salah satu assignment caer dalam ruangan entri ni...POSTER IPG LESTARI..seriously caer sangat teruja sebab dalam banyak2 assignment ada juga grafik...seronok dapat manja2 balik dengan "tool" dalam photoshop ni..hehe...jom tengok hasil poster ni...*sila abaikan anak panah tu ye =p

P/s : letih menghadap assignment je..jom minum petang dulu rehatkan minda..huhu

Komik : Bulan Puasa


Assalamualaikum..alhamdulillah sabtu ni bersamaan 1 Ramadhan 1433 hijrah sekali lagi umat Islam akan menyambut bulan yang penuh barakah dan dibuka pintu maghfirah seluasnya..jom layan komik sambil2 memperingatkan diri dan korang semua..




Jadi sama2 kita memanfaatkan bulan mulia ni agar kita diberi memperoleh nikmat yang dijanjikan Allah pada umatnya yang taat beribadat...caer pon kalau ikutkan kejap rajin kejap malas tapi cuba tahun ni untuk jadi lebih baik dari tahun sebelumnya...

P/s : kesihatan caer kurang baik..muntah2 dan pening2 lalat...apa2 pun kita kena terima semuanya kerana itu tanda Allah tak nak kita alpa dikala kita dikurniakan kesihatan yang baik..doakan caer cepat sembuh dan ceria macam selalu ye..sayang korang ketat2..hehe

Komik : Bergurau

Assalamualaikum...pernah ada satu hari situasi ni terjadi dalam kamus hidup korang? mungkin pernah terjadi terutamanya kat kedai makan..kalau pernah klik LIKE ye..jom layan komik lepas tu tidur..hehe

Di fast food counter :



moralnya, jangan bergurau terlampau sangat terutama kat tempat awam..kalau orang tu jenis penyabar takpe..in case sebaliknya, maka bersiap sedialah untuk menerima cacian terlampau pulak dari owner of the shop..haha...so behave dan sentiasa beradab walau di mana jua anda berada

diilhamkan dari lagu : najwa latif

P/s : caer akan off untuk 2,3 hari sebab terlibat dalam program wajib iaitu program anak angkat...so caer agak mustahil nak membalas kunjungan korang semua..insyaAllah lepas semua dah settle caer akan lawat korang ye..thanks for reading and keep in touch...=)

Komik : Pantun Bulan Puasa

Assalamualaikum...dalam beberapa hari lagi kita akan masuk dalam bulan ramadhan...jadi caer reserve komik doodle bila dah dekat2 nanti berkenaan puasa...hari ni korang layan komik strip sahaja pasal pantun puasa...jom layan


P/s : mengharapkan puasa kali ni caer dapat habiskan selama sebulan..harap2 sepanjang tempoh puasa caer dikurniakan tubuh badan yang sihat dan kekal bertenaga...seronok kan nak masuk bulan puasa...tambah2 kalau dapat bangun sahur dan bukak puasa sama2 family...*homesick*

Komik : Silap Mata atau Silap Tengok?

Assalamualaikum...peristiwa ni mungkin pernah korang alami atau mungkin kawan2 rapat korang pernah alami...setuju atau tidak jom baca komik ni...

Tengah jalan2 ke taman atau ke shopping mall even waktu nak dating pun korang berkemungkinan akan sakit perut...kadang2 gastrik, kadang2 angin dalam perut dan kadang2 korang sakit perut nak lepaskan hajat...

Dengan sepantas kilat, korang akan terkinja2 mencari tandas awam terdekat...perut pun masa tu semakin memulas sebab sudah jumpa "lubuk"...*anggukkan kepala tanda faham...hehe

*censored : imagine sendiri2 ye..jangan visualkan kat kawan2 korang ye..hehe

dan tak mustahil, kita tersilap masuk tandas yang terang2 bukannya gender yang serupa...kebarangkalian ada banyak...

1) bila sudah terdesak kita susah nak fokus dan suka main terjah mana2 tandas
2) tandas sekarang semua letak ikon je..
3) kita selalu buat silap mata...so tertipu dengan kesilapan mata sendiri

persoalannya, pernah tak korang menghadapi situasi yang sama? jawab dalam hati ye dan sengih2 tutup mulut...=p

P/s : motif cerita hanya untuk hiburan semata2...just nak tekankan bahawa kita sepatutnya berfikir dan tidak mengambil keputusan tergesa2 hanya untuk melepaskan beban yang mungkin terlalu berat untk dipikul...fikir2 kan dan selamat berhibur

Komik : Jangan Tipu Emak !

Assalamualaikum...situasi ni terlalu cliche sangat tapi kebiasaanlah yang perlu diubah...kebiasaan macam mana yang korang selalu buat? adakah macam dalam kartun bawah ni? renung2 kan dan tanya pada diri sendiri...

Masa call awek, makwe, heart throb, buah hati dan sepupu sepapatnya macam2 ayat mesra yang keluar...tak cukup dengan ayat manis, macam2 soalan diajukan sampai tak sempat nak berbalas...masa ni cakap selama 4 jam 30 minit 15 saat pun tak terasa sangat....sampailah kredit habis barulah phone lekang dari telinga...


Tapi bila ibu, emak, mama, bonda telefon macam2 alasan diberi sampaikan ada yang sanggup menipu...ada yang kata busy walhal free je, ada yang kata nak siapkan paper work la, ada yang kata nak study la dan macam2 lagi alasan tak munasabah...lepas tu rasa serba salah sebab menipu emak secara sengaja...

P/s : caer pernah buat tapi tak pernah amalkan selalu sebab menipu emak ni sangat susah...sebab naluri keibuan sememangnya menebal dan segala tindak tanduk kita semuanya dah dihafal..cuma sedar tak sedar ibu sedang menitis air mata kesedihan sebab anak yang dikandung sudah pandai berbohong...fikir2 kan dan muhasabah diri

Komik : Kid Nowadays (teaser)

Assalamualaikum...memandangkan zaman semakin berteknologi moden, manusia pun bergerak seiring dengan kemajuan...tapi...kemajuan teknologi macam mana yang korang pilih? adakah dari segi pembangunan, kenderaan, infrastruktur atau gadget? mostly akan memilih teknologi dari aspek gadget...


Zaman sekarang gadget2 built in siap dengan touch screen dan macam2 komponen canggih ada dalam smartphone sekarang...dari phone upgrade ke ipad dan seterusnya i mac dan seterusnya korang jawablah sendiri..hehe...rata2 terutamanya golongan belia suka membelanjakan half dari simpanan mereka untuk membeli gadget2 ni atas alasan mengikut trend, mudah nak communicate, nampak stylo dan nampak cool...persoalannya, dengan duit siapa korang habiskan untuk beli gadget2 ni?

a) elaun pama (pama & mama corp.)
b) duit simpanan
c) duit raya
d) duit berkhatan
e) duit elaun
f) duit jumpa tepi dan tengah jalan
g) duit kertas saidina...erk

P/s : rasa2 korang penting tak memiliki gadget2 mahal ni? adakah ia satu keperluan atau satu kehendak? ok caer pun dah pernah beli samsung tab 8.9..so far so good sebab dapat buat assignment dan main game walaupun dalam vacation mood...bateri 8 jam dapat bertahan walaupun sentiasa dalam mood standby...sebenarnya, teknologi sangat berguna juga tapi jadilah pengguna yang bijak untuk merancang perbelanjaan...ok =)

Selendang Merah & Ain Dzaya : Konspirasi Kreativiti Blogger 2012 (Warkah Terakhir Dari Seorang Ayah)

Klik untuk join >> sini


Termangu sendirian sambil menatap warkah terakhir buatku....warkah yang sudah berusang tapi penuh makna dan erti buatku...mana mungkin untuk diganti kerana ianya satu2 nukilan terakhir ayah buatku...mengimbau kembali kenangan bersama insan tersayang dan orang yang paling hampir denganku...satu persatu kenangan meresap ke dalam fikiran....setiap bait ayat kuhayati agar aku dapat merasakan getaran kasih yang dihamparkan ayah dalam nukilannya...
Tatkala ku sentuh dan ku baca, aku dapat merasakan kehadirannya dalam setiap hela nafasku...titisan air mata sudah menjadi peneman setia jika bibir sudah tidak lagi mampu berbicara....warkah yang sarat dengan pesanan dan lantunan bahasa yang sangat meruntun jiwa...

Hari ini genap 8 tahun ayah meninggalkan aku...bukan tidak meredhai pemergiannya akan tetapi hati kecil berbisik mengatakan rindu...dan sampai bila2 titisan air mata rindu akan terus mengalir...asbab kasihnya aku pada ayah terlalu mendalam...terkadang hati kecil meronta memanggil...mengharapkan ada sinar untuk aku meneguhkan kembali semangat yang kian luntur dibawa pergi...pemergian ayah merupakan satu kenangan yang sangat memedihkan...meninggalkan parut luka yang sukar untuk diubati...

Jika hari ini aku berdiri gah pastinya engkaulah pencetus kejayaanku...tapi jika hari ini aku tewas adakah aku sudah menghampakanmu wahai ayah? acap kali aku tertewas dengan mainan perasaan yang entah bila akan kembali reda...

Bertanyalah pada diri, siapakah lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hati kalian? siapa yang mampu membelamu sebaiknya? Siapa yang mencari nafkah untuk membesarkanmu? walau apa pun gelarannya, ayah adalah insan utusan yang paling istimewa buat sesiapa sahaja bergelar anak...walau apa pun pangkatnya, ayah selalu bertakhta di hatiku...walaupun ayah hanya insan biasa tetapi bagiku engkaulah hero buatku sepanjang masa....walau pun dirimu gugur sebelum aku sempat menabur bakti, aku tetap bersyukur kerana aku pernah berada dekat disampingmu dan pernah memiliki seorang insan hebat yang bergelar AYAH !

Sayangilah mereka selagi nadi mereka masih berdenyut...belailah dan pimpinlah mereka selagi mereka masih mampu berdiri dan membalas senyumanmu...hamparkan kasih dan sayangmu selagi mana kamu mampu membahagiakan mereka...lontarkan rasa cintamu selagi mereka masih boleh mendengar dan sebelum mata tertutup rapat buat selamanya....

Mungkin ayah rindukan saya sepertimana saya rindukan ayah

Al-Fatihah buat ayah
-caer-

sumber gambar : google
tag : readers, followers, commentators dan visitors blog caer

Komik : Cover Malu

Assalamualaikum...pada satu hari tu kan...insiden ni berlaku..

Minggu sebelumnya masa baca notis rasa macam nak tak nak pandang sebab benda bukan penting sangat pun...setakat baca nama event tapi venue, masa dan hari event langsung tak ambil port...sudah jadi kebiasaan agaknya suka ambil mudah semua perkara..sampaikan....

Pada hari event, kena tegur dengan member2...so dengan muka confident dan suara yang lantang, rilek je cakap nak masuk kelas sebab hari tu mood baik nak belajar...walhal member2 dah start gelak sakan tengok kelurusan kebendulan kita...

So atas rasa keraguan terlampau, mulalah nak mencari notis dan baca whole issue dalam notis tu...barulah perasan event start pagi tu jugak..mulalah menggelabah dan rasa sesak nafas 2 minit..huhu

Dengan muka senyum cuka dek kerana kena bahan ketawa, terpaksalah jugak buat2 senyum..padahal dalam hati rasa nak balik tukar baju je...ada jugak yang mengaku tiba2 tak sihat padahal baru pagi tadi pekena nasi goreng paprik 2 pinggan...hehe

P/s : moralnya sentiasa alert pada sebarang notis...minggu lepas situasi ni jadi kat caer...pergh segan pulak kena gelak dan terpaksa balik hostel salin baju sukan..haha...baru nak segak dah kena gelak sakan...so sentiasa alert dan setkan reminder kalau korang jenis pelupa =p

 
copyright reserved by caersasuke